Telefilem Please Subscribe Cintaku

Wednesday, November 18, 2020

Jasmine Suraya dan Sufian Suhaimi kembali bergandingan dalam Telefilem "Please Subscribe Cintaku" selepas bergandingan bersama dalam music video 'Janji' Sufian Suhaimi. 

Tak sudah-sudah si Nabil mengusik Sufian Suhaimi yang digelar baby pian tu dengan Jasmine Suraya di rancangan Meletop malam tadi.

Jasmine Suraya dan Sufian Suhaimi promote Telefilem "Please Subscribe Cintaku" yang akan ditayangan pada hari Sabtu ni, 21 November 2020. Pukul 9 malam di Astro Citra dan Citra HD. Katanya lagi, penulis skrip telefilem ni dari Jasmine Suraya sendiri.

Jasmine Suraya juga berkongsi yang Idea telefilem ni tercipta masa musim PKP. Jasmine Suraya ni dulu dulu selalu nampak dia jadi wartawan suka bola sepak je sama dengan Aina Suzaily. 

Lepas tu dah bertukar ke bidang lakonan pula. Lakonan Jasmine Suraya tak pernah mengecewakan.

Ini bukan pertama kali Sufian Suhaimi berlakon. Lakonan dia boleh tahan juga dalam cerita aku tak raya dan bayang. Pendek kata, tak kayu lah. Sinopsis Telefilem Please Subscribe Cintaku macam cerita thriller. Nak tahu kenalah tengok nanti.

Telefilem Please Subscribe Cintaku
kredit : astro

Telefilem : Please Subscribe Cintaku
Waktu Siaran : 21 November 2020 (Sabtu) jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra & Citra HD
Pengarah : Mark Lee See Teck
Produksi : Jazzy Pictures

Pelakon Please Subscribe Cintaku

  • Jasmine Suraya
  • Sufian Suhaimi
  • Alvin Wong
  • Fazreen Fazeera
  • Erry Putra
  • Fiza Thomas
  • Sherry Aljeffri

Sinopsis Please Subscribe Cintaku

Hannah seorang personaliti media social yang popular telah menjadi saksi kes pembunuhan apabila terakam satu peristiwa pembunuhan ketika melakukan ig live disebuah kawasan berhantu. 

Diburu oleh kumpulan penjenayah itu Hannah disembunyikan di kampung Fendi atas permintaan sepupunya sorang pegawai polis.

Percanggahan perwatakan mereka menimbulkan pelbagai masalah sehingga suatu hari lokasi Hannah disembunyikan telah dimuat naik secara tidak sengaja di social media Fendi dan mereka kini dijejaki.


10 comments

  1. alamak diburu penjenayah mesti macam menarik ni telefilem kan boleh la tonton

    ReplyDelete
  2. Cerita segar tentang personaliti media saksi pembunuhan.

    ReplyDelete
  3. menarik plot drama nih...harap bestlah kan..

    ReplyDelete
  4. Kalau Pian dengan Jasmine Suraya, terpaksala saya mengundur diri. Haha

    ReplyDelete
  5. Aha, sudah ada 2 benda nak tengok hari sabtu. Satu channel, separuh akhir muzik-muzik, satu lagi citer ni. Tapi channel ni mesti ada ulangan, kan. Hehe..

    ReplyDelete
  6. Wah!Sufian Suhaimi... minat juga dengan dia ni.

    ReplyDelete
  7. Pian ni boleh berlakon ke?? Eh... hahaha..
    Jasmine suraya ni pelakon baru ke. Akak kurang kenal pulak.

    ReplyDelete
  8. Alamak, macam bestt je.. kalau tentang pembunuhan bagai, sy minat jasmine suraya tu... huhu... tq reminderrr... tapi tv astro tengah rosak plak... adoi...

    ReplyDelete
  9. akak pun macam salbiah lah...ehhh..hahahhaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.