Header Ads


1 Syawal Di Segamat

Bila umumkan raya 2 Mei 2022, memang susah nak percaya. Tapi Allah sebaik baik perancang dan maha berkuasa, maka 1 Syawal 1443H jatuh pada 2 Mei 2022. Beraya awal lah kita. Sambut raya dengan bermacam macam perasaan dalam kekalutan.

Alhamdulillah tahun ni 1 Syawal beraya di Segamat. Rindu nak raya pertama di Segamat sebenarnya. Biasanya kita raya Kuala Pilah dulu, lepas sembahyang raya baru balik Segamat. Tapi tahun ni nak ambil feel raya pertama di Segamat pulak.

Macam macam istilah raya tahun ni.
  • Raya terkejut
  • Raya Jut Jut
  • Terk-eid-jut
  • Tiba tiba raya
  • Panik raya
  • Hurry Raya
  • Eid-Just
  • Raya last min-eid
  • Surp-eid
  • H-eid-ache

Tak sempat nak buat teaser tema baju raya tahun ni, tahu tahu dah raya. Dalam raya PKP tak ada apa nak buat, adalah entry raya awal. Bila dah masuk endemik ni, nak update cerita raya pun lambat!

Teaser baju raya sihatimerahjambu

Tema baju raya tahun ni blue black. Ulang tema warna baju raya tahun 2017 dan 2020. Tahun ni tak serba baru. Cuma baju raya dan tudung raya je sempat beli baru. Baju encik suami beli di Uniqlo, seluar Uniqlo hitam dah lama beli. Pakai je yang ada. Sampin nikah tahun 2013 pakai semula setiap tahun. Senang jimat.

Tak beli satu set baju melayu sebab jarang pakai baju melayu one set kan. Songkok pun tak perlu beli sebab elok lagi. Settle bab baju raya encik suami. Saya beli online sepasang baju di Misslillyshop. Berkenan dengan corak stripes dan abstract. Tudung pulak beli online di Alhumaira.

Pilih baju kurung kedah loose dan kain pario, senang boleh adjust. Bukan apa, kalau beli baju kurung labuh, kena potong kain lah, potong lengan lah. Leceh betul untuk seorang yang rendah macam saya. So lebih baik beli yang ikut saiz badan dan memudahkan kita.

Baju raya tema blue black

Selipar raya dan hand bag raya tak dapat beli. Haritu nak shopping, banyak kat rak kosong. Yang ada tak berkenan pulak. Encik suami pun pakai selipar raya tahun 2016. Elok lagi simpan sebab jarang pakai. Banyak dah jimat.

Tak ramai balik. Cuma kakak satu family dan abang sorang. Yang lain balik lewat sikit sebab sekali balik untuk majlis kahwin anak buah. Ambil gambar dengan mak abah dan mana yang ada. Abah pun tak larat sangat nak bangun. Dapat ambil sekejap pun jadilah.

Lepas tu layan bergambar dengan anak-anak buah je.

Juadah Raya 2022

Juadah pagi raya, rendang daging kerbau, kuah kacang, nasi impit dan ayam masak merah. Tahun ni buat pertama kalinya tanpa lemang buatan abah. Tak merasa lemang air tangan abah. Abah pun nak bangun tak berdaya dah. Allahuakbar, sedih tengok keadaan abah. Bila urut kaki abah terasa tulangnya. 

Mana tidaknya, abah kurang selera makan. Result darah terkini abah pun doktor kata kanser dah merebak ke tulang. Ubat pun dah tak berkesan. Raya ketujuh dan sampai harini abah warded.

Semoga abah terus kuat melawan sakit dan kembali sihat. Aamiin...

Semua juadah raya kakak yang masak, saya sampai lewat malam tu. Tahu-tahu semua dah siap. Tinggal makan je. Lagipun tak ramai balik, taklah beria sangat masaknya pun.

Juadah Raya 2022

Lepas bergambar, beraya rumah jiran sebelah rumah. Lepas tu terus tukar uniform raya. Rehat lalu tertidur sebentar recharge energy.

Raya yang seronok dapat balik raya di kampung walaupun penat berganda ganda. Dalam kegembiraan, kesihatan abah semakin merosot. Jadi, raya tu bercampur baur perasaanya. Sedih dan gembira bertukar tukar. 


6 comments:

  1. semoga abah fizah bertambah sihat hendaknya...
    selamat hari raya fizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..Terima kasih KakRet doakan untuk abah saya.
      Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

      Delete
  2. Selamat menyambut raya
    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. semoga ayah Fizah kembali sihat. kurang ceria rumah bila salah seorang orang tua kita tak sihat kan sebab diorang yang selalunya sibuk buat macam-macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..terima kasih untuk doanya Sal.
      Betul tu, sedih dan gembira dalam masa yang sama.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.