Header Ads


Drama Do You Love Me Captain

Do You Love Me Captain?, sebuah drama melayu bersiri adaptasi novel karya Sophilea dibintangi Ali Reza, Sharifah Rose, Noniswara, Faye Kusairi dan ramai lagi. Do You Love Me Captain? episod 1 mula bersiaran pada 13 April 2022, jam 9:00 malam di slot Lestary TV3.

drama do you love me captain tv3

Drama Do You Love Me Captain

Jumlah episod : 28
Mula siaran : 13 April 2022
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Nevelis : Sophilea
Pengarah : Adam Hamid
Produksi : Creative Skill Solution

PELAKON DO YOU LOVE ME CAPTAIN

Ali Reza sebagai Darish Dzaqrie
Sharifah Rose sebagai Daneena Durra
Noniswara sebagai Dr Anis
Faye Kusairi sebagai Harlina
Hazeeq Dean sebagai Hakim
Syainie Shuhaimi
Zuhairi Ibrahim
Kartina Aziz
Yasmin Khalid
Daniel Fong
Izzendra


SINOPSIS DO YOU LOVE ME CAPTAIN

Crash landing on you? Huh! Mimpi sajalah semua itu. “Realitinya mana ada macam itu. Tiba-tiba jodoh datang dari langit. Drama itu semua khayalan… merepek saja. Semuanya melalaikan.” Kapten Darish Dzaqrie cuma menjeling saat sahabatnya leka dengan drama yang memaparkan kehidupan tentera Korea Utara itu.

“Jangan cakap sombong Darish.. takut esok jodoh kau keluar dari almari bilik.”

Takdir Tuhan, tatkala pulang bercuti di rumah yang dibina berhampiran pantai, seorang wanita bersembunyi di dalam almari.

“Awak keluar dari almari ini sekarang sebelum saya heret ke balai polis!” Entah berapa lamalah agaknya gadis yang bernama Daneena Durra ini menceroboh di kediamannya. Bukan tu saja. Dia jadikan rumah ini seolah-olah macam dia yang punya.

“Saya minta maaf, Tuan. Jangan bawa saya ke balai polis. Saya cuma… Saya cuma tumpang berteduh. Demi Allah saya tak ambil apa-apa barang pun dekat sini kecuali makanan dalam peti ais"

Saat hatinya tertanya-tanya siapa gadis ini, Daneena Durra tetap membisu seribu bahasa. Keluarganya muncul. Bakal isterinya muncul lalu Daneena diperkenalkan sebagai pembantu rumah.

Saat di pejabat, hatinya mengingati Daneena. Masin mulut sahabatnya, jodoh dari almari. Daneena yang siapkan makan minum dia, Daneena yang berjaga tatkala dia demam. Daneena yang buatkan dia selalu mengukirkan senyuman dan tawa.

“Siapa awak Daneena?”
“Siapa saya… anggap sahaja takdir yang bawa saya ke sini.”

Tapi satu hari saat dia pulang kembali ke rumah percutiannya, saat hatinya dicuri gadis itu, Daneena sudah pergi. Cuma ada nota ditinggalkan. Dan ayat ini…

Do you love me, Captain?

Darish tahu dia harus mencari Daneenanya yang misteri. Jatuh cinta itu bukan mudah tapi dia yakin pada takdirnya. Tunggu saya Daneena Durra kerana awak adalah takdir saya.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.