Telefilem Cik Petir Putrajaya Lakonan Nabila Razali dan Niezam Zaidi

Tuesday, November 10, 2020

Siapa suka cerita romantik komedi, jom tengok telefilem romantik komedi bertajuk ' Cik Petir Putrajaya' lakonan Nabila Razali dan Niezam Zaidi. Siapa dah tengok? Telefilem Cik Petir Putrajaya dah ditayang kan pada hari ahad lepas, 8 November 2020 di TV3 pukul 3 petang.

Telefilem Cik Petir Putrajaya Lakonan Nabila Razali dan Niezam Zaidi

Telefilem romantik komedi Cik Petir Putrajaya diarahkan oleh Aziz M Osman. Agak lama juga Aziz M Osman tak mengarah telefilem.

Menampilkan gandingan pertama Nabila Razali dan Niezam Zaidi. Nabila Razali biasanya ratu drama kan, terjebak ke telefilem pula. Niezam Zaidi pula jarang nampak dia berlakon. Dapat pula berganding dengan Nabila Razali. 

Masih ingat lagi tak pelakon yang orang panggil mak cik petir tu. Kalau dia berlakon mesti memetir bercakap. Bila bercakap tu, tak sah tak memetir. Tajam menusuk ke dalam hati terus. Itulah dia makcik Noryati Taib. Tengok trailer ni macam best je cerita dia.


Telefilem : Cik Petir Putrajaya
Waktu Siaran : 8 November 2020 (Ahad), jam 3:00 petang
Siaran TV : TV3
Penulis Skrip : Sham Hashim
Pengarah : Aziz M Osman
Penerbit : Radius One Sdn Bhd

Pelakon Cik Petir Putrajaya

  • Nabila Razali
  • Niezam Zaidi
  • Julia Farhana Marin
  • Noryati Taib
  • Raja Azura
  • Shahrul Hakimi


Sinopsis Cik Petir Putrajaya

Mengisahkan tentang Peah, seorang usahawan yang mencari cinta dalam hidupnya. Peah membantu pasangan lain untuk menyatukan cinta mereka dengan harapan dia juga akan menemui pasangan hidupnya

7 comments

  1. tak sempat tengok..kena cari online lah nmpknya..

    ReplyDelete
  2. Sy minat niezam zaidi ni... huhu.. Tapi sampai harini, belum tengok lagi yg ni, later try tengok

    ReplyDelete
  3. Ala.. tak perasan pula drama ini.. Anak-anak conquer tv kan.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Kakmim layan ceta ni mgu lepas.. shoot pulak kat putrajaya mmg melekat terus... terubat rindu dgn putrajaya... hihihi

    Nizam zaidi tu bakal husband noni AF yg x jadi tu kn? Suka tgk muka dia ☺️

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.