Drama Sang Pewaris Episod 1-13 (Akhir) Lakonan Ben Amir Dan Amyra Rosli

Friday, November 20, 2020

Drama Sang Pewaris, siri drama televisyen Malaysia 2020 akan mula ditayangkan di slot Lestary TV3 bermula 26 November 2020 menggantikan drama Lelaki Lingkungan Cinta yang berakhir hari rabu minggu depan. 

Drama Sang Pewaris TV3 adalah adaptasi novel 'Sang Pewaris' 2019 hasil karya Fizziany. Gandingan lakonan Ben Amir dan  Amyra Rosli. Siri drama Sang Pewaris diarahkan oleh Eyra Rahman di bawah terbitan Global Station Sdn Bhd. 

Drama Sang Pewaris Episod 1-13 (Akhir) Lakonan Ben Amir Dan Amyra Rosli

Drama : Sang Pewaris
Jumlah Episod : 13
Mula Tayangan : 26 November 2020
Waktu Tayangan  : Rabu-Jumaat, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar, Farah Alya Asari
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn Bhd

Tonton Online Sang Pewaris

Sang Pewaris Episod 1
Sang Pewaris Episod 2
Sang Pewaris Episod 3
Sang Pewaris Episod 4
Sang Pewaris Episod 5
Sang Pewaris Episod 6
Sang Pewaris Episod 7
Sang Pewaris Episod 8
Sang Pewaris Episod 9
Sang Pewaris Episod 10
Sang Pewaris Episod 11
Sang Pewaris Episod 12
Sang Pewaris Episod 13 (Akhir)

Pelakon Drama Sang Pewaris TV3 Slot Lestary

Ben Amir sebagai Megat Amer / Megat Dali / Kudin
Amyra Rosli sebagai Zara Aireena
Zarynn Min sebagai Puan Sri Kamariah
Fizz Fairuz sebagai Dr. Mahfuz
Zamarul Hisham sebagai Mahmud
Ieda Moin sebagai Chesom
Acong Sweetchild sebagai Pak Kadir
Sheila Mambo sebagai Mak Bedah 
Zaefrul Nordin sebagai Tan Sri Megat Khairuddin
Harun Hashim sebagai Pak Samad
Wan Sharmila sebagai Malina
Fad Anuar sebagai Jamal
Mimi Ernida sebagai Zizi
Zaefrul Nordin


Sinopsis Sang Pewaris

Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;

1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!
2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!
3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!
4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.

Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.

Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.

Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.

Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.

Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.

Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.

Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!

kredit : https://www.goodreads.com/book/show/43620769-sang-pewaris


8 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.