PKPB Seremban 5 Nov-18 Nov 2020. Bermula lah episod Duduk ontok-ontok kek ghumah.

Tuesday, November 03, 2020

Macam dah boleh agak Seremban akan join the club 'PKPB'. Benda yang paling tak nak berlaku, jadi juga ye. Seremban tak jauh mana dengan Selangor/KL/Putrajaya tu, berjiran je. Memang akan terkena juga tempiasnya.

Lagi lah pula ramai yang duduk Seremban ulang alik kerja kat KL, Selangor dan Putrajaya tu termasuklah husband yang kena merentas ke Selangor nun. 

Bila kes semakin naik setiap hari dan Seremban pun makin meriah angka naik, memang patut lah PKPB awal untuk sekat rantaian virus Covid-19 tu. Nak tak nak akur dan redha je lah kita.

PKPB Seremban 5 Nov-18 Nov 2020
Kredit :MKN

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh daerah Seremban di Negeri Sembilan bermula Khamis ini hingga 18 November depan. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan berlaku peningkatan kes COVID-19 di daerah terbabit.

"Pelaksanaan PKPB ini meliputi sembilan mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng. "Prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya dalam sidang medianya di sini, hari ini. 

Beliau turut memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Lot 1/7A, 1/7B dan 7/F Putra Point Nilai di negeri itu kekal seperti mana diumumkan sebelum ini. Mengulas mereka yang tinggal di Seremban namun berulang alik kerana bekerja di Putrajaya dan sekitar Lembah Klang, beliau meminta golongan itu mendapatkan surat kebenaran daripada polis untuk merentas negeri atau menunjukkan pas pekerja kepada di sekatan jalan raya.

Sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKPB di Zon Nilai membabitkan 35 lokaliti dan PKPD di Putra Point bermula 28 Oktober lalu sehingga 10 November ini. 

Ia bertujuan membendung jangkitan dan penularan COVID-19 serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. Menurutnya, MKN sedar ramai individu yang tinggal di Seremban tetapi bekerja di Lembah Klang.

Namun, Katanya, mereka masih boleh pergi bekerja selagi memperoleh dokumen yang diperlukan dari tempat kerja mereka dan kebenaran dari pihak polis. Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Putra Point Nilai kekal seperti mana diumumkan sebelum ini. 

Menurut Kementerian Kesihatan, Negeri Sembilan merekodkan 433 kes Covid-19 baru dalam tempoh 14 hari lalu. Sebilangan besar kes aktif di negeri ini dilaporkan berlaku di mukim Labu dan Ampangan.

Seperti PKPB di kawasan lain, Ismail Sabri memberi jaminan bahawa kebanyakan perniagaan, pengangkutan awam, kedai makan dan kedai runcit akan dibenarkan dibuka seperti biasa. Bagaimanapun waktu operasi bagi perkhidmatan tertentu mungkin dipendekkan.

 

2 Orang Sahaja Dibenarkan Keluar Rumah

“Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak,” -Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Maka, dengan itu bermula lah episod Duduk ontok-ontok kek ghumah.

Ontok-Ontok = Diam-diam


11 comments

  1. Hurm.. Kat Kl ni dah jemu. Dekat sebulan duduk rumah tapi kes naik jugak. Apa pun, stay safe ye. Selamat berPKP together. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya. tak tahu dah nak bendung macamana lagi kan. Harap dengan PKPB kes boleh turun takde kluster baru lagi.

      Delete
  2. allahuakhbar.. nogori pulak >.<
    take care awakk.. elok2 ya.. may Allah protect us always..

    ReplyDelete
  3. Allah, take care kak Pija. Baru nak happy-happy dah kena lagi. Semoga menghadapi saat getir dengan penuh sabr. :)

    ReplyDelete
  4. Take care fiza! duduk diam2 kat rumah tu xboleh..ade je keje nk buat kan hehee..tp duk dalam rumah jgn keluar jika xde urusan tu betul heheee ^_^

    ReplyDelete
  5. Makin luas pula kawasan PKPB.
    Harap dapat dibendung dan landaikan graf.

    ReplyDelete
  6. Take care Fiza.
    Kak ni pun dah lama PKPB moods up and down.

    ReplyDelete
  7. Ok la tu... teman nie dah lama benor berontok=ontok kat rumah nie... berbulan dah rasanya...

    ReplyDelete
  8. Dah stress sebenarnya kat rumah, dah mula bercekau dah ni hahaha

    ReplyDelete
  9. tu lahh..masa MKN umum ri tu, terus teringat dua orang ni...kak SA dan Fiza...take care tau! stay at home kalau tak ada benda penting...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.