Pokok Bunga Mak Datin

Thursday, November 19, 2020

Morning! Dua tiga hari ni mendung setiap pagi. Kalau tidak, cuaca bahang panas tak boleh bawa bincang. Buat kerja sikit dah berpeluh, nak ke dapur lagilah malas di buatnya. Jangan tak tahu, perempuan ni kalau dah sampai masa malas dia, mahu seharian malas buat kerja. Kan kan? Mengaku je lah.

Well, pagi ni nak update pasal pokok bunga mak datin. Kau orang kenal ke pokok bunga mak datin? Fiza tahu pun sebab mak kirim pokok mak datin masa balik kampung sebelum PKPB haritu. Puas lah suruh mak explain pokok mak datin tu macamana.

Sudahnya mengoogle lah kita macamana rupa pokok mak datin tu. Lahh pokok ni ke? Bukan pokok ni dah ada ke kat rumah mak? Mak cakap nak warna merah ke putih ke, sebab kat rumah ada warna ala-ala oren macam tu.

Ye lah, lalu mencarilah pokok bunga mak datin ni kat nursery bunga. Yang ada cuma saiz pasu kecil je. RM15. Mak aihhh mahal juga pokok ni ye. Nama pun pokok mak datin, mahal le gamaknya.

Kenapa Nama Pokok Bunga Mak Datin

Tak tahu lah mana datang nama pokok mak datin ni. Apakah kaitannya dengan mak datin. Adakah kerana bunganya? Batangnya? Daunnya? Atau pokok bunga ni nampak mewah macam mak datin. Cuba cerita sikit. Nak tahu juga.

Atau pokok ni ditanam oleh mak datin, lalu melekat nama mak datin macam sejarah pokok janda kaya tu.

Pokok Bunga Mak Datin

Tak tahu lah kot ada nama lain untuk pokok mak datin ni. Pokok dia jenis berduri. Mengoogle juga maklumat pokok mak datin ni tapi tak jumpa maklumat yang tepat. 

Mostly yang Fiza jumpa, pokok mak datin ni disamakan dengan pereskia sacharosa/saecnarosafamili cataceae.

Bila search nama tu macam lain pula pokoknya. Tapi lebih kurang. Pokok mak datin ni daun dia sedikit keras dan batangnya macam cactus dan berduri.

Mitos Pokok Bunga Mak Datin

Ada juga terbaca kisah mitos pokok mak datin ni. Orang dulu tanam pokok mak datin ni keliling rumah sebab nak elakkan syaitan masuk rumah terutamanya bila ada perempuan tengah berpantang bersalin. Kiranya hantu penanggal ni takut lah kalau kalau isi perut dia tersangkut pada duri pokok mak datin ni. 

Macam-macam kan kepercayaan orang dulu-dulu. Dengar boleh percaya jangan. Duri dia dahlah keras, tajam pula tu. Kalau terkena memang sakit lah. Mahu tak takut hantu penanggal nak lalu. 

Pokok Tahan Lasak Dan Mudah Ditanam

Pokok mak datin ni tahan lasak tak manja macam pokok lain. Lebih kurang lasak macam pokok cactus lah jenis tak perlu penjagaan rapi sangat. Mudah dijaga dan mudah ditanam juga. Hanya guna keratan batang dan cucuk dalam tanah untuk pembiakkan pokok.

Siapa ada maklumat lagi tentang pokok mak datin ni, boleh lah share dalam kotak komen bawah ni. Terima kasih.


14 comments

  1. Pencinta pokok bunga suatu ketika dulu, bunga ini jadi kegilaan nak tanam termasuk arwah mak akk, dia tanam banyak keliling umah dengan pelbagai warna bunga dia. Sekarang rasanya pencinta bunga sedang gila tanam pokok keladi pula...

    ReplyDelete
  2. Biasa tengok. Baru har ni tau nama nye.
    Teringin juga nak tau kenapa nama nya mak datin.. apa kaitan nye :)

    ReplyDelete
  3. Rumah mak ada banyak pasu pokok ni pelbagai warna. Memang mudah jaga, tak manja dan berbunga sentiasa.

    ReplyDelete
  4. Isk-isk pelik nama.
    Harapkan Fiza sahaja terangkan ciri-ciri bunga mak datin.

    ReplyDelete
  5. Oh itu namanya, selalu jumpa pokok ni tapi tak tau plak namanya gitu. Tapi akk tak suka nak tanam sbb dia berduri nnt susah nak angkat2 atau nak tukar pasu, hihi.

    ReplyDelete
  6. Pokok mak datin krim kuning tengah berbunga kat kebun mak Kak sekarang. Betul juga tu dulu orang tanam dekat rumah sebab nak hindar kan makhluk yang ganggu orang mengandung dan sedang bersalin sebab duri nya tajam. Cantik sikit sebab mudah berbunga dalam pasu boleh dialih-alihkan.

    ReplyDelete
  7. cantik la colornya tp 1st time dgr pokok bunga mak datin

    ReplyDelete
  8. Fiza, Dina rasa nama dia Crown of Thorns flower kalau tak silap lah. hehehe. harap dapat membantu

    ReplyDelete
  9. gitu ehh nama dia hahaha.. rasa macam ada nama lain tapi macam tak ingat pula. macam ada nama bunga sesuai la untuk dia hehe..

    ReplyDelete
  10. Pernah tgk bunga ni. Tapi xtau pla nama dia ini heheh good sharing kak!

    ReplyDelete
  11. Macam-macam timbul nama bunga, bunga jandalah... sekarang jumpa pula bunga mak datin... hahahaa!

    ReplyDelete
  12. ooo pokok ni kee...dulu pernah trending kejap entah tahun bila...banyak mak akak tanam kat rumah masa tu...macam2 kaler ada..sekarang dah tinggal berapa pokok aje..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.