Makan Malam Di Verandah Restaurant Cyberview Resort & Spa

Azhafizah MN
By -
20
Seperti yang adik ipar rancang nak belanja kami semua makan malam Di Verandah Restaurant Cyberview Resort & Spa, Jumaat malam Sabtu tu terlaksanalah. Seusai solat maghrib di rumah, terus gerak ke sana. 

Gerak pukul 7:45 dari Seremban dan sampai sana pukul 8:30 macam tu. Pertama kali saya jejak Cyberview Resort & Spa ni. Menarik entrancenya dengan design kekayuan.

Cyberview Resort & Spa entrance

Terbekenan dengan chandelier light atas tu, lalu cepat-cepat snap.

Cyberview Resort & Spa

Adik ipar dah pesan, suruh tanya kaunter depan jalan ke Verandah Restaurant. Orang kata, malu bertanya sesat jalan. Ini dah bertanya pun tersesat. Silap jalan daaa...Katanya belok kanan dan belok kiri. Kita pun belok kanan, sekali jumpa pintu toilet!

Rupanya kena terus sikit lagi, baru belok kanan baru jumpa pintu keluar dan kekiri baru jumpa Verandah Restaurant. Kita yang silap tak mengikut arahan atau dia bagi arahan salah entah. Hentam sajalah labuuu...Sebbaik tak jauh kesesatan tu, beberapa je untuk U turn.

Keluar dari pintu dan ke kiri, jumpalah entrance Verandah Restaurant ni. 

Verandah Restaurant Cyberview Resort & Spa

Sampai-sampai je, mak, adik-adik ipar, biras dan anak-anak buah tengah menjamu selera. Dorang dah sampai pukul 8:00 awal sikit dari kami. Lama tak lama dah setengah jam jugaklah menunggu kami. Tapi tak ada lah tunggu kami. Kalau tunggu kami, lapar lah nanti. Mak pun puasa, kenalah makan cepat.

Terus kami ambil makan yang tersedia jenis hidangan buffet. Cedok sendiri lah, tak ada orang serve cedokkan. Lebih senang macam tu kan, boleh ambil ikut suka. Disebabkan tak banyak pilihan, saya ambil sayur pak choy dan lainya jenis bergrill.

Udang, ayam, ikan dori dan daging grill. Letak sos pedas sikit dan sos black pepper. Nasi sikit je. Walaupun tak makan malam lagi, tetap kena ambil nasi sikit sebab nak bagi ruang sumbat makanan lain nanti. Macam lah boleh muat banyak kan.

Ayam dia agak liat sikit, Ikan akan kering, daging okaylah lembut jugak dan paling sedap udanglah. Just nice rasa dia. Suami tak makan, dia tolong kopekkan kulit kita tinggal ngap je.

verandah restaurant menu

Ikutkan gigi masih sakit. Tapi saya dah siap siap telan ubat tahan sakit. Risau kalau tiba tiba dia buat hal, lansung potong mood nak makan. Harap kesan dia bertahan lama lah.

Disebabkan waktu makan malam sampai pukul 10:00 malam je, taklah beria makan pun. Tapi rasa rugi pulak tak makan macam-macam. Haihh...lagipun tak banyak pilihan yang menarik. Jadi ambillah beberapa jenis pemanis mulut. Beberapa jenis kek dan kuih. Semua sedap! Habis sepinggan.

verandah restaurant menu

Merasa juga dimsum (tak ada dalam gambar, dah selamat masuk perut), sushi dan dalam gambar tu tak pasti apakah. Lepas tu mengopi. Gambar kopi gegau, malas nak letak.

verandah restaurant menu

Lepas makan, lepak kat luar menikmati permandangan luar. Nasib baik juga ada cahaya menerangi malam. Taklah malap sangat gambar malam ni.

Cyberview Resort & Spa Ballroom

Alhamdulillah rezeki orang belanja makan. Semoga bertambah tambah rezeki adik ipar belanja kami semua makan. Aamiin...

Post a Comment

20Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Tempatnya cantik, makanan pun enak. Mujurlah gigi dah cabut, takut terlekat dekat ayam liat, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik, kalau datang siang dapatlah explore lagi. Datang malam ni masanya singkat tak dapat berlamaan. Hehe..kalau belum cabut, tak kunyah dah belah gigi tu

      Delete
  2. Menarik betul kek dan kuih tu. Yumms

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangattt..selamat masuk perut berketul ketul habis semuanya.

      Delete
  3. memang famous resort Cyberview ni. Pergi buffet selalu macam tu, cita-cita tinggi nak makan macam-macam tapi last-last banyak mana je mampu. Bestlah ada orang kopekkan udang. Nak cari sorang gak lah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! cita-cita sebelum datang tu kemain tinggi melabung. Dah datang baru makan sikit dah rasa kenyang. Acane kan. Hihi..sesekali layan. Semoga bertemu jodoh dengan orang yang rajin nak kopekkan udang :)

      Delete
  4. Oh jadi model all you can eat (AYCE) ya kak... Dah lama saya tak makan AYCE buffet cam nih 😄. Sekarang perut rasa tak bisa makan terlalu banyak. Jadi kadang kalau restoran AYCE nih terlalu mahal, sementara kami hanya makan sikit, macam rugi hahahahaha.

    Kalaupun nak makan makan AYCE buffet, saya pilih yg pricenya tak mahal sangat. Sesuai dengan kapasitas perut 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Setuju! Bayaran buffet memang mahal sikit sebab macam macam boleh makan. Tapi itulah kadang perut tak mampu nak makan macam-macam. Hehe..bagus macam tu, selari harga dan ruang perut.

      Delete
  5. Replies
    1. Memang cantik sekitar Cyberview ni. Cuma malam tu pandangan agak terhad sebab tak banyak lampu menyinari.

      Delete
  6. Wahhh, ada orang belanja... Moha adik iparmu dilimpahkan rezeki. Amin

    ReplyDelete
  7. Ammi sekarang ni cukup malas kalau makan buffet yang berbayar mahal sbb cepat kenyang. dah tua kot perut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruang perut semakin sempit agaknya kot. Tapi dah ada jemputan, jangan menolak rezeki :)

      Delete
  8. Pernah makan sekali kat sini masa ikut boss meeting...okey la makanan dia...rezeki kan....untung ada yang belanja...semoga murah rezeki yang belanja tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ada yang belanja, merasa jugak kita.
      Aamiin...

      Delete
  9. Alhamdulillah dapat cuba tempat makan baru.
    Hehe besar tempatnya ya sampai boleh salah masuk cari tempat sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki dapat makan kat sini. Tempatnya memang besar. Silap ikut arahan atau silap arahan tak tahulah. tak jauh sangat pun sesatnya..sipi sipi je. Hehehe...

      Delete
Post a Comment