Pokok Bunga Janda Kaya

Sunday, November 24, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Selamat berhujung minggu! Pernah dengar pokok bunga janda kaya tak? Dah lama perasan pokok bunga janda kaya ada kat depan rumah mak. Cuma tak tahu apa entah namanya pokok jenis kelopak berbaldu besar-besar macam ni. Bila google baru tahu namanya dan tahu kewujudan nama pokok bunga janda kaya. Pelik bunyi nama pokok bunga ni.

Pokok bunga janda kaya ni juga dikenali dengan nama musa indah. Haa lagi pelik nama tu! Tak payah nak buat pelik sangat. Terima je lah nama tu. kalau baca dari kisah dongengnya kenapa panggil bunga janda kaya tu sebab ditanam oleh janda kaya kematian suami yang suka tanam pokok bunga. Nama musa indah tu tak tahu pula dari mana datangnya. Pelik pelik je lah nama orang dulu-dulu bagi kan.



Pokok bunga janda kaya ni hidup tumbuh rimbun dan berbunga lebat sepanjang tahun katanya. Betul fakta tu sebab memang sentiasa berbunga je tengok tak pernah tak ada bunga walaupun sentiasa ada bunga gugur. Pokok bunga janda kaya ni macam jarang juga orang tanam dan mungkin kurang mendapat perhatian juga. Nak kata tak cantik, cantik je rupanya.

Pada Fiza, bunga janda kaya ni sangat unik rupa dia. Kelopak dia besar dan tumbuh sejambak sejambak macam tu. Warna bunga pun sangat lawa dan tesktur kelopak bunga seperti baldu. Menarik kan? Sangat cantik tumbuh merimbun dan sentiasa banyak bunga. Sesuai untuk tanaman hiasan landskap rumah kat kampung.

Pernah juga nampak pokok janda kaya di tanam tepi tepi jalan dan juga highway. Pokok janda kaya ni kalau tak silap ada warna oren dan putih. Tapi warna merah jambu ni juga lah yang paling cantik dan yang popular orang tanam. Pokok janda kaya boleh ditanam dengan keratan batang atau kaedah tut. So far macam mudah di jaga. Cuma kalau nak tanam kat rumah sendiri macam tak sesuai ditanam dalam pasu.
With Love, Sihatimerahjambu

36 comments

  1. Dulu rumah mak adalah..Suka juga main2..rasa baldu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat main pun tak kena marah kan..bunga ni macam orang tak peduli sangat :)

      Delete
  2. First time dengar pokok bunga janda kaya ni. Lebat pulak tu bunganye. Kat tempat akak tak pastila ada ke tak, atau akak yang tak perasan. Nanti nak try tengok. Kekadang... Ada jugak bunga di halaman rumah mak akak yang akak tak tau nama. Hahaha...

    Apa-apa pun Fiza, thanks atas perkongsian ini. First time dengar nama pokok bunga janda kaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantiklah. Cakap terus-terang memang belum pernah tengok. Terima kasih kerana kenalkan.

      Delete
  3. Baru tahu namanya.. Sha suka tengok pok nie sebab sentiasa ada bunga..

    ReplyDelete
  4. Boleh buat main letup-letup ni.hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh boleh buat main letop² gak ye kak..macam tak tahu pulak tang tu

      Delete
  5. ooo tu nama dia ek, slalu juga tengok tapi taktau nama sglamer tu pula 😁😁

    ReplyDelete
  6. Nama vogue sangat 😅. Nak sebut banyak kali macam naik segan pulak 😅

    ReplyDelete
  7. Dulu di rumah uwak ada tanaman macam itu sekarang sudah tak ada 😁

    ReplyDelete
  8. Whoaa.. Nice info.. Baru tahu gakk.. Nanti nak cari.. Mintak izin tanam umah nenek. Hehehee

    ReplyDelete
  9. laaa, baru tahu nama pokok ni. kat sekeliling kuerters area Putrajaya dan kat rumah akak pun banyak pokok ni. memang cantik bunga ni. warna dia cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti cantik landskap kalau pokok dia banyak dan penuh dengan bunga.

      Delete
  10. Ada juga tanam tepi rumah.
    Tanam dalam pasu besar pun boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dia tak besar sangat ke nanti? ke kena cantas kalau dah membesar sangat? sebab biasa nampak pokok ni tanam dalam tanah terus.

      Delete
  11. akak tahu nama janda kaya tapi nama lagi satu tu tak pernah dengar...
    akak suka tengok bunganya yg besar kembang gitu... sentiasa berbunga

    ReplyDelete
  12. Bukan autaa ya... Ada jugak pokok bunga Janda Kaya... Sapa lah yang letakkan nama tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..itulah kan..wujud rupanya. entahlah siapa founder nama ni pun tak tahu lah

      Delete
  13. oh mmg namanya gtu ye...biasa tgk pokok bunga ni tp tktau plak gtu namanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah namanya. Kalau google mungkin boleh baca kisahnya kalau ada dikongsikan

      Delete
  14. amboi nama pokok kemain lagi cantek berjanda bagai, suka la tengok pokok ni sebab cantek. bunga dia rasa macam baldu bila pegang. Skrg jarang jumpa pokok ni. Pokok bunga raya pun payah nak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik warnanya dan berbunga lebat buat lagi cantik dengan pokok rimbun tu. A ah kan, pokok bunga susah nak jumpa sekarang..makin pupus pulak

      Delete
  15. rumah jiran sy dulu bersepah2 dgn pokok ni smpi sy naik lemas hehehehehe tp kalau main pondok2 suka dok petik bunga dia hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau banyak sangat memang agak lemas sebab pokok dia rimbun sangat. Kalau petik pun xkena marah kan..sebab bunga dia banyak tak pernah habis.hihi

      Delete
  16. lahai..masa kecik² dulu pokok ni ler yang selalu akak buat main..bunga² tu petik buat sayur..hahaha..tak sangka rupanya janda kaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rata rata Fiza baca komen ramai betul yang buat main masa kecik..hehe..sebab petik pun xrasa bersalah gitu kan. bunga banyak dan tak sape kisah kalau petik

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.