Dapat Juga Sotong Kangkung

Azhafizah MN
By -
28
Alang-alang encik suami keluar, kirim beli yong tau foo sekali. Alang-alang membeli yong tau foo, belilah sekali sotong kangkung. Banyak betul dia punya alang-alang.

Sebelum ni nak beli sotong kangkung tak ada, dah habis. Lepas tu tak nak kecewa tak ada sotong kangkung, maka belilah tauhu bakar. Kali ni ada sotong kangkung, rezeki sayalah dapat makan sotong kangkung yang dah bertahun tahun lamanya tak makan.

Padahal resepi sotong kangkung ringkas je. Buat sendiri pun boleh. Tapi lain rasanya sotong kangkung beli dan buat sendiri kan. Encik suami bukan makan. Nak makan sorang baiklah beli je. Senang!

Sotong Kangkung

Banyak betul isi sotong kangkung ni. Sendat dan padat satu bekas plastik ni. Watak utama sotong kangkung adalah potongan sotong kembang dan potongan saayur kangkung. Selain tu ada timun dan tauhu. Atasnya dihiasi dengan taburan kacang tumbuk.

Tak lupa jugak sosnya. Rasa macam sama macam sos yong tau foo tapi macam edisi kurang pedas. Ke sama entah. Harga sotong kangkung sebungkus RM6.

yong tau foo seremban

Repeat lagi beli yong tau foo RM10 sebungkus. Entah kali keberapa beli pun tak tahulah. Sedap macam biasa. Tak kedekut sos dan isinya.

Gerai ABC Along Merah Delima

Waktu operasi :  
Isnin-Jumaat (Sabtu-Ahad Cuti)
Jam 12:00 pm - 6:00 pm

Lokasi : 447 taman college heights 8 (COD TCH FREE)
Hubungi : 0176218804

Tags:

Post a Comment

28Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Amboi dia cerita sotong kangkung terus telan air liur, tunjuk gambar pula, mewah sotong dan kacang, sedap, suka menu tauhu bakar, yong tau foo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga ada rezeki akak juga dapat sotong kangkung nanti. Sama taste kita suka menu menu tu semua :)

      Delete
  2. Replies
    1. Kalau gemar sotong kembang dan kangkung mesti suka. Kalau tidak, mesti tak akan suka sotong kangkung ni.

      Delete
  3. Alaaaa...beli kat mana...nak jugak....akak pun dah lama x makan sotong kangkung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taman Coral Height kak, saya dah update dalam entry. Nanti cubalah kot kena dengan selera akak.

      Delete
  4. alahai...dah lama juga teringin. tu la..bila kita sorang aje yang makan..malas nak masak sendiri kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kalau sorang je makan malas betul nak membuatnya.

      Delete
  5. Sedapnya sotong kangkung. Nampak banyak portion-nya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kak Nur dah berblog semula ke? Nanti sy singgah blog kak Nur ye. Memang banyak porsinya. Berbaloi!

      Delete
    2. Ye. Baru je start balik, Fizah. :D

      Delete
  6. Peminat setia kalau sedap.
    Memang nampak banyak sotong kembang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena dengan selera kita memang beli berulang ulang kali. A ah, penuh sebekas.

      Delete
  7. Hadoiii sedapnya Fiza oiii.... ..
    Lama takdan nak blogwalking....Ni curi masa sat sambil nak tunggu waktu berbuka...Satgi lepas maghrib saya jenjalan lagi😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama teringin makan, bertambah tambah sedapnya mama cella uiii...
      Samalah saya apun dah lama tak blogwalking. Nak kena curi masa jugak ni.

      Delete
  8. kurang suka sotong kangkung. tapi kalau yong tau fu suka lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab tak suka sotong kembang tu kot. Yong tau foo ada macam-macam, itu yang ramai suka.

      Delete
  9. Dekat area rumah saya pun ada sotong kankung. Lama dah tak makan sebab malas nak pergi kedai tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham sangat kemalasan tu. Kalau ada delivery okay jugak kan. Ke ada dalam food delivery, boleh jugak membeli.

      Delete
  10. Murah dah tu. Kalau sedap, boleh repeat order. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berpatutan juga harganya. Sotong kangkung first time order. Yang lain dah berkali kali repeat order.

      Delete
  11. Penasaraaaan nak rasa 😍. Selama ini masak kangkung hanya tumis je. Kelihatannya dimasak dengan sotong dan kani pasti lebih sedap yaaa 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu ni sama macam yong taufu je. Sotong kembang direbus dan dipotong, kangkungnya juga hanya direbus je. Kemudian dimakan dengan sosnya.

      Delete
  12. sedapnya..dah lama tk makan..kuah dia yg buat sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah juga nak jumpa sotong kangkung ni kan kak. Itu yang macam lama tak makan. Betul, kuah yang buat sotong kangkung ni sedap. Sebab sotong dan kangkung tu just celur je kan. Kuah dia tu yang bagi rasa sedap.

      Delete
Post a Comment