Kesedapan Laksa Johor

Thursday, November 12, 2020

Laksa, makanan tradisi kegemaran rakyat Malaysia. Di Malaysia ada pelbagai jenis laksa. Ada Laksa Penang, Laksa Perlis, Laksa Sarawak, Laksa Kelantan, Laksam, Laksa Kuala Kedah, Laksa Terengganu dan Laksa Johor. Mana satu kegemaran kau orang?

Setiap laksa yang mewakili setiap negeri ada keunikan dan kelainan dari cara pembuatan dan penyediaanya. Rasa setiap jenis laksa sudah tentulah berbeza. 

Sebagai bangsa Johor, tak Johor lah kalau tak makan laksa Johor kan.

Laksa Johor

Secara ringkasnya, laksa Johor berasaskan spaghetti, ikan parang bakar, hirisan bawang besar, hirisan timun, hirisan daun kesum, hirisan daun selasih, potongan kacang panjang, hirisan lobak masin, taugeh dan perahan limau kasturi. Dihidangkan bersama sambal belacan.

Kepekatan kuah laksa Johor menggunakan santan pekat, isi ikan parang bakar, bawang dan rempah ratus yang tertentu.

Keunikan Laksa Johor dan Perbezaan Dengan Laksa Lain

Laksa Johor adalah satu-satunya laksa yang menggunakan spaghetti tidak seperti laksa-laksa negeri lain. Hilang rasa keaslian Laksa Johor jika digantikan dengan mi yang lain.

Keunikan laksa Johor juga terletak pada cara makannya. Mengikut cara orang dulu-dulu, Laksa johor lebih enak di makan menggunakan tangan. 

Sejarah Laksa Johor

Awalnya laksa Johor menggunakan mi biasa tapi dek kerana pada ketika itu Sultan Johor memperisterikan seorang wanita Inggeris. Jadi, ianya telah difusionkan menggunakan spaghetti sebagai ganti mi laksa yang biasa. Itulah sebabnya laksa johor menggunakan spaghetti. 

Akan tetapi kebenaran sejarah laksa Johor ni tak dapat dibuktikan. 

Satu-satunya laksa di Malaysia yang menggunakan spaghetti dan berkuah gaya orang melayu, makan guna tangan. Makanan ala ala orang putih tapi ikut tekak melayu. haa macam tu lah agaknya.

Kesedapan laksa Johor adalah menggunakan isi ikan parang. Orang dulu kalau nak buat laksa Johor ambil masa 2 hari, sehari nak mengasingkan isi ikan parang dan sehari lagi nak menyediakan kuah laksa. Leceh memang leceh tapi apa nak buat, isi ikan parang juga yang sedap.

Zaman sekarang mungkin orang guna blender je untuk hancurkan tulang tu. Jimat masa katanya!

Begitulah ceritanya tentang Laksa Johor. Ada identiti yang yang tersendiri bila spaghetti digabungkan dengan kuah laksa menjadikan ianya lebih unik. Lebih mudah untuk dikenali sebagai Laksa Johor.

Nak cerita jugalah, harini baru dapat makan Laksa Johor. Dah lama tak makan rasa macam teringin pula. Kebetulan Husband keluar beli barang berdekatan dengan gerai ada jual Laksa Johor. Dapatlah kirim sebungkus. Kongsi berdua sebab portion dia banyak tapi RM5 je.

Laksa Johor

Boleh tahan sedap jugalah laksa Johor ni. Kesedapan laksa Johor terletak pada kuahnya yang pekat dan wajib ada sambal belacan. Baru lah sedap ada rasa pedas dia. Tapi sambal belacan yang ni Fiza tak makan sangat. Bau belacan dia kuat betul. 

Jenis orang yang betul-betul suka sambal belacan, belacan banyak mesti suka mungkin.

Sambal Belacan Laksa Johor

Laksa di zaman sekarang banyak dah berubah. Ada yang masih mengekalkan keaslian cara pembuatan dan bahan-bahannya. Ada juga yang main hentam ikut suka asal boleh janji laksa katanya.

