Telefilem 'Iman Hakiki'. Lakonan pertama Atita Haris dan Watak PU Azman jadi bilal Riak Buat Orang Benci

Sunday, November 08, 2020

Satu telefilem bertajuk 'Imam Hakiki' telah ditayangkan sempena Maulidur Rasul pada 29 Oktober 2020 lepas. Ada yang dah tengok ke telefilem ni? Telefilem yang ditayangkan pada hari khamis, pukul 10 pagi di Astro Oasis tu telah menimbulkan rasa benci penonton dengan PU Azman. 

PU Azman memegang watak seorang bilal yang riak, lain sama sekali dengan watak yang pernah dibawakan sebelum ni. Lakonan pertama juga buat Atita Haris, instafamous yang merupakan isteri pelakon Nas-T. sekarang ramai dah terjebak dalam bidang lakonan ni. Okaylah ada bakat serba boleh. Tak cuba tak tahu. 

Telefilem Iman Hakiki


Telefilem : Iman Hakiki
Waktu Siaran : 29 Oktober 2020 (Khamis) jam 10 pagi
Penulis Skrip : Team Opera Klasik, Rashid Sibir, Basri Musa, Nora Sham
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Operas Klasik Sdn Bhd

Pelakon Telefilem Iman Hakiki

Hisyam Hamid sebagai Iman
PU Azman sebagai Bilal Kamal
Datuk Rahim Razali sebagai Tok Mahat
Zaidi Omar sebagai Pak Daud
Atita Haris sebagai Maimunah
Ruminah Sidek sebagai Nek Teh
Rashid Sibir sebagai Yus
Aishah Sudin sebagai Mak Sal

Sinopsis Telefilem Iman Hakiki

Iman seorang musafir yang disalah erti cuba menunjuk pandai dan mencampuri urusan masjid. Bilal yang bercita-cita menjadi pengganti imam masjid menjadi riak dengan jawatannya dan tidak suka pada Iman. 

Iman mahu mengimarahkan masjid tetapi Bilal mahu menutup masjid setiap kali lepas solat. Pertentangan pendapat ini membuatkan Bilal rasa tercabar sedangkan Iman hanya mahu mengimarahkan masjid seperti zaman Nabi Muhammad SAW. Dihiasi siang dan malam dengan ayat Al-Quran zikir dan segala aktiviti agama. Berjayakah Iman Hakiki?

Kredit : Sumber

Yang belum tengok boleh tonton telefilem Iman Hakiki dalam youtube di bawah. Ambil pengajaran apa yang ada dalam telefilem ni. 


14 comments

  1. Lupa nak tengok. Nanti boleh tengok link youtube yang fizah bagi nie

    ReplyDelete
  2. Belum tgk lagi hehehe btw minat sangat dgn PU Azman nii

    ReplyDelete
  3. makin banyak drama melayu sekarang ni ya..macam2 tajuk ada

    ReplyDelete
  4. Nanti KSarie nak cuba tengok telefilem ni bila berkelapangan. Macam menarik sebab temanya lain dari yang lain. Tqq for sharing the info sebab ksarie dah lama tak tengok tv jadinya tak tau apa perkembangan drama atau filem terbaru

    ReplyDelete
  5. Rashid Sibir punya cerita biasanya memang best kalau tengok..nanti nak layan cerita ni pula :)

    ReplyDelete
  6. Kalau aktor dapat bawa wataknya sampai penonton terbawa-bawa keluar drama benci sangat pula ke dia sebab watak yang di pegang memang powerful lakonan nya.

    ReplyDelete
  7. wah pu azman jadi riak 😂nak tengok gak mesti sakit hati tgok

    ReplyDelete
  8. Alamak tak perasan plak ada cerita ni. Terlepas sudah

    ReplyDelete
  9. Macam best jew ceritanya ni. Tak sempat nak tonton.

    ReplyDelete
  10. okay nnt boleh tonton..ade pu azman nk tgk skit dia belakon watak cmtu..kn

    ReplyDelete
  11. Menarik tema yang dibawa.. Nanti nak try tengok..

    ReplyDelete
  12. Eh, baru tahu ada telefilem ni. Lorh.. mesti best.. ada PU Azman.. nanti try search...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.