Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Full

Peminat kampong pisang pasti tak sabar menantikan Drama Kampong Pisang Bersiri Siri ditayangkan. Francais filem Kampong Pisang yang dulu nya di pawagan, sekarang ditayangkan dalam bentuk drama bersiri premium di skrin televisyen rumah masing-masing.

Drama bersiri ini dibawakan oleh Astro menerusi jenama Astro Originals, bertajuk Kampong Pisang Bersiri-Siri di bawah pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21, Siapa lagi kalau bukan Mamat Khalid yang sinonim dengan francais Kampong Pisang.

SENARAI EPISOD KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI

Kampong Pisang Bersiri siri Episod 1(Toyol Oh Toyol)
Kg. Pisang menjadi kecoh dengan kes kecurian emas milik Barkoba. Lagi huru-hara air di Kg. Pisang turut dicatu! Adakah ini kerana unsur sabotaj atau misteri?

Kampong Pisang Bersiri siri Episod 2 (Monyet Rempit)
Kg, Pisang dikejutkan dengan kematian Firdaus anak kepada Kak Som & Pak Karim. Ketenteraman Kg. Pisang menjadi kecoh apabila kemunculan hantu rempit yang menyerupai Firdaus.

Kampong Pisang Bersiri siri Episod 3 (Serigala Jadian Part I)
Kesemua ayam ternakan Barkoba hilang dan terjumpa kesan tapak kaki misteri di reban miliknya. Kemungkinan tapak itu milik serigala jadian dan memakan semua ayam milik Barkoba.

Kampong Pisang Bersiri siri Episod 4 (Serigala Part II)
Kampong Pisang Bersiri siri Episod 5 (Orang Minyak)
Kampong Pisang Bersiri siri Episod 6 (Husin Kembali Bersama Zombie Part I)
Kampong Pisang Bersiri siri Episod 7 (Husin Kembali Bersama Zombie Part II)
Kampong Pisang Bersiri siri Episod 8 (Hutan dan Penunggunya)
Kampong Pisang Bersiri siri Episod 9 (Lailasari Mak Kak Limah)
Kampong Pisang Bersiri siri Episod 10 (Pomcom Kampong Pisang)
Kampong Pisang Bersiri siri Episod 11 (Alam Pak Din Part I)
Kampong Pisang Bersiri siri Episod 12 (Alam Pak Din Part II)
Kampong Pisang Bersiri siri Episod 13 ( Alam Pak Din Part II) Akhir

Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Full
sumber : Astro

Kampung atau Kampong? 

Kampong is Kampung. Merujuk kamus dewan bahasa dan pustaka:

Kampung
[kam.pung] | کامڤوڠ
Definisi : 1. kawasan kediaman (terdiri drpd sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun.

Kampong
Definisi : n kampung

Drama Kampong Pisang Bersiri Siri masih mengekalkan konsep lama, berlatar belakangkan Kampong Pisang. Masih juga mengekalkan watak komedi yang sedia ada dalam francais kampong Pisang yang terdahulu. Antara watak yang masih dikekalkan :
  • Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang
  • Kak Limah (Hantu Kak Limah)
  • Cik Purnama
  • Chomprak
  • Joko Anuar
  • Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa

Memperkenalkan juga watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

16 Puasa, 17 puasa dan 18 Puasa Mamat Khalid pun fenomena sangat. Macam-macam gelagat dorang ponteng puasa. Tengok boleh, tapi ikut jangan sekali kali.

Watak penduduk tetap Kampong Pisang dilakonkan oleh pelakon pelakon hebat, penyanyi dan juga pelawak-pelawak Malaysia. Macam ramai benor pelakon dalam drama kampong pisang bersiri-siri ni.
Yang pastinya, lawak next level punya.

Nantikan siri drama premium komedi seram Kampong Pisang Bersiri-Siri yang bakal pecah panggung di rumah akan mula ditayangkan pada hari isnin minggu depan, 7 Disember 2020.

Drama : Kampong Pisang Bersiri Siri
Jumlah Episod : 12
Mula Tayangan : 7 Disember 2020
Waktu Siaran : Setiap Isnin, 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra 108 HD dan 128 SD
Pengarah : Mamat Khalid
Produksi : Astro Shaw Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Kazar Sairi sebagai Pak Din
  • Bell Ngasri sebagai Barkoba
  • Aziz M. Osman sebagai Pak Jabit
  • Dewa Sapri sebagai Cik Purnama
  • Mat London (Ahmad Ibrahim) sebagai Pak Karim
  • Nazeera Sardi sebagai Cik Chun
  • Datuk Awie sebagai Husin
  • Sharwani sebagai Wani
  • Latiff Zami sebagai Manap
  • Joey Daud sebagai Daud M
  • Jasper Supayah sebagai Izlin
  • Avaa Vanja sebagai Cik Nab
  • Reza Hasbi sebagai Ehson
  • Ozlynn sebagai Chik Chom

Turut menjayakan drama Kampong Pisang Bersiri-siri : Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Soffi Jikan, Kamarool Hj Yusof (Cik Mat), Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

SINOPSIS KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI

Mengisahkan tentang kisah penduduk Kampong Pisang yang telah dilanda misteri dan masalah. Setiap minggu pasti ada sahaja misteri dan masalah yang datang menggangu penduduk kampong. 

Lebih menghairankan lagi semuanya berbeza-beza seperti toyol, hantu rempit, serigala jadian, hantu sungai, orang minyak, zombi, makhluk asing, pocong dan paling unik hantu Kak Limah! 

Hantu Kak Limah is back! Huru-hara jadinya penduduk kampong Pisang. Macamana cara nya penduduk kampong pisang bergandingan menyelesaikan masalah ini untuk mengharmonikan semula kampong kesayangan mereka.

sumber : astro gempak

22 comments:

  1. Yang tengah tu berlakon jadi anak tiri Joyah tu kan. Selalu tertengok drama Joyah sambil WFH mana yang time tak sibuk, anak2 rajin pasang TV waktu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bell Ngasri tu ye kak? Cerita Joyah tu saya layan betul. Disebabkan kerepek pisang joyah tu lah teringin makan kerepek pisang. haha..tergelak bila ingat.

      Delete
  2. macam best je ni. thanks for the reccomandation. <3

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak tengok, memamg ternanti2 ni hihik..

    ReplyDelete
  4. Itulah ada balik hantu Kak Limah.
    Pernah tengok 17 puasa. Tengok karenah orang tidak puasa.
    Boleh bayang mesti seronok Kampong Pisang Bersiri-siri.

    ReplyDelete
  5. teman tak sabor..suka drama kpg pisang sbb cakap loghat kuale..plot cerita pun best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesukaan orang perak ni. Haruslah tak sabar menunggu :)

      Delete
  6. Replies
    1. Kalau dah biasa dengan cerita Mamat Khalid, mesti akan suka :)

      Delete
  7. Tak boleh tengok dah ni. Sebab dah tutup astro dan tv android. :)

    ReplyDelete
  8. eh laaa ingatkan filem...rupanya drama bersiri ek..ingatkan saja je pengarah dia letak tajuk gitu..

    ReplyDelete
  9. Best cerita ni. Pelakonp-pelakonnya pun Kak Amie minat!

    ReplyDelete
  10. suka juga melayan filem mamat khalid, tak sabar nak tengok yg bersiri ni.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.