Selain menggunakan ikan parang, ada juga resipi laksa johor tuna. Yang rajin nak mencuba buat laksa Johor, boleh ikut resipi laksa Johor Che Nom atau resipi laksa Johor Azlita antara resipi laksa mudah yang popular.

Dalam banyak-banyak jenis laksa, Fiza makan laksa utara (Penang, Kedah, Perlis) dan Laksa Johor je. Laksam dan Laksa Kelantan tak kena dengan tekak. Laksa Sarawak je belum pernah makan lagi. 


27 comments

  1. Ya Rabbi...dugaaan apakah ini bila nampak Laksa Johor ni...
    Peberet Sis ..pantang nampak dan tau ada menu Laksa Johor di kedai makan, mesti nak makan dan order...

    ReplyDelete
    Replies
    1. craving kan kalau lama tak dapat makan makanan favourite ni. Harap harap ada rezeki akak juga dapat makan laksa johor ni. mana tahu kot ada rezeki orang nak belanja kan.

      Delete
  2. Akak suka makan semua jenis laksa tapi selalu makan laksa utara.

    ReplyDelete
  3. Kak baru tau laksa Johor ikan parang tu di panggang bukan di rebus rupanya sebab tak pernah buat. Kalau pakai mee spaghetti tu tau ini perbezaan dengan laksa lain. Kalau saya pun ngam laksa utara dari pantai timur. Suami suka lebih kepada laksa penang, Kak pula lebih ke laksa kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari apa yang saya tahu dan baca semua cakap macam tu. jadi betullah tu keunikan dia. laksa utara semua sedap pada saya :)

      Delete
  4. Lunch tadi Mrs. A makan laksa Sarawak.
    Ada kedai baharu buka itu yang cuba sedap jugak @daponazs
    Laksa Sarawak mee dia bihun

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay baik nanti sy tengok. ada rezeki boleh cuba rasa laksa sarawak pulak.

      Delete
  5. pernah sekali je makan.. terkejut jgk masa mula2, ingat spaghetti..

    ReplyDelete
  6. suka juga menu ni.. walaupun jarang2 dapat makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali bolehlah rasa dia akan jadi sedap. kalau selalu jemu juga. hihi

      Delete
  7. saya tak pernah lagi makan laksa johor ni. nampak sedap :)

    ReplyDelete
  8. Laksa Johor memang sedap. Tak cukup sepinggan. Setahun sekali je akak jumpa, time raya. :)

    ReplyDelete
  9. wahh...sedapnya laksa Johor.Antara laksa tersedap yang saya suka semestinya laksa Johor:) Saya suka juga laksam, tapi tak minat semua jenis laksa utara atau pantai timur..tapi anak-anak suka betul dengan laksa utara nih..

    ReplyDelete
  10. Sedapnya... tapi, teman nie idok le pandai membuatnya... last time teman ada le cuba resepi cekodok tuan admin...

    ReplyDelete
  11. laksa tu memang sahih sedap, tu gambar tu, cantiknya!!!!

    ReplyDelete
  12. Dugaan betul. Akak dahlah lama tak makan laksa johor... asyik nampak laksa johor lalu lalang je depan mata. Dugaan!

    Your laksa johor looks very tempting, dik!

    ReplyDelete
  13. Banyak jenis laksa kakak dah pernah cuba. Laksa Johor pernah sekali zaman di U dulu. Paling sedap makan laksa Penang di Pudu Raya...zaman dululah. Itulah laksa tersedap yang pernah kakak makan!

    ReplyDelete
  14. Masa dok jb dulu bila bulan puasa je dapat beli laksa johor. Tapi jarang la beli.seminggu sekali boleh la. sebab muak. makan pun tak boleh tambah2.

    ReplyDelete
  15. sayaaaa org Johor, tapi kurang meminati Laksaa Johor.. maybe jenis mee tu kot.. lebih suka Laksa Penang...

    ReplyDelete
  16. akak suka laksa johor, tapi kalau kat kedai kena cari yang kena dengan tekak..setakat ni boleh kira dengan jari yang mana boleh masuk dan sampai laksa johornya...

    ReplyDelete
  17. laksa johor ni memang le aida suