Lirik Lagu Pelukan Angkasa - Sekumpulan Orang Gila (SOG) feat. Shila Amzah

Lagu Pelukan Angkasa dinobatkan sebagai Juara Lagu AJL36 malam tadi. Tahniah untuk Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah menyampaikan lagu Pelukan Angkasa dengan baik. Padu vokal masing-masing. 

Lagu Pelukan Angkasa merupakan lagu OST KL Vampires. Siapa sangka, lagu Pelukan Angkasa berjaya menjadi Juara. Bait bait lirik pun menarik, persembahan malam Anugerah Juara Lagu ke 36 pun terbaik. Tahniah!

Lirik Lagu Pelukan Angkasa Sekumpulan Orang Gila feat. Shila Amzah
sumber : youtube

Lagu : Pelukan Angkasa
Penyanyi : SOG & Shila Amzah
Komposer : Raja Nazrin Shah
Lirik : Fazleena Hishamuddin

Lirik Lagu Pelukan Angkasa ( Sekumpulan Orang Gila - feat. Shila Amzah)

Bulan purnama terangi rinduku yang sayu
Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu
Langit gelita sematkan bintang di dadamu
Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu

Angin bersiul
Bersiul hembus
Menghembus luka
Dingin menusuk
Menusuk meratah rongga

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Terik suria suluh logika rohku yang gelap

Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa

Kalian takkan mampu
Mampu memecahkan bongkah ini
Rangkul tanganku
Kita bersatu lawan dunia

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Dua jiwa, dua dunia
Ingin mengecap damai bahagia
Tahukah bahawa cinta itu satu dosa?

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Video persembahan Sekumpulan Orang Gila (SOG) feat. Shila Amzah AJL36


16 comments:

  1. Replies
    1. Ramai peminat rupanya SOG ni. Saya baru tahu bila lagu ni masuk AJL. Hehe...

      Delete
  2. Lama dah saya tak melayan juara lagu.. Masa dulu-dulu je bersemangat nak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu meriah dia lain. Sekarang ni tak tengok live pun boleh tengok bila bila.

      Delete
  3. Aini baru tahu SOG ni..haha
    Yang funny Aini boleh tak cam tu Shila Amzah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang sama kita, baru tahu. Tahu Shila Amzah je.

      Delete
  4. Jujur saya mengaku semalam baru first time dengar lagu ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kita pun baru kenal bila masuk AJL ni haaaa...

      Delete
  5. lain macam aura lagu ini masa pertama kali Sha dengar lepas tengok filem KL Vampire..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aura dia sampai Juara tu. Tahniah untuk SOG x Shila Amzah.

      Delete
  6. Sebelum ni xpernah dengar lagu pelukan asmara di corong radio . First time dengsr time AJL ni . Rezeki lagu ni boleh menang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya macam tak pernah keluar radio je. Tahu tahu masuk final AJL je kan. Pastu juara. Rezeki mereka :)

      Delete
  7. tengok liri dia quite powerful juga tu

    ReplyDelete
  8. Tidak berapa clear liriknya bila dengar.. tapi dah search, barulah dapat nyanyi sama bila keluar kt radio . hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak jelas sangat bunyinya. Tengok lirik baru tahu sebutannya tu kan

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.