Sapodilla, Si Buah Ciku

Sunday, November 15, 2020

Buah Ciku, buah tempatan yang semakin dilupakan. Zaman sekarang ni nak jumpa buah ciku pun susah. Melainkan yang masih di tanam di kampung kampung. Atau mungkin ada yang dikomersialkan tapi kuantiti terhad.

Siapa je yang suka makan ciku sekarang ni? Budak budak zaman sekarang tak pandang buah ciku ni. Mungkin juga ada yang tak mengenali ciku in real life.

Dulu, zaman kanak-kanak suka juga makan ciku sebab ciku ni antara buah yang orang kampung suka tanam. Meriah buah ciku sampai tak termakan dibiarkan jatuh ke tanah dan ada yang menjadi rezeki burung dan haiwan lain.

Tapi sekarang rasa ciku tu dah jadi lain sebab dah bertahun-tahun tak rasa buah ciku. Rasa buah ciku yang manis memang sedap. Dapat yang kelat, terkulat kulat nak makan. Tapi selalunya ke tong sampah lah. Tak boleh tahan kalau rasa ciku yang ada rasa kelat walaupun sedikit.

Tekstur ciku ni berserat dan macam berpasir juga lembut. Bentuknya macam buah kiwi tapi tekstur kiwi lebih hanya berserat dan lembut dengan taburan biji halus. Buah ciku mempunyai biji yang besar yang berwarna hitam.

Buah Ciku

Buah ciku atau nama saintifiknya Manilkara Zapota. Buah ciku in english di sebut sapodilla (/ ˌsæpəˈdɪlə /) dan juga dikenali dengan nama sapota, chikoo, naseberry, nispero. Buah ciku dalam bahasa Indonesia pula dikenali dengan nama buah sawo. 

Sapodilla, Si Buah Ciku

Pokok malar hijau yang berasal dari Mexico selatan, Amerika Tengah dan Caribbean ini sejenis tumbuhan yang umur panjang. 

Nama "zapota" dari zapote Sepanyol [θaˈpote] yang berasal dari kata Nahuatl tzapotl. Sejenis spesis pokok yang ditanam dalam jumlah yang besar di negara India, Pakistan, Thailand, Kemboja, Indonesia, Vietnam, Bangladesh, Mexico dan juga di Malaysia.

Buah Ciku datang dari genus Achras dalam famili sapotaceae. Sama seperti buah betik, ciku juga dipercayai berasal dari negara Amerika Tropika.

Di Malaysia, ada pelbagai jenis ciku seperti emas, jantung, Betawi, Pasir dan Subang. Tak pasti ciku yang Fiza makan ni jenis ciku yang mana satu. 

Sapodilla, Si Buah Ciku

Cara makan buah ciku ni tak ada pun cara yang spesifik. Cara Fiza, belah dulu dan gunakan sudu untuk ambil isinya macam makan buah kiwi. Ada ke cara makan buah cikgu yang sebetulnya?

Bunga ciku adalah jenis 'lengkap' dimana mempunyai stigma dan bunga jantan pada kuntum yang sama. Bunganya mempunyai 6 kelopak berwarna putih dengan saiz ukuran 1.0-1.5 cm serta ditutupi dengan sepal yang berwarna keperangan. 

Bunga ciku dikeluarkan daripada axil pangkal daun atau pada hujung ranting. Kajian mendapati bunga ciku kembang pada waktu pagi tetapi kelopak tidak terbuka semuanya dan lazimnya bunga ciku berbau harum pada waktu malam. 

Kemungkinan proses pendebungaan bunga ciku oleh angin walau pun belum ada kepastian mengenai perkara ini. Bunga yang tidak yang tidak menjalani proses pendebungaan akan layu dan gugur.

kredit : https://www.facebook.com/1653973654906806/posts/pokok-cikusawasawo-merupakan-tumbuhan-yang-menghasilkan-buah-yang-boleh-dimakan-/1996781973959304/

