Drama Nusyuz Berkiblat Cinta

Azhafizah MN
By -
14
Nusyuz Berkiblat Cinta, drama melayu bersiri gandingan pelakon Fikry Ibrahim dan Emma Maembong. Drama Nusyuz Berkiblat Cinta episod 1 mula bersiaran pada 3 April 2022, jam 9:00 malam di Astro Ria.

Drama Nusyuz Berkiblat Cinta full episode Astro Ria

DRAMA NUSYUZ BERKIBLAT CINTA

Mula siaran : 3 April 2022
Waktu Siaran : Ahad, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Ria 104
Penulis skrip : Rozie Rashid
Pengarah : Hadith Omar
Produksi : Mache All Star United Sdn Bhd

PELAKON DAN  WATAK

  • Emma Maembong sebagai Hawa
  • Fikry Ibrahim sebagai Adam
  • Nadhir Nasar
  • Shaza Bae
  • Sabhi Saddi
  • Dayana Roza
  • Yaya Maembong
  • Ako Mustapha
  • Mak Wan
  • Aznah Hamid
  • Jalaludin Hassan

SINOPSIS NUSYUZ BERKIBLAT CINTA

Mengisahkan tentang Adam (Fikry Ibrahim) yang ingin melamar dan seterusnya berkahwin dengan Hawa (Emma Maembong). Tetapi malangnya lamaran itu ditolak. Hawa memberi alasan malu kerana Adam melamarnya di hadapan orang ramai sedangkan itu yang diminta olehnya.

Selain itu, Hawa mengenakan tujuh syarat yang tidak masuk akal kepada Adam. Salah satunya, Adam tidak dibenarkan pulang ke rumah orang tuanya. Keluarga Adam tidak bersetuju kerana tidak mahu anak mereka menjadi lelaki dayus semata-mata mengikut kerenah Hawa.

Adam tekad berkorban dalam banyak hal untuk mengikut syarat Hawa. Ayah Hawa (Jalaluddin Hassan) datang berjumpa Adam tanpa pengetahuan Hawa. Dia meminta Adam membatalkan niat untuk berkahwin dengan anaknya.

Cerita lain...
Safi (Shaza Bae) dan Irfan (Nadhir Nasar) merupakan pasangan suami isteri. Akan tetapi, Safi menderita menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Hawa cuba membawa membawa Safi keluar dari terus menjadi mangsa Irfan namun Safi menolak. 

Mungkinkah kisah Safi menjadi punca Hawa tidak mahu berkahwin dengan Adam?

LAGU TEMA (OST) NUSYUZ BERKIBLAT CINTA

Lagu : Mainan
Penyanyi : Naim Daniel

Post a Comment

14Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment