Dapatlah Cuti Sehari

Azhafizah MN
By -
24

Sesudah subuh, terus gerak ke Klinik Pergigian Alisa sebab ada appointment jam 9:00 pagi untuk cabut benang jahitan luka cabut gigi minggu lepas. 

Sepatutnya sampai sebelum jam 9:00 pagi tapi sebab encik suami sakit perut 2 kali berhenti, sudahnya lewat sampai. 10 minit lewat macam tu.

Klinik Pergigian Alisa Taman Yayasan Segamat

Betul-betul klinik baru buka tak ada pesakit lain. Baru nak hulur nota appointment di kaunter, pembantu doktor bertanya "Puan Azhafizah ye?" Nampak macam dah ready menunggu saya. Saya pulak terlewat. 

Disuruh duduk kejap, belum sempat duduk doktor dah panggil masuk. Doktor check jahitan, rupanya ada jahitan dah putus. Saya terus cakap dalam seminggu ni sakit, ubat tahan sakit pun dah habis. 

Ada luka sikit bahagian tepi terputus jahitan dan radang macam tu, patutlah sakit katanya. Tapi jahitan luar tu dah cantik. Doktor cabut benang jahitan dan cuci bahagian cabutan gigi tu. 

Kejap je prosesnya pun. Doktor bagi ubat tahan sakit (Mefanamic 500mg) lagi dan juga ubat sapu luka (Mucopain) yang masih belum elok tu. Balik dari klinik rasa kurang sikit rasa sakit tu. 

Mungkin dah cuci sikit tu okaylah kot. Tak pasal pasal dapat surat cuti sehari. Total rawatan harini hanya bayar ubat-ubatan je. RM25.

Klinik Pergigian Alisa Taman Yayasan Segamat

Lepas ke klinik, balik kampung singgah sekejap jumpa mak abah. Alang-alang dah balik tu kan. Tak kan tak jengah walau sekejap cuma. Sebelum nak sampai kampung, saya pulak sakit perut. Pandai pulak sakit perut ni berjangkit. 

Nasib baik dah nak sampai rumah mak baru perut buat hal. Kalau nak berhenti guna toilet awam memang taklah saya. Melainkan terpaksa. Toilet R&R acceptable sebab bersih.

Saya syak sakit perut sebab makan burger yang dah sehari dalam peti ais kot. Makanan lain yang kami makan selain burger, makanan baru masak. 

Sampai rumah, berlawan bilik sebelah menyebelah melabur dalam bank. Lepas perut kosong habis dah buang semuanya barulah rasa lega sikit. Lepas makan malam, okay sikit perut masing-masing. 

Alhamdulillah..risau jugak kalau cirit birit berlarutan. Lemmmah!

Lega jugak sakit luka cabut gigi dah berkurang. Lepas ni baru lah boleh aktif buat kerja balik. Banyak kerja tertangguh.

Terima kasih yang mendoakan kesihatan saya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...


Post a Comment

24Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. sakit gigi ni mmg ishhhhh taknaklah bayangkan. kalau boleh taknak rasa dah sakit gigi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merana sakit gigi ni kan Ammi. Lama nak baiknya pun. Itulah tu, kalau boleh taknak dah sakit gigi.

      Delete
  2. Memang boleh berjangkit sakit perut kalau akibatnya dari sumber yang sama. Mujur tak teruk cery berry sekali. Mungkin baru sikit jangkitan bakterianya. Murah sangatlah klinik gigi Fiza pergi ni. Dia tak ada cawangan di JB ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik jugak mulanya suami kena sorang, dah lama baru berjangkit. Mungkin sebab saya makan sikit kot. lambat sampainya. Mujurlah tak teruk berhari hari. A ah kak. Kira murah jugak pada saya. Saya tahu ada 2 cawangan je kat Segamat ni.

      Delete
  3. semoga cepat sembuh...mmg suspense gi toilet awam, kalau kt RnR boleh tahan bersih ..

    cantik kliniknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... Terima kasih doakan saya kak.
      Tak nak terkejut, itu yang tak berani nak masuk toilet awam. R&R okay lagi bersihnya.
      A'ah klinik ni cantik serba pink dan dekorasi pun cantik.

      Delete
  4. Aduii nyilu lakk baca bab GG ni.. moga cepat sihat yaa Fizah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngilu dan sakit tu takleh tahan. huhu..
      Aamiinn..Terima kasih kak doakan.

      Delete
  5. Semoga cepat2 sembuh sis, ngilu terbayang kena jahit tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      terima kasih untuk doanya.
      Sekarang dah kurang sikit rasa sakitnya tu.

      Delete
  6. Sakit gigi la yang paling x suka...ni dah 2 tahun x pi check ni..elaun pun burn macam tu je...kena pi ni..ada gigi yang tampalan dia dh rosak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi tu kak, sayang burn camtu je. At least scaling ke. Berbaloi jugak. Nanti check tau kak.

      Delete
  7. Semoga cepat sihat gigi tu kak fiza. Sewaktu saya baca kisah sakit perut kak fiza ni saya sekali tengan sakit perut nak ke toilet hahaha. Berjangkit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...Terima kasih Nad doakan saya.
      Eh eh, boleh berjangkit online pulak dia. Haa cepat cepat ke toilet.

      Delete
  8. cirit-birit pun orang kata simptom covid gak. mana tak ghisau. hehe. semoga cepat sihat dan boleh makan macam biasa

    ReplyDelete
  9. Dugaan betul sakit perut. Nasib baik sakit sampai hampir di rumah. Cuba kalau waktu buang benang di klinik. Tidak dapat bayang.
    Alhamdulillah dah ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujurlah lepas buka cabutan benang tu. Tak dapat bayangkan kalau semasa jumpa doktor tu. Sakit berdouble double jadinya.

      Alhamdulillah beransur ok.

      Delete
  10. Moga terusss sihat yeeee...Perut bila buat hal, satu kerja takleh buat....penat kuo masuk toiletttt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      Kalau sakit datang memang takleh nak buat kerja kan nona. lemah betul rasa.

      Delete
  11. Feel you kak Fiza. Masalah gigi nih tak bisa main2. Saya dulu kenyang ke dokter gigi rutin. Sebab gigi saya tak bagus letaknya dari kecil. Makanya rutinlah demi gigi bisa rapi. Setelah rapi, jadi trauma pula dengan dokter gigi 🤣. Makanya saya lebih rela merawat gigi sendiri, daripada harus ke dokter gigi lagi 🤣. Sakitnya masih terbayang saat dibius, dicabut, dijahit.... Ngilu sampai kepala 🤣.. semoga tak bermasalah lagi keadaan giginya ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbayang bayang terus sakitnya tu. Selepas habis kesan bius tu baru rasa sakitnya tu, memang tak tahan. Urat sarafnya bersambung ke kepala, itu yang jadi sakit sampai sakit kepala. Kalau rawatan dirumah berkesan okay lagilah. Kalau tak tahan, ke klinik juga akhirnya.

      Delete
Post a Comment