Khasiat Buah Ciku

Buah Ciku juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Antara khasiat buah ciku :
  • Memberikan tenaga hingga 83 kalori dan serat 5,6 gram. Serat yang terdapat dalam buah ciku bagus untuk ubat sembelit dan membantu melindungi selaput lendir usus dari racun penyebab kanser.
  • Ciku kaya dengan antioksidan polifenol berupa tanin. Tanin bermanfaat sebagai antiradang, antivirus, antibakteria, dan antiparasit. Maka, buah ciku sesuai untuk ubat diare, buasir, hingga menghentikan pendarahan. Tanin pada ciku juga membantu mengatasi erosif gastritis, refluks esofagitis, enteritis, dan gangguan usus.
  • Ciku juga mengandungi vitamin C sebanyak 24,5 peratus per 100 gram. Selain itu ia juga mengandung vitamin A. Kedua-duanya mempunyai impak dalam menghalang radikal bebas.
  • Buah ciku yang segar mengandungi kalium, besi, tembaga, asid folat, niasin, dan asam pentotenan. Sebatian tersebut membantu proses metabolisme dan pengeluaran enzim tubuh
kredit : https://www.facebook.com/petuavcos/posts/tahukah-anda-khasiat-buah-ciku-siapa-yang-tak-kenal-dengan-buah-ciku-ni-bila-mas/994588950712437/

Kau orang suka makan buah ciku? Buah rare ni. Tak pasti berapa harga dia kalau sekilogram sebab tak pernah membeli. Ini pun mak bagi dari kampung. Rezeki lah dapat makan buah ciku. Tapi buah ciku tak tahan lama sangat kalau dah masak.

Kena makan habiskan bila dah masak. Kalau terus simpan dia akan mengeluarkan air dan berbau busuk.



19 comments

  1. Sayaa.. macam dah lama tak makan buah ciku.. lupa dah rasa apa... tapi dengan mata kucing, dedua sy x minat sgt.. hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat dah lama tak makan ni. Takpe, bukan minat kira tak teringin sangat bila nampak kan. mata kucing saya suka :)

      Delete
  2. Akak suka ciku. Memang tidak pernah jumpa orang jual ciku. Memang makan ciku ditanam.
    Makan dengan kopek luar.
    Ciku kalau manis, manis betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, jarang nampak orang jual. Ohh cara berbeza makan ciku. Ciku memang sedap dimakan kalau isi manis. yang ada kelat kelat sikit tu tak suka makan.

      Delete
  3. saya tak makan buah ciku ni. banyak juga khasiatnya btw nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham kenapa ada orang tak makan ciku. Kadang yang makan ni pun boleh jadi tak makan sebab kekelatan tu akan buat rasa ciku pelik.

      Alright, sama-sama

      Delete
  4. Fav ni tp betul ssh sgt nk jumpa.. kalau jumpa mahal tp kalau dh teringin beli jgk.. kakmim suka potong letak dlm fridge dlu... mkn masa tgh chill sedap gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda kalau teringin memang nak tak nak kena beli jugak kan. ciku lagi sedap makan sejuk ye?

      Delete
  5. Makan juga buah ciku, sebab ada pokoknya di ofis suami. Kadang dia bawa balik. Kalu masih keras, peram dengan cara bungkus dengan suratkhabar, dan letak dalam tong beras. Ooo, banyak juga khasiatnya, ye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pokok ni bila musim bolehlah makan. Ohh macam tu ye cara peram buah ciku. Terima kasih kak share :)

      Delete
  6. Keliling rumah kami di kampung, arwah ayah tanam pokok ciku dan limau bali. Memang buahnya lebat sangat. Bila ciku sudah matang, kami petik dan cuci bersih dengan sabut kelapa. Setelah ciku dijemur hingga kering, emak akan masukkan dalam tin biskut yang besar, dan ditutup rapat. 2 hari kemudian ciku yang diperam masak sekata. Manis! Tak pernah dapat ciku rasa kelat.

    ReplyDelete
  7. shida tak berapa sgt bhuah ciku..xpernah lg mkn sebenarnya..entah takut ape nk mkn buah ni hahhaa

    ReplyDelete
  8. shida tak berapa sgt bhuah ciku..xpernah lg mkn sebenarnya..entah takut ape nk mkn buah ni hahhaa

    ReplyDelete
  9. Akak suka buah ciku..... dekat rumah MIL ada pokoknya....... selalu ambil... dah kopek simpan dalam peti sejuk....... sedap ajer makannya bila sejuk......

    ReplyDelete
  10. rumah atok dulu banyak pokok ciku ni..Selalunya lepas ambik dari pokok mesti bersihkan buah ni guna sabut kelapa.

    ReplyDelete
  11. buah ciku ni antara buah yang rare bagi akak sebab kecik2 tak pernah jumpa..hanya tahu namanya saje..bila ke semenanjung baru lah merasa itu pun baru sekali dua...

    ReplyDelete
  12. Saya suka betul buah ciku, kalau balik kampung la biasa baru dapat merasa

    ReplyDelete
  13. Macam tak berapa ingat rasa buah ciku ni. Lama dah tak layan..

    Baru tahu ciku ni ada beberapa jenis.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.