1 April Fasa Endemik 2022

Azhafizah MN
By -
14
Pengumuman endemik Malaysia telah pun diumumkan oleh Perdana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kini kita akan masuk fasa endemik COVID Malaysia bermula 1 April 2022.

Fasa Peralihan Endemik - Reopening Safely dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor antaranya melakukan penilaian risiko dan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta meneliti syor Menteri Kuartet.

Fasa ‘Peralihan ke Endemik’adalah sebagai langkah strategi (exit strategy) keluar untuk membolehkan Keluarga Malaysia serta ekonomi kembali kepada kehidupan hampir normal selepas berdepan dengan COVID-19.

Fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Apa itu endemik

Endemik adalah satu kejadian penyakit (wabak) yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau sesuatu tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes dan pada kadar yang stabil serta rendah.

Bila dah masuk fasa endemik, SOP pun turut berubah. banyak kelonggaran telah diberikan. 

10 SOP Fasa Peralihan Ke Endemik

10 SOP fasa peralihan endemik

1. Pemakaian pelitup muka di tempat awam
2. Pemilik premis wajib pastikan sistem pengudaraan (ventilasi) yang baik di dalam premis
3. Sentiasa menjaga kebersihan tangan
4. Ujian pengesanan COVID-19 mengikuti tatacara National Testing Strategy
5. Had waktu beroperasi bag premis perniagaan dimansuhkan
    • Pelaksanaan waktu operasi premis mengikut syarat lesen operasi premis
6. Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan
    • Hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tada perhimpunan
    • MYSJTrace diwajibkan untuk tempt tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung
7. Aktiviti solat jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tapa penjarakan fizikal
    • tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR)       
8. Keperluan vaksinasi:
    • Had kapasiti pekerja yang bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan
    • Rentas negeri dibenarkan tapa mengira status vaksinasi
9. Kekerapan dan car melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap Kementerian
10. Individu yang disyaki atau disahkan positif COVID-19 wajib mematuhi setiap gars panduan yang ditetapkan KKM
• Ujian pengesanan COVID-19 dan tatacara kuarantin

sumber : https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/03/09/peralihan-ke-endamik-bermula-1-april-2022/

Post a Comment

14Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Syukur dah sampai masanya kita ke peralihan fasa endemik. Sebak, ini semua atas pengorbanan rakyat Malaysia yang sanggup dicucuk vaksin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur dah banyak kelonggaran. Kena adapt fasa endemik ni.

      Delete
  2. Dah masuk fasa endemik ni pun kena berjaga jaga. Jangan ada yang leka dan ambil remeh sebab covid masih lagi ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, jaga SOP. Kalau masih anggap normal, payahlah gitu kan.

      Delete
  3. Kita kena belajar adapt endemic ni menjadi sebahagian kehidupan kita...cuma kena jada SOP dan jaga smua yang telah ditetapkan...jaga diri kita sendiri

    ReplyDelete
  4. akhirnya dh umum tarikh endermik..apa2pn stay safe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes baru macam tu je, eloklah umum endemik. Cuma kita jangan leka jaga SOP.

      Delete
  5. Kena terima Covid sentiasa ada.
    Kenalah patuh SOP ditetapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Kita dah hidup dengan covid sekarang ni. Yang penting, jaga SOP.

      Delete
  6. dia hampir tiada tapi masih ada...gitulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kan..dah boleh adapt dah hidup bersama covid-19.

      Delete
Post a Comment