Selamat Hari Wanita 2022

Azhafizah MN
By -
26
8 Mac merupakan Hari Wanita sedunia. Hari Wanita disambut setiap tahun di Malaysia sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa wanita yang sangat signifikan dalam pembangunan negara.

Selamat Hari Wanita 2022

Tema Hari Wanita 2022

Tahun ini tema Hari Wanita 2022 bertemakan 'Saksama Bersama'. Tema ini dipilih untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh lapisan masyarakat terhadap kepentingan mencapai kesaksamaan bersama bagi memastikan potensi wanita dapat diupaya dan dioptimumkan demi menyediakan masa depan negara yang mampan.

Selari dengan tema Hari Wanita Antarabangsa iaitu 'Gender Equality Today For A Sustainable Tomorrow'. Tema ini dapat disesuaikan dengan konsep Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang memberi tumpuan kepada pembangunan secara mampan dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif.

Logo Hari Wanita 2022

Logo Hari Wanita 2022

  • Huruf W di awal logo melambangkan perkataan Wanita.
  • Dua bar di bahagian tengah dan kanan menunjukkan kesaksamaan (sama tinggi) manakala bar pada sebelah kiri menunjukkan usaha berterusan untuk mencapai kesaksamaan pada akhirnya.
  • Logo ini menggunakan dua warna dua warna iaitu merah dan biru. Merah melambangkan semangat keberanian dan jiwa yang kental manakala biru pula melambangkan kesetiaan dan ketegasan yang perlu ada dalam diri seorang wanita.
sumber : https://www.facebook.com/photo/?fbid=441299377683370&set=a.353756823104293

Ucapan Hari Wanita 

Wanita hiasan dunia,
Seindah hiasan adalah wanita solehah,
Yang akan membahagiakan,
Syurga di dalam rumah tangga,
“Selamat Hari Wanita”

Allah memuliakan wanita dan memberi ganjaran syurga kepada wanita yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

Wanita …
Anugerah terindah Tuhan,
Tegas dalam kelembutan,
Bijak dalam keayuan,
Tangkas dalam pekerjaan,

Selamat Hari Wanita Sedunia Teman …
Semoga menjadi bidadari syurga Illahi di negeri abadi nanti
Wanita Hebat itu Ibuku
Wanita Hebat itu Kakakku
Wanita Hebat itu Adikku
Wanita Hebat itu Nenekku
Wanita Hebat itu Isteriku
Wanita Hebat itu Saudaraku
Wanita Hebat itu Sahabatku
Wanita Hebat itu Guruku
Wanita Hebat itu Bossku
Wanita Hebat itu Doktorku
Wanita Hebat itu Jururawatku
Wanita Hebat itu Para Polis, Tentera & Bomba Negaraku
Wanita Hebat itu Pembantuku
Wanita Hebat itu

Selamat Hari Wanita kepada para wanita di seluruh dunia.

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 2022 kepada seluruh wanita.
Wanita adalah aspirasi negara dalam memacu pembangunan ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan masyarakat.

Wanita waja negara,
Suka dan duka, kita laluinya.

Demi masa depan anak yang dibuaikan,
Dengan kasih kasih sayang kita bangkit semua.

Selamat Hari Wanita Sedunia 2022
Wanita Bangkit Mendepani Cabaran
Wanita Untuk Dikasihi dan Dilindungi

Selamat Hari Wanita Sedunia 2022
Wanita Bangkit Mendepani Cabaran

The strength of a woman can carry the weight of the world. Keep Smiling and Stay Strong
Happy International Women’s Day 2022

Terima kasih buat isteriku yang selalu korbankan kasih sayang untuk kita sekeluarga. Semoga dirimu sentiasa diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah.
Selamat Hari Wanita.

Wanita diciptakan istimewa, tetap kuat dan gagah walau hampir lelah.
WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN

#SaksamaBersama
#TerimaKasihWanita
#HW2022

Hargailah Wanita
Tags:

Post a Comment

26Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Selamat hari wanita Fizah!
    Semua wanita memang hebat!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Selamat hari wanita Fiza dan kita semua kaum wanita.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Wanita Fiza dan semua wanita atas muka Bumi ni. Jasa kalian sangat besar.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Wanita juga. Terima kasih cerita lebih lanjut tentang logo dan tema tahun ini.

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Wanita kepada semua wanita..
    Kalau yang cuba jadi wanita nak kira camner tu🤭 boleh wish ka tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Wanita mama Cella.
      Haa yang tu tak termasuk sekali.. kecelaruan identiti.

      Delete
  6. Selamat Hari Wanita ♥️ Moga terus menjadi wanita yang kuat mengharungi kehidupan..

    ReplyDelete
Post a Comment