Sambal Roselle Resepi Rahsia Norazimah Ali

Wednesday, November 18, 2020

Pin! pin! pin! Assalamualaikum...sekali lagi bunyi hon motor depan rumah. Sebelum tu, pagi tu dapat kejutan bungkusan parcel terkaitnya kita. Tengahari pula parcel husband sampai. Petangnya pula sekali lagi datang courier.

Courier yang sama hantar barang pagi tadinya tu. Ehh sampai dua trip hantar barang ye. Kenapalah tak hantar sekali dengan parcel first tu ha. Tak perlu lah nak keluar rumah dua tiga empat kali. Inilah dia penangan shopping online sejak PKP. Duduk rumah shopping online je kerja sampai courier pun kena buat beberapa trip sehari nak hantar parcel.

Mungkinkah ini parcel yang Fiza tunggu sebab dah track consignment note siap-siap. Out for delivery. So ready je lah tunggu parcel.

Akhirnya setelah 2 courier sampai, inilah parcel yang Fiza tunggu sampai. Risau jugalah sebab bukan parcel biasa-biasa ni. Bungkusan sambal roselle dari blogger Kak Norazimah Ali yang dah diposkan sabtu lepas.

Alhamdulillah..parcel selamat diterima. Mujur juga minyak sambal tak merebak sampai keluar parcel. Rezeki dapat merasa sambal roselle. Resepi rahsia yang di oleh sendiri oleh Kak Norazimah. Nak tahu rahsia resepi tu kenalah risik merisik.

Sambal Roselle Resepi Rahsia Norazimah Ali

Sampai je sambal roselle ni terus panaskan dalam kuali. Dah panaskan dan makan panas-panas terasa sedapnya sambal roselle ni. Terasa rasa masam manis buah roselle. Boleh nampak serat serat roselle dalam sambal tu. (maaf nampak comot sikit sambal terkeluar dari piring). Tak perasan lansung masa snap.

Sambal pun tak pedas sangat, sedang elok rasa pedas masam manis dia tu. Sebagai penggemar buah roselle yang dah biasa dengan rasa jus roselle dan jem roselle, Fiza suka juga dengan rasa sambal roselle ni.

Ala-ala lebih kurang sambal strawberry cameron Highland tu. Rasa masam manis buah gitu. Kreatif betul Kak Norazimah cipta inovasi makanan dari buah roselle ni. Terbaik! Kalau ada stok buah roselle banyak, macam-macam yang boleh dibuat.

Sambal Roselle Resepi Rahsia Norazimah Ali
 
Terima kasih banyak-banyak kak Norazimah Ali (srikandiofficialblog.blogspot.com) sudi berkongsi rezeki kirimkan sambal roselle ni. Bukan hanya Fiza je, ada beberapa orang blogger lagi yang pernah merasa sambal roselle ni.

Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan dan semoga dilimpahi dengan rezeki yang berpanjangan. Aaaminn...

Inilah dia rezeki mengenali rakan blogger yang sentiasa bermurah hati bagi macam-macam. Walaupun hanya mengenali di dunia maya je. Syukur. 



14 comments

  1. Teringat sambal hitam, belimbing buluh tu. Mesti sedap sambal roselle ni kan. Rajin SK buat sambal.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya setelah melalui bbrapa halangan,hihi.
    Kalo ada yg nak buat sambal tu boleh je search dlm blog akk tu, ada resepinya.

    ReplyDelete
  3. Yeah Fiza sudah merasa. Pandai Fiza terangkan pasal serat. Akak macam tidak dapat hendak memperincikan dengan teliti. Apabila Fiza terangkan yalah macam makan sambal strawberi. Hehe. Lepas itu ambil gambar cantik, boleh buat orang terliur tengok sambal.
    Harap ada rezeki untuk Kak Azimah.

    ReplyDelete
  4. Sedap kan fizah, tak sangka roselle boleh jadi sambal 😘

    ReplyDelete
  5. Wah..nampak sedap. Akak baru tau bunga roselle boleh buat sambal.

    ReplyDelete
  6. Ewah, nampak lazat behtul nih!!!! ...tiber teringin plak try sambal roselle.. lama x makan foods berasaskan sambal roselle!!

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap sambal roselle tu. Akak berkenan bila Fiza cakap masam-masam. Aishh terliur!

    ReplyDelete
  8. Tajam mata Fiza ada sikit je keluar Sambal serat tu.
    Takpe nampak artistic.
    Sedap nampak Sambal tu.
    Hari tu tuai roselle ingat nak cuba buat Sambal. Tapi bila fikir banyak kali nanti anak-anak ni tak berapa pula, langsung buat air je.

    ReplyDelete
  9. biasa minum air roselle..sambal roselle tk pernh try lg

    ReplyDelete
  10. sambal stroberi pun baru tahun ni dapat rasa.. sambal roselle tatau bila hehe.. air roselle penah la minom..

    ReplyDelete
  11. nampak sedap pulak ha...ok je gambar tu, takde la comot sangat fiza...keluar serat roselle sikit2 hihi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.