Header Ads

Kopi Sedap KOFFIE Jalan Mentol


Selesai mengundi, balik tu whatsapp anak buah. Katanya nak belanja kita kopi sedap, KOFFIE Jalan Mentol. Melihat dari luaran kedainya tu bolehlah kita kategorikan sebagai coffee cafe hipster, best cafe in Segamat town gitu. Salah satu Segamat attraction yang baru untuk peminat kopi.

Alang-alang dah balik mengundi sekali balik dengan dia haritu, kita pun claimlah janji nak belanja. Ikutkan haritu lagi masa balik kampung bulan Februari haritu tapi saya balik rumah awal. Maka tak ada rezeki lah minum kopi sedap KOFFIE.

Saya pilih Hazelnut latte dan encik suami pilih caramel macchiato (tiada dalam gambar). Kedua-duanya sedap! Ke sedap sebab orang belanja? Orang belanja, auto sedap jadinya. Eh, taklah! Memang sedap pun hazelnut latte.

Saya pilih pun sebab dah biasa dengan rasa hazelnut old town white coffee, so saja cuba hazelnut latte pulak. 

Kopi Sedap KOFFIE Jalan Mentol

Ini kedainya, anak-anak buah sebagai model. Merekalah yang belanja. Semoga bertambah tambah rezeki. Aamiin...

Kedainya kecik je, hanya untuk takeaway. Buat pesanan dan bawa balik gitu kaedahnya. Dan dia hadkan jumlah pelanggan yang masuk. Kalau tengah panas tu, berpanaslah tunggu kat luar. 

KOFFIE Jalan Mentol

Rasa kopi KOFFIE Jalan Mentol ni memang sedap. Just nice tak tak manis sangat pun. Helokkk rasa kopinya! Anak buah pun setiap kali balik Segamat, mesti membeli. Harga pun masih berpatutan lagi. Hazelnut Latte RM10 dan caramel macchiato RM10.50.

Menu lain boleh tengok dalam buku menu dan harga KOFFIE . Kot tersinggah Segamat, silalah mencuba.

Lokasi KOFFIE Jalan Mentol

57A, Jalan Mentol, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor

18 comments:

  1. Dedua hantu kopi boleh order flavour yg berlainan rasa .. Boleh la rasa kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa macam tu lah, beli lain lain dapat rasa dua dua.

      Delete
  2. Pandai ambil gambar macam tu, rezeki anak buah belanja, hazelnut dah tentu sedap, pilihan tepat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Betul, kopi hazelnut jarang tak sedap.

      Delete
  3. Dua-duanya Kak Amie suka!
    Dua-duanya memang sedap. Abang Farid suka belikan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua sedap. Nanti kena mintak abang Farid belikan lagi ye :)

      Delete
  4. sedapnya tengok gambar tu. Hazelnut latte ni kalau kena gaya, boleh terlajak manis. If Fizah kata sedap means rasa kopi dia just nice lah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini tak manis Sal. Boleh minum sampai habis. Kalau jenis manis tu kena tambah air kosong dulu baru boleh habiskan.

      Delete
  5. Tak pernah bosan rasanya nak icip macam2 kopi ๐Ÿ˜. Sayapun kalo di Jakarta, tiap ada kedai kopi baru, pasti teringin Cuba ๐Ÿ˜„. Dan banyak sangat memang. Yang rasanya enak, dijadikan langganan. Tapi kalo rasa so so je, tak nak lah DTG lagi ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama pulak kita, asal nampak kedai kopi mesti nak cuba rasa kopi sebab setiap kedai berbeza cara penyediaannya. Kalau rasa biasa je, sekali tu je lah beli.

      Delete
  6. Alhamdulillah. Rezeki dapat kopi percuma.
    Hehe rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..orang belanja, kita merasa. Betul, rezeki jangan ditolak. Rugi nanti. Hehehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.