Telefilem Derai

Derai, sebuah telefilem ulang siar lakonan Mimi Lana, Syafiq Kyle dan Redza Rosli. Telefilem Derai bersiaran pada hari Jumaat, 11 Mac 2022 jam 10:00 malam di TV3.

Telefilem Derai full movie TV3

TELEFILEM DERAI

Waktu siaran : Sabtu, 5 September 2020, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Ulang siar : Jumaat, 11 Mac 2022, jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3
Penulis skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd
 

PELAKON DERAI

  • Mimi Lana
  • Syafiq Kyle
  • Redza Rosli
  • Riz Amin
  • Jay Iswazir
  • Puteri Rafasya
  • Wan Hanafi Su

SINOPSIS DERAI

Kisah Nurul, seorang isteri yang bangkit menuntut bela terhadap tiga orang sahabat suaminya yang telah mengakibatkan kematian suami, Khalid dan anak tunggalnya tiga tahun lalu.

Nurul Asyikin hidup bahagia bersama Khalid dan anak perempuan mereka, Nur Syakila. Mereka sekeluarga hidup sederhana di luar bandar dari bandar Kuala Lumpur dan menjalankan perusahaan kecil, memandangkan masing-masing ada beberapa bidang tanah yang boleh diusahakan.

Baharudin dan Azman adalah dua orang sahabat baik Khalid, sewaktu belajar dahulu. Suatu hari Baharudin dan Azman datang ke kampung, memujuk Khalid untuk ikut serta dalam satu rancangan perniagan yang mereka mahu jalankan.

Rancangan ini sekaligus membolehkan Khalid mula melihat perniagaan ke pasaran antarabangsa. Khalid sangat teruja dengan cadangan itu tetapi Nurull tidak bersetuju, dia risau jikalua Baharudin mempergunakan suaminya yang dikenali dengan sifat mudah percaya dan pemurah.

18 comments:

  1. Jalan cerita macam menarik, sbb lari dari cliche drama melayu yg selalunya kisah ttg cinta tak direstui, cinta tiga segi, anak Datuk kena kawen paksa etc.

    ReplyDelete
  2. Ni kiranya kawan makan kawanlah ni kan.
    Walaupun sang isteri sudah menyedari dari awal kelemahan suaminya, tapi sayangnya suami pula mati. Baguslah isteri bangkit menuntut bela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kawan makan kawan sampai jadi punca kematian. Bagus isteri dia tuntut bela tapi guna cara yang salah pulak.

      Delete
  3. Macam dah tengok citer ni...Shafiq Kyle kena bunuh dan Nurul balas dendam...best citer dia

    ReplyDelete
  4. suka pelakon yg dalam gambar tu. apekenamanya lupa haha

    ReplyDelete
  5. Pernah tengok.. best! Tengok Mimi Lana time nak balas dendam tu.. berlawan bagai.. Haha.. Tapi sedihh.. hmm..part dia tunggu suaminya . x balik balik.. x call.. rupanya dah mati tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala sedihnya cerita ni. Nak tengok nanti sebab first tayangan dulu tak tengok.

      Delete
  6. Dah tengok.. Dia ulang tayang balik eh.. best cerita ini.. suka watak yg Mimi Lana bawa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulang semula ceritanya jumaat ni. Mimi Lana watak apa pun jadi kan.

      Delete
  7. suka tengok Mimi Lana dalam cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang suka dengan lakonan Mimi Lana. Ternyata dia pandai menjiwai watak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.