Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya

Azhafizah MN
By -
20
Panadol (nama brand) atau paracetamol (PCM) dipanggil acetaminophen di Amerika Syarikat, ubat yang wajib ada kat rumah. Tambah lagi sejak munculnya penyakit COVID-19 ni. Lepas cucuk vaksin jika ada simptom demam, terus telan panadol. Begitu juga jika ada simptom dijangkiti virus COVID-19.

Merujuk portal antarabangsa webmd.com, panadol secara amnya digunakan untuk mengubati sakit-sakit ringan sehingga sederhana seperti :
  • Sakit kepala
  • Senggugut
  • Sakit gigi
  • Sakit belakang
  • Osteoartritis
  • Selesema
  • Mengurangkan demam

Pengambilan panadol sebenarnya berbeza bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Jenis-jenis panadol juga berbeza-beza bergantung kepada fungsinya.

Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya

Seorang pegawai farmasi, Amir Said melalui ciapan d akaun Twitternya tampil memberi penerangan.

Berikut beberapa jenis-jenis panadol yang dijual di pasaran, dos yang dicadangkan dan fungsi seperti yang dikongsi pegawai farmasi tersebut.

6 Jenis Panadol Dan Kegunaannya

1. Panadol Actifast (PCM 500mg, Sodium 173mg)


Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya - Panadol Actifast

Fungsi sodium adalah mempercepatkan penyerapan PCM pada usus kecil. Jadi, kesannya terasa dengan lebih cepat kerana kandungan sodium tinggi. Namun, panadol jenis itu tidak sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Dos : 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari

2. Panadol Optizorb (PCM 500mg)

Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya - Panadol Optizorb

PCM jenis itu mengandungi calcium carbonate, alginic acic dan crospovidone. Hasilnya, ubat akan lebih cepat hancur di dalam badan dan PCM lebih mudah dan cepat diserap. 

Kesannya dapat dirasai seawal 15 minit. PCM jenis ini tidak mempunyai sodium, jadi ia sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari

3. Panadol Extra (PCM 500mg, Caffeine 65mg)

Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya - Panadol Extra

PCM dan kafein digunakan untuk mengurangkan sakit yang teramat sangat. Sesuai untuk masalah sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit gigi dan lain-lain.

Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk wanita hamil dan menyusukan anak kerana mempunyai kandungan kafein.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari

4. Panadol Soluble (PCM 500mg, Sodium 427mg)


Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya - Panadol Souble

Sesuai digunakan oleh pesakit yang sukar untuk menelan ubat jenis tablet. Caranya hanya larutkan ubat dalam satu gelas air.

Memandangkan PCM ini mempunyai kandungan sodium yang tinggi, ia tidak sesuai untuk penghidap darah tinggi.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari

5. Panadol Menstrual (PCM 500mg, Pamabrom 25mg)

Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya - Panadol Menstrual


Ia digunakan untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut ketika datang haid. Ini kerana pamabrom mempunyai kesan diuresis yang boleh menyingkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari

6. Panadol Extend (PCM 665mg)


Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya - Panadol Extend

PCM ini mempunyai dua lapisan bagi memanjangkan tempoh penyerapan ubat. Kesan ubatnya akan lebih lama iaitu menjangkau lapan jam dan ia sesuai untuk pesakit kronik.

Dos: 2 biji setiap 6 hingga 8 jam 3 kali sehari

Katanya lagi, maksimum dos untuk PCM hanya 4000 miligram atau 4 gram sehari sahaja. Jangan ambil lebih daripada yang sepatutnya.
Lepas ni jangan silap ambil panadol yang betul dan bersesuaian dengan tahap kesihatan masing-masing. Panadol ni fungsi dia macam ubat tahan sakit gitu. Apa apa sakit kalau pergi klinik/hospital mesti dapat paracetamol.

Tags:

Post a Comment

20Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Saya selalu makan je panadol apa yang ada kecuali yang pink tu sebab tak pernah kena senggugut teruk. Lepas ini nak kena tanya in detail bila beli panadol. sebab ingat nama ni memang tak mampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah jugak makan panadol pink tu. Mudah bertanya terus sebelum membeli.

      Delete
  2. Terima kasih perkongsian tentang panadol ye Fizah. Baru tahu rupanya ada panadol yang tidak sesuai untuk pengidap darah tinggi. Ingatkan semua panadol sama. Kak Amie biasa gunakan panadol yang dilarutkan dalam air, soluble.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama² Kak Amie. Saya pun baru tahu baca dari perkongsian kat twitter tu. Panadol soluble tu paling hazab nak habiskan air. kadang tak suka tapi terpaksa sebab nak elok kan.

      Delete
  3. Paling selalu guna, yang nombor empat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling senang nak makan ubat tapi tak tahan bau dan rasa tu. Susah jugak nak telan habiskan. hehe

      Delete
  4. Banyak jenis rupanya panadol ni. Yang tahu panadol biasa dgn actifast je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Dah tahu ni senanglah nak guna masa satu ikut keperluan dan kesesuaian.

      Delete
  5. thanks for sharing Fizah. So far pernah guna panadol biasa dan menstrual tu je. rupanya tak boleh guna sebarangan jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama Sal. Dari apa yang dikongsikan ni, begitulah…

      Delete
  6. yg paling selalu ada kat rumah dan office adalah actifast..waktu senggugut pun ammi belasah je actifast dan alhamdulillah..senggugut, sakit belakang, cramp yg selalu jadi pengiring senggugut pun hilang sementara.

    tp lately ni payah betul nak dapat panadol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul fast kesan dia. Sebab masing masing beli banyak buat stok kat rumah agaknya kot. Ubat-ubatan dan yang berkaitan dengan kesihatan semua demand tinggi sekarang.

      Delete
  7. Pelbagai jenis panadol ni . CCL biasa guna panadol biasa . Itu pun jarang2 sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, macam macam jenis panadol ikut kesesuaian fungsinya. Saya pun jarang berpanadol. Kalau sakit teruk je baru makan.

      Delete
  8. Selalu makan panadol yang biasa itu.
    Lain pun pernah cuba Soluble.
    Tq kongsi terperinci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada stok yang biasa dan soluble tu je kak.
      Sama²

      Delete
  9. Naniey selalu guna Activ Fast je dengan yang biasa punya tu je. Tapi prefer Activ Fast sebab lagi cepat. Yang lain lain tak pernah cuba.. Jenis soluble memang tak boleh telan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. active fast memang cepat kesannya kan macam namanya. Soluble tu kalau kena makan kena tahan bau dan rasa. huhu...

      Delete
Post a Comment