Pampas Grass, Bukan Hanya Cantik Untuk Dekorasi Rumah

Friday, November 13, 2020

Pampas grass, masih lagi trend terkini 2020 walaupun pampas grass dah trending sejak tahun lepas lagi. Bagi peminat seni reka bentuk hiasan dalaman, pampas grass bukan lah satu benda baru lagi. 

Untuk mereka yang tak minat dengan indoor plant yang juga tengah trending, mungkin boleh gunakan pampas grass untuk hiasan dalam rumah.

Pampas Grass

Pampas grass atau panggilan mudah faham dipanggil rumput lalang. Pampas grass berasal daripada Amerika Selatan (South America) dan ditanam sebagai tanaman hiasan di beberapa buah negara. Pokok pampas grass boleh tumbuh sekitar 2 meter- 4 meter tinggi.

Pokok Pampas Grass

Tumbuhan malar hijau yang disebut Cortaderia Selloana ini tumbuh dalam pelbagai warna seperti putih, merah jambu, ungu dan beberapa warna semulajadi. Ianya sejenis rumput cantik dan berbulu dan ada kalanya mempunyai bunga.

Jika dikeringkan, pampas grass sesuai dijadikan sebagai hiasan dalam rumah. Di letakkan di dalam pasu untuk menghiasi sudut tepi sofa, atas meja kopi, atas meja tepi, hiasan tepi cermin besar dan ruang ruang lain yang sesuai untuk menaikkan seri sesebuah ruang.

Nampak macam fake pampas grass tapi dried pampas grass ni lebih menarik dijadikan hiasan berbanding artificial pampas grass. 

Pampas Grass

Rumput kering yang dipanggil pampas grass tidak memerlukan air dan boleh bertahan bertahun-tahun. Disebabkan itu, ianya menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai hiasan. No wonder lah pampas grass is trending.

Pampas grass lebih menarik digayakan dengan dinding berwarna putih dengan kombinasi perabot yang diperbuat daripada kayu. Nampak lah macam ala ala style oversea hias rumah.

Pampas Grass, Bukan Hanya Cantik Untuk Dekorasi Rumah

Bukan hanya terhad untuk dekorasi hiasan dalam rumah, pampas grass decor wedding juga semakin diminati ramai. Masih ingat lagi pelamin Yuna dan Adam yang menggunakan pampas grass decor pelamin untuk Majlis Resepsi.

pampas grass decor wedding

Kat Mana Nak Beli Rumput Lalang/Where To Buy Pampas Grass

Tak susah nak dapatkan pampas grass ni. Ada pampas grass kaison, pampas grass shopee antara pampas grass termurah di pasaran. Boleh survey dan cari mana yang mengikut bajet. Ada dijual satu-satu dan ada juga dijual secara bundle. 

Mostly yang murah tu dari oversea lah. Pernah nampak 1 stem bawah RM5. Kira murah lah tu kan. Harga di Malaysia ni macam mahal sikit, tapi ada juga yang murah. Kena rajin survey dan baca sekali review supaya tak menyesal beli.

Where To Buy Pampas Grass

Nak jimat, kena cari yang lebih berpatutan dari oversea kena tunggu lama takpelah. Janji harga tak melebihi bajet. Tapi kalau jenis taknak tunggu lama dan terlebih bajet, boleh  je beli dari local seller. Tepuk poket masing-masing.


14 comments

  1. Kalau masa pkp ni tak pe je tunggu lama pun kalau beli online. Sebab sentiasa ada kat rumah dan tak de nak tunjuk kat siapa2..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Cantik, suka. Aritu masuk cart lupa buat payment.

    ReplyDelete
  3. Nampak kawasan dalam rumah jadi persekitaran luar rumah. Indoor outdoor. Hehe tidak reti terangka .

    ReplyDelete
  4. cantik juga untuk buat deco pelamin kawen ekkk

    ReplyDelete
  5. cantik, kan :)
    aida ni tak minat sgt deko dlm rumah dgn pokok bunga hiasan.
    sebab rumah kecik je, fiza. ada la 2 pasu orkid aje, beli kat air itam ari tu.
    kalau rumah besar, ada ruang kosong, memang sesuai letak pampas grass ni.
    then letak small table and chair.
    wow! dok update blog kat situ. sure best je rasa.

    ReplyDelete
  6. Kalau penghidap asthma, mgkn x boleh dekat dengan pampas grass ni kan?

    ReplyDelete
  7. Lawa-lawa semuanya, reseller biasa memang jual mahal sikit sebab ready stock katanya. Tapi apapun boleh try deko dalam rumah guna pampas grass nih.

    ReplyDelete
  8. Entah kenapa akak kurang berkenan. Kat dalam rumah memang takde tumbuhan hiasan sama ada hidup mahupun plastik. Huhu..

    ReplyDelete
  9. Cantik. Macam musim luruh. Warnanya lembut sangat.

    ReplyDelete
  10. Cantik.. memang cantik.. tapi sy tak pernah try beli.. Photoshoot dengan benda ni pun mesti cantikkkkk

    ReplyDelete
  11. cantiknya buat deko rumah guna pampas grass ni :)

    ReplyDelete
  12. Cantik kan..buat deco deco rumah pun menarik sgt...

    ReplyDelete
  13. buat tempat ber ootd pun menarik hehee :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.