Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara berperingkat mulai 28 Mac - 8 April 2022

Tarikh bayaran BKM 2022 akan mula diagihkan secara berperingkat bermula 28 Mac 2022 untuk isi rumah, warga emas dan bujang.

Pembayaran fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang mencecah nilai hampir RM2 bilion akan diagihkan secara berperingkat mulai 28 Mac sehingga 7 April 2022.

Pembayaran BKM membabitkan seramai 8.6 juta penerima yang akan mendapat bayaran RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan masing-masing.

Pembayaran ini merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara berperingkat mulai 28 Mac - 8 April 2022
sumber : bernama


Bagi penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang, tarikh pembayaran akan bermula 28 Mac sehingga 8 April dan akan terus dikreditkan ke akaun bank.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak), pembayaran akan dibuat bermula 30 Mac melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP (prosedur operasi standard) dari semasa ke semasa.


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Pembayaran BKM ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi.

baca juga : jadual, permohonan, semakan BKM 2022

Rayuan Permohonan BKM 2022

Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, permohonan rayuan akan dibuka selama sebulan mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan.

Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Semakan BKM 2022

Status kelulusan BKM boleh disemak mulai 28 Mac 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2022/03/823088/bayaran-bkm-mulai-28-mac-ini

10 comments:

  1. Bertuah la pada mereka yang dapat BKM ni...at least sedikit sebanyak membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki pada mereka yang memerlukan. Betul, sedikit sebanyak dapat membantu.

      Delete
  2. kita tak dapat dah huhu. mohon share ya

    ReplyDelete
  3. Thanks share Fizah. harap dapat membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  4. moga dapat membantu yang betul-betul memerlukan...

    ReplyDelete
  5. harap2 bantuan ni dapat digunakan sebaiknya...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.