Header Ads


Telefilem Nasi Ambeng Timah

Telefilem Nasi Ambeng Timah, telefilem terbaharu di Slot Skrin Di 9 TV9. Telefilem Nasi Ambeng Timah dibintangi pelakon Amy Nur Tinie, Dato' Tarmimi Siregar, Dato' Jalaluddin Hassan, Amar Asyraf dan ramai lagi.

Biodata Amy Nur Tinie (Nur Tinie Abdul Aziz)

Merupakan model dan ratu cantik pernah memegang gelaran : 
  • Miss Malaysia Kebaya 2016
  • Juara Projek Bliss Bintang Bliss 2016
  • Juara Pencarian Ratu Festival Kerja Kahwin Utara 2015
  • 16 peserta akhir Miss Perak Tourism 2015
  • Juara KBJ Ratu Kebaya 2015
  • Pemenang Ngam Bersama Clean & Clear 2014
  • Pemenang Pencarian Model Festival Pengantin Taiping 2014
  • Pemenang kedua Dream Car Expo Model Search 2014
  • Juara Gadis Metro 2011
Tinie turut menyerlah dalam kerjaya seninya sebagai hos program Tumit Tinggi dan Santai Jer untuk RTM. Gadis berdarah kacukan Arab di sebelah bapa dengan ketinggian 173 sentimeter ini, mula melebarkan langkah dalam lakonan pula apabila terbabit membintangi filem 10 Tips Tipu Bini terbitan Rumah Produksi Merah milik Datuk Awie. 

Baru menjebakkan diri dalam bidang lakonan, selepas aktif mengacara program TV sebagai Miss Eco International.

Menariknya, dalam telefilem Nasi Ambeng Timah ni Amy Nur Tinie berdialog dalam bahasa Jawa untuk beberapa babak. Sekali imbas, seiras rupa pelakon Puteri Aishah.

telefilem nasi ambeng timah tv9 online

Telefilem : Nasi Ambeng Timah
Waktu siaran : Jumaat, 25 Mac 2022, jam 8:30 Malam
Siaran TV : Slot Skrin Di 9 TV9 | Astro 149 | myFreeview 109 | Tonton
Idea Asal : Azura Halid
Penulis Skrip : Myra Sofea
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penerbit : Punyakumari Periasamy
Produksi : Universal Excel Creation Sdn. Bhd
Genre : Komedi

PELAKON NASI AMBENG TIMAH

Amy Nur Tinie sebagai Timah
Dato' Tarmimi Siregar sebagai Wak Karjo
Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Tok Seman
Amar Asyraf
Shafiq Sahli
Esma Daniel

SINOPSIS NASI AMBENG TIMAH

Mengisahkan tentang Wak Karjo yang mencarikan jodoh untuk anak perempuannya Timah. Calon jodoh Timah kenalah makan nasi ambeng hari-hari.

8 comments:

  1. Rajin menyertai pertandingan, rezeki melimpah ruah Alhamdulillah.. Nak cari jodoh, mesti makan nasi ambeng? kena pasang spy..cctv ni hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh jugak tu nak makan nasi ambeng hari hari. Hehe...

      Delete
  2. wahh... mengangkat bahasa bahasa etnik di malaysia..bagus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa etnik yang semakin kurang diwarisi pewarisnya.

      Delete
  3. Hehe bosanlah makan nasi ambeng hari-hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau penggemar tegar mungkin tak bosan kot. Tapi kalau hari hari boleh jadi jemu jugak tu kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.