Header Ads

Nak Buat Kek Pisang Coklat Moist Tapi Jadi Ala Brownies


Mak bagi dua sikat pisang kapas. Hampir habis sesisir dah dibuat cekodok. Lebih tu nak buat apa pulak. Tak kan nak cekodok je. Jemu jugak! 

Fikir punya fikir, buat kek pisang coklat moist pun sedap jugak. Lama tak buat kek pisang pun. Risau jugak hilang skill buat kek pisang. Nampak macam menarik je kalau cuba resipi kek pisang moist RahmatBaha tu.

Jadi saya pun cubalah buat. Inilah hasilnya. Patutnya buat satu loaf pun dah okay. Ingatkan dia akan naik tinggi tapi kena scam lah pulak.

resepi kek pisang coklat moist bakar

Masa waktu bakar kek tu elok je naiknya. Tapi dah sejuk macam kejadian brownies pun ada.

Mungkin sebab pisang dilenyek je. Biasa kisar je atau sebab letak yogurt atau mungkin juga sebab tak letak telur. First time buat ikut resipi lain. Biasa buat kek pisang jadi je elok gebu.

Ala brownies pun bolehlah. Masih boleh dimakan. Chewy and moist. Dia padat tapi bukan bantat kot. Tak berani dah nak cuba buat style macam ni lagi. Kena buat ikut resipi kek pisang mudah je lah lepas ni. Bahan bahan pun sikit je.

resepi kek pisang coklat moist bakar

Sedap ke tidak? Sedap jugaklah dengan coklat melting dalam tu. Cuma kalau gebu berongga tu lagi sedaplah cerita dia. Takpe, belajar dari pengalaman. Tak buat tak tahu, ye tak?

Pisang pun saya potong tebal. Konon buat hiasan. Dah letak baru teringat, patut disagatkan guna penyagat kerepek pisang, barulah nipis. Apooo dah letak baru teringat. Itulah dia bila buat kerja tak berapa nak clean. 

30 comments:

  1. Nampak sedap tu walaupun tukang buatnya ralat macam2, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..ralat tak seperti yang diinginkan kak. Sebbaiklah rasa sedap tu ada.

      Delete
  2. ada coklat melting dlm tu pasti sodap...yummyyy

    ReplyDelete
  3. oklah tu Fizah, at least dah cuba takdelah tertanya-tanya. baking ni bagi saya rumit sikit. salah langkah atau sukatan bahan terus kejadian tak menepati apa yang kita expect

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Saya pun rasa macam tu jugak. Banyak pantangnya. Kalau masak lauk campak campak jadi lah jugak.

      Delete
  4. haah la macam brownies, tapi nampak sedap tu fiza!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Tetap menawan mata yang memandang dan mesti sedap juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..gabungan pisang dan coklat memang terbaik. Sedap!

      Delete
  6. Sedap tu Fizah kek pisang ala-ala brownies. Makan dua potong, hidang bersama secawan minuman panas alangkah nikmatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap bila keluar oven tu Kak Amie. dengan baunya yang meengundang tak sabar nak makan. Dah berpotong potong makan bukan dua potong lagi. hehe...

      Delete
    2. Ngences pulak ni bila terbayang baru keluar oven hihihiii.

      Delete
    3. Haa kalau dah ngences kena buat nanti Kak Amie. Ada masa dan stok pisang boleh lah buat kek pisang :)

      Delete
  7. Takpe. Asal sedap dan boleh makan. ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul betul. Dah susah payah buat tak kan tak makan kan :)

      Delete
  8. Replies
    1. Sedap boleh tahan juga buat style kek camni. Tapi tulah prefer yang fluffy lagi.

      Delete
  9. Xpee try janji dah tahu kan resepi nya mcm brownies.
    kadang2 camtu lah ada resepi yg menjadi tp nak jga try rwswpi lain he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least dah cuba kan. Kena berguru dengan cikgu baker macam kak nor.

      Delete
  10. Hehe buat secara spontan. Takpelah sudah tahu rasa bagaimana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..itulah. Lepas ni kena guna resipi yang biasa buat je lah :)

      Delete
  11. Salam kenal.. wah kalau ada teh panas ni agaknya 3-4 keping boleh habis sekali duduk je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Hihi..teh panas dan kek pisang coklat bergabung memang nikmat sekali menjamu :)

      Delete
  12. Tak apa jadi brownies pun sedap juga untuk dimakan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.