Filem Langsuir

Filem Langsuir lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha akan di ulang siar pada 25 Mac 2022, jam 9:00 malam di saluran Astro Citra. Filem Langsuir merupakan filem tahun 2018 yang ditayangkan di pawagam pada 20 September 2018 yang lalu.

Filem Langsuir Astro Citra

FILEM LANGSUIR

Tarikh Tayangan : 20 September 2018
Ulang siar : Jumaat, 25 Mac 2022, jam 9:00
Siaran TV : Astro Citra
Pengarah : Osman Ali
Terbitan : Guam Teamwork Sdn Bhd, Nuansa Sdn Bhd
Genre : Seram Romantik

PELAKON DAN  WATAK

  • Syafiq Kyle sebagai Azlan
  • Hannah Delisha sebagai Suri
  • Firdaus Nadxaman sebagai Zaman
  • Julia Farhana Marin sebagai Dewi
  • Halim Radzi sebagai Kamal
  • Shah Kimin sebagai Udin
  • Nazri sebagai Alias
  • Daaim Jailani sebagai Eron
  • Nazri John
  • Naza Manas

SINOPSIS LANGSUIR

Menceritakan kisah cinta dua dunia antara Azlan dan Suri. Mereka bertemu ketika Azlan dan kawan-kawannya berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Azlan yang jatuh cinta dengan Suri tidak mengetahui bahawa Suri adalah langsuir yang mendiami pulau itu. 

Zaman irihati dengan hubungan Azlan dan Suri telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri untuk melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika kepalanya ditebuk paku. 

Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan Kamal namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri. Dewi nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan Zaman serta rakan-rakannya. 

Mampukah cinta antara dua dunia bertahan atau terkubur demi menyelamatkan sebuah persahabatan?

6 comments:

  1. Ni yang seram ni, baru ja nak memberanikan.. meneroka pulau-pulau seluruh malaysia, eh eh

    ReplyDelete
  2. berapa kali tengok dah. tp tu la, tak seram pulak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab genre dia seram romantik kot kan. Taklah terasa seramnya gitu.

      Delete
  3. poster dia memang first class. pening tengok lama-lama. banding dengan poster filem Melayu horror lain yang macam buat kolaj je. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem kena buat poster hebat hebat kalau nak tarik penonton tengok. Mana yang kureng tu mungkin tak cukup bajet kot nak hire graphic designer hebat. huhu...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.