Header Ads

Buah Kundang Masam Manis


Semalam, buat pertama kalinya jejak kaki ke Pasar Pagi Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Motifnya nak cari ulam tenggek burung. Sekali pergi tak ada daaa...

Alang-alang dah sampai, tak kan tengok je kan. Kecur tengok orang jual buah kundang kuning besar-besar. Rambang mata nak membeli kat kedai mana satu. Sudahnya beli dekat kedai sorang pakcik tu, dia letak selonggok-selonggok dalam pinggan siap-siap.

Satu longgok (sepinggan), RM15. Beli dua longgok RM25 katanya. Takpelah pakcik, satu longgok je. Encik suami bukan makan sangat pun. Nanti jenuh pulak saya nak habiskan sorang-sorang.

Buah Kundang Masam Manis

Sampai rumah, cuci buah dan terus makan. Rangup kulit buah kundangnya. Ingat manis betul, rupanya masih terselit rasa macam tu. Masam manis berselang selang bila makan. Okay jugaklah ada rasa masam manis.

Kalau manis je tak kundang lah macam tu. Kalau masam je, tak best jugak nanti tak laku pulak. Kira okaylah tu ada masam manisnya. Ini buah kundang siam dan mahal harganya. Kalau jenis buah kundang kampung jarang dapat yang manis.

buah kundang madu

Selain membeli kundang, beli jugak buah mangga lemak muda. Susah nak jumpa kat Seremban sekarang. Dah ada depan mata, beli jugak 4 biji. Potong siap-siap masuk bekas. Nanti boleh buat jeruk mangga asam boi atau makan begitu saja.

buah mangga lemak manis

Pergi pasar tani/pasar pagi Tanjung Ipoh Kuala Pilah lebih kurang pukul 10 pagi macam tu. Orang pun dah tak ramai dan kurang meriah sikit. Pasar pagi kat sini hari Ahad je. 

pasar pagi tg ipoh kuala pilah

Buah salak tu rare, payah nak dapat. Teringin tapi tak membeli sebab dah beli buah kundang dan mangga. Banyak-banyak siapa nak makan nanti? Next time okay.

buah limau buah salak

Antara buah mangga muda dan masak, saya pilih yang muda. Mangga lemak manis tu muda tapi tak masam. Mangga kuning tu mangga susu tak silap.

buah mangga buah

26 comments:

  1. Bestnya beli buah-buahan.
    Memang betul tu Fizah, beli banyak tak termakan nanti membazir pula.
    Dulu waktu anak-anak semua di rumah, rebut-rebut kalau makan buah. Sekarang beli sedikit pun tak habis. Rindu sangat kenangan bersama anak-anak ketika mereka membesar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan nak beli je mana yang jarang jumpa tu. Tapi itulah, kembung buah pulak nanti. Membazir kalau beli tak termakan, buah pun bukan murah sekarang. Tak lama lagi raya mesti seronok dapat kumpul ramai ramai nanti kak Amie.

      Delete
  2. Sedapnya kundang. Sekarang ni kalau beli banyak yang rasa manis tawar. Tak tau la peram ke apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan jugak ada rasa macam tu. Tak tahulah kan sebab teknologi pertanian dah macam macam. Mungkin jugaklah peram.

      Delete
  3. Adoi, dengki tau dia. Kecur terus tengok gambar kundang dah bergigit tu.. melelehhhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akibat tengok mama Cella share lah ni. Hehehe.. Kita pun terbeli. Lepas ni mungkin akan berpindah kat blog Kak SK pulak. Kena pergi pasar tani kak, mesti ada punyaaa

      Delete
  4. dpt isi yg manis buah kundang tu mmg yummy..mangga lemak manis tu pn fav

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kundang jenis manis tu sebab, tapi kena ada masam sikit baru feel kundang. Mangga lemak manis memang sedap, tak masam dan rangup.

      Delete
  5. Dulu kat kg mmg byk buah kundang ni.. Masam gila oiii hahaha.. Tmbh kita bkn peminat food yg masam2.. Mmg bkn pebret buah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kundang kampung tu memang masam nau KakRet, kita pun tak sanggup nak makan.

      Delete
  6. ada yg manis ada yg masam buah ni
    akak penah beli alhamdulillah maniss
    tapi mahainya he hee sekali je beli nak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah, ada manis ada masam. Dapat yang manis sikit ada masam sikit sikit tu okaylah. Kalau jenis masam betul tu memang sekali tu je laha makan. Hehe...
      Itulah tu, buah kundang ni boleh tahan mahal harganya sekarang. Buah rare kan. Beli sekadar untuk merasa je lah.

      Delete
  7. Pecah liur. Rangup kulitnya tu ya Allah sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulitnya rangup, meletop bila digigit. Kena mencari kat pasar tani/pasar pagi kak. Mesti ada. Macam ramai yang jual, mesti tengah musim kot.

      Delete
  8. Kalau shopoing buah ni boleh lupa diri tau. Saya pun suka buah kundang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe Sal. Menggila tengok buah buah rare yang dah lama tak makan. Tapi itulah fikir nanti banyak banyak siapa nak habiskan pulak kan. Simpan niat, nanti nanti pergi lagi membeli buah lain pulak.

      Delete
  9. Agaknya tahun ni kundang rasa masam manis kot nak banding sebelum ni yang manisssss semata🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe..Agaknya lah tu, haritu beli kat Segamat manis semata mata. Kali ni kat Pilah ada masam manisnya.

      Delete
  10. Mahal buah kundang ini.. Sini macam payah sikit nak nampak orang jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul KakSha, mahal betul harga buah kundang ni. Susah nak jumpa orang jual melainkan kat pasar malam/tani/pagi.

      Delete
  11. Lama tidak makan kundang. Selalu makan kundang kampung. Ada juga kundang Siam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kundang ni jenis buah bermusim kak. Susah jugak nak cari. Kundang kampung selalu masam, tapi kundang siam ni biasa kuning dan manis.

      Delete
  12. Replies
    1. Kot teringin bolehlah cari di pasar tani Lyana. Mungkin tengah musim kot

      Delete
  13. Dah dapat beli hari tu. Puas hati makan.
    Nampak sedap pula salak tu. Nak kena cari ke apa ni. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati makan kalau manis dan ada sikit masam kan. Buah salak tu macam teringin jugak, lain kali baru beli...
      kalau teringin kena cari jugak tu naniey :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.