Malam Ini Aina Abdul Punya

Friday, November 06, 2020

Malam ini kita punya. Eh, malam ini Aina Abdul punya! Tahniah Aina Abdul diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim pertama. Maka, terjawablah sudah siapakah dia disebalik topeng masked singer Malaysia bunga raya.
TMSM menampilkan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
Rasanya dah banyak program Korea yang telah menjadi sumber inspirasi program rancangan di negara lain termasuklah Malaysia.

Selama ni tak tengok pun perjalanan rancangan The Masked Singer Malaysia ni. Tapi bila hangat diperkatakan kat twitter. Kita pun terlayan sekali lah untuk malam Final Konsert The Masked Singer Malaysia.

Bila Aina Abdul nyayi lagu listen tu macam dah boleh agak sebenarnya. Style dia nyanyi tu sama macam sebelum sebelum ni dia nyanyi lagu yang sama. Suka lah dengar suara Aina Abdul yang powerful tu.

Aina Abdul Juara The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim pertama

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27mendapat markah tertinggi daripada pihak juri iaitu sebanyak 96 peratus. Aina telah mempersembahkan dua buah lagu bertajuk Malam Ini Kita Punya (Bunkface) dan Listen (Beyonce).

Lirik Lagu Malam Ini Kita Punya- Bunkface

Buang cerita lama
Ada hati ada kecewa
Lupakan semalam
Malam ini kita punya
Bintang bersama kita
Jangan gentar jangan phobia
Era baru bermula
Mari goncang dunia
Malam ini kita goyang
Dalam mimpi kita menang
Dari hati malam ini kita punya
Malam ini kita goyang
Dalam mimpi kita menang
Dari hati malam ini kita punya
Langit malam setuju
Aku raja kaulah ratuku
Gelombang di udara memanggil namaku
Janjiku genggam
Jangan biar budak baru tenggelam
Serumpun kita pulang
Lagu ini kita ulang
Malam ini kita goyang
Dalam mimpi kita menang
Dari hati malam ini kita punya
Malam ini kita goyang
Dalam mimpi kita menang
Dari hati malam ini kita punya
Malam ini kita punya
Malam ini kita punya
Malam ini kita punya
Malam ini kita punya
Ooohh o-oh-ohh…

Lirik Lagu Listen-Beyonce

Listen to the song here in my heart
A melody I start but can't complete

Listen to the sound from deep within
It's only beginning to find release

Oh, the time has come for my dreams to be heard
They will not be pushed aside and turned
Into your own
All 'cause you won't listen

Listen
I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried
To say what's on my mind
You should have known

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I gotta find my own

You should have listened
There is someone here inside
Someone I thought had died
So long ago

Oh, I'm screaming out, and my dreams will be heard
They will not be pushed aside or worse
Into your own
All 'cause you won't listen

Listen
I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried
To say what's on my mind
You should have known

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I gotta find my own

I don't know where I belong
But I'll be moving on
If you don't
If you won't

Listen to the song here in my heart
A melody I start
But I will complete

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you've made of me
I followed the voice you think you gave to me
But now I gotta find my own
My own

Tempat kedua dimenangi oleh Vanessa Ben Reynauld (Rajah Brooke) bekas peserta Ceria Megastar musim ketiga.

Ketiga, milik Tuju K-Clique (Orang Utan). Keempat Datin Alyah (Wau) dan kelima Vince (Enggang) bekas juara Akademi Fantasia pertama.

Senarai markah

96 peratus – Aina (Bunga Raya)
95 peratus – Vanessa (Rajah Brooke )
94 peratus – Tuju (Orang Utan)
88 peratus – Alyah (Wau)
87 peratus -Vince (Enggang) 

Markah diberikan oleh 8 orang juri air iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak dan Mark Adam (menggantikan Zizan Razak).

Rancangan The Masked Singer Malaysia bertambah havoc bila Datuk AC Mizal jadi host.

Peserta The Masked Singer Malaysia Yang Telah Tersingkir

Hairul Azreen (Ayam Jantan)
Yana Samsuddin (ABC)
Chiwan Cilok (Rhino)
Datuk Mirnawan Nawawi (Nasi Lemak)
Zain Hamid (Musang King)
Ebby Saiful (Rimau)
Datin Paduka Eina Azman (Rafflesia)
Sumber : Kosmo


14 comments

  1. Aduh yang tersingkir awal itu bukan penyanyi.
    Tengok iklan memang menarik.
    Apapun tahniah pada Aina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya kak NA. Dah final baru terjebak nak tengok. Kira okaylah musim pertama ni kot kan.

      Delete
  2. Suara dia macam Mariah Carey bila sekali dengar masa dia nyanyi listen tu semalam hehe

    ReplyDelete
  3. Hehehe,... Kak first time dengar rancangan ni kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sekarang macam macam rancangan ada. tak sempat nak kejar up to date. tengok mana sempat je kak..

      Delete
  4. Tahniah Aina. Rezeki tak salah alamat.

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah tengok Masked Singer ni. Ketinggalan ketapi. HEhe..

    ReplyDelete
  6. Akak memang suka dia punya suara sejak dia masuk AJL lagi. Lagu2 dia pun semua best2. Suara kalau sedap nyanyi lagu apa pun memang best.Tahniah Aina Abdul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suara sedap dan powerful. pandai pulak tu buat lagu. Aina memang berbakat besar. anugerah dan rezeki dia :)

      Delete
  7. power2 mereka ini..Tak sangka Aina abdul..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.