Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 1-13 ( Akhir) Lakonan Sean Lee Dan Amelia Henderson

Drama bersiri Romantika 4 Hari 3 Malam lakonan Sean Lee dan Amelia Henderson akan ditayangkan di slot Lestary TV3. Drama Romantika 4 Hari 3 Malam sebanyak 13 episod merupakan adaptasi novel 'Romantika 4 Hari 3 Malam' karya Wizana Emilia yang diarahkan oleh Nizam Zakarian dan diterbitkan oleh Wiranusa Corporation.

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 1-13 ( Akhir) Lakonan Sean Lee Dan Amelia Henderson
sumber : TV3 Drama Sangat

DRAMA ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM

Jumlah Episod : 13
Mula Tayangan : 10 Mac 2021
Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis Skrip : Wizana Emilia
Pengarah : Nizam Zakaria
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Amelia Henderson sebagai Lana Analia
  • Sean Lee sebagai Amar
  • Syafi Tee sebagai Hisham
  • Oshin Ahmad sebagai Nia Erlina
  • Nynaa Harizal sebagai Aida Safia
  • Daniesh Suffian sebagai Baim
  • Dottie sebagai Zeti
  • Wafariena sebagai Raina
  • Izzendra sebagai Azlinda
  • Jesse Lim sebagai Encik Masri
  • Aida Aris sebagai Cik Norsira
  • Lisdawati sebagai Mak Salmah
  • Sahronizam Noor sebagai Dato' Zahid
  • Zila Bakarin sebagai mama Amar

SINOPSIS ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM

Lana Analia seorang gadis yang mengimpikan untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Lana Analia telah ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu berjaya diatur. 

Setiap pertemuan janji temu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna.  Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Ada yang playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! 

Lana Analia  menyampaikan rasa kecewa  dalam setiap artikelnya. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai.

Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang dengan seseorang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.

Akan tetapi, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana terus putus harapan. 

Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan.

Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. 

Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date.  Adakah kenangan indah di Pulau Impian berulang kembali?

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Romantika_4_Hari_3_Malam

7 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.