Gadgets

Pintasan Saloma Tak Berlampu

Balik dari makan malam di Verandah Restaurant Cyberview Resot & Spa, kononnya nak lepak jalan jalan di Putrajaya. Tapi patah niatnya. Berhajat macam nak pergi KLCC (Kuala Lumpur City Centre) atau Pintasan Saloma (Saloma Link Bridge).

Lalu depan KLCC, mak oiii ramainya umat manusia. KLCC is cancel. Maka menujulah kami ke pintasan saloma from KLCC. Cara ke pintasan saloma dengan menggunakan perkhidmatan waze lebih mudah walaupun jalan berliku liku masuk sini masuk sana lalu perumahan, akhirnya sampai jugak. Tak sesat!

Pintasan Saloma

Pintasan Saloma (Saloma Link) dibuka untuk laluan orang ramai dari Kampung Baru ke KLCC. Design Pintasan Saloma mengetengahkan reka bentuk unik yang inspirasi dari sirih junjung, iaitu seni gubahan adat Melayu.

Pintasan Saloma merupakan mercu tanda baharu ibu kota Kuala Lumpur, Malaysia yang turut dihiasi dengan lampu LED yang akan bertukar aneka warna setiap malam.

Jejantas di bawah projek Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) ini memiliki jarak 370 meter dan dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Sungai Klang dengan kos pembinaan RM31 juta.

Pintasan Saloma juga memendekkan jarak perjalanan Kampung Baru-KLCC daripada 30 minit kepada 15 minit sekiranya melalui laluan seperti berikut.
  • Dari Kampung Baru: Naik jejantas melalui Lorong Raja Muda Musa 3, 100 meter dari LRT Kampung Baru.
  • Dari KLCC : Naik jejantas melalui Jalan Saloma, sebelah menara Public Bank.

Waktu operasi Pintasan Saloma/ Saloma Bridge opening hours

Dibuka Isnin hingga Sabtu, bermula jam 5 pagi hingga 1 pagi, manakala Ahad dan cuti umum dibuka jam 5 pagi hingga 12:30 pagi.

Bagi mengelakkan perbuatan vandalisme, PKB memutuskan untuk tidak membuka Pintasan Saloma selama 24 jam, tetapi mengikut waktu operasi perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya yang akan berakhir tengah malam. 

Waktu kami sampai lebih kurang pukul 11 lebih macam tu. Kami parkir kereta tepi jalan berdekatan dengan tangga naik ke Pintasan Saloma. Kebetulan ada parkir kosong bawah tu. Dekat nak berjalan pun. Parkir free.

Saloma bridge entry fee pun free juga. Tak dapat lepak kat KLCC, ambil gambar dari jauh pun jadilah. Nampak tak pintasan Saloma tu gelap je tanpa lampu. Mungkin kami sampai dah lewat, makan Pintasan Saloma tak berlampu lah. Gelap je. Tak meriah lah tu.

gambar pintasan saloma kuala lumpur

Agaknya ada cut off time tutup lampu kot. Entahlah. Tak ada rezeki nak tengok Pintasan Saloma meriah dengan lampu berwarna warni. Ingatkan sentiasa berlampu. Rupanya silap! 

Pintasan saloma tutup pukul berapa entah sebenarnya musim COVID ni. Macam tak valid pulak operation hours tu. Macam awal sangat tutup. Disebabkan tak ada lampu, potong mood nak ambil gambar beria. Ala kadar je sudah. 

gambar pintasan saloma kuala lumpur

Ramai jugak sebenarnya kat sini. Anak anak muda dan keluarga datang ambil peluang merakam lensa indahnya pintasan saloma. Agak tipis peluang nak ambil gambar tanpa orang lalu lalang. Tak payah lah blur kan gambar mereka. pakai mask kan. Orang tak kenal. Hihi...

Malas nak tunggu turn, asal boleh je lah bergambar. Struggle jugak ambil gambar malam ni. Cahaya kurang dan gegar pun ye.

saloma bridge night

Walaupun tak ada mood, tetap nak bergambar kat sini. Tanda dah sampai. Tapi macam kena pergi sekali lagi je. Nak tengok versi berlampu pulak.

saloma bridge night

20 comments:

  1. Replies
    1. Itulah tu. Sedih lagi bila sampai bergelap macam tu. huhu...

      Delete
  2. Ala sayang nya lampu dia x buka..
    Kalau dah cantek dah pose kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada rezeki tengok versi berlampu KakRet. Silap timing datang sini sebab tak tahu. Itulah tu, kalau tidak cantik dah gambarnya.

      Delete
  3. Belum berkesempatan lagi nak pergi sini

    ReplyDelete
  4. Aduh, kena g lagik nih kalau gitu gayanya... Haha.. Janji ada sekeping gambo.. ye dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya macam tu lah. Tapi entah bila nak repeat tak tahulah. Janji dah pergi okaylah

      Delete
  5. ammi yang duduk KL ni tak pernah pun sampai.
    eloklah dia buat timing gitu kalau tak ada je mcm2 perkara tak elok nanti..dgn bau kencinglah, org mintak sedekah baring2 kat situlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena sampai tu Ammi, sekali pun jadilah. Hehe...
      Betul, setuju tu. Eloklah terjaga dan tak bukak 24 jam. Sedangkan kalau jejantas biasa pun boleh jadi macam tu, inikan yang sebegini ramai orang.

      Delete
  6. Eh masa akak pi dulu tu dengan Dania daha kul 11 malam dekat kul 12 pagi dah tapi lampu masih meriah...ada masalah teknikal kot tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Mungkinlah tu kot kak. Sedih betul datang tak berlampu macam ni.

      Delete
  7. inilah tempat awam terakhir saya pergi sebelum Malaysia dilanda covid. hehe. Memori betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul tinggalkan kenangan tu Sal. Masa tu baru lagi kan.

      Delete
  8. Tak pernah lagi betul betul jejakkan diri dekat saloma bridge ni. Selalu memang tengok dari jauh sebab tak tahu nak parking dekat mana!

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Haha..entahlah Anies. Tapi tak mungkin kot. Mungkin masalah teknikal lah tu

      Delete
  10. Hendak pergi juga. Cuba jalan-jalan dari KLCC ke Kg Baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, nak juga jalan jalan KLCC dan sekitarnya. Next time kena jalan jalan lama sikit.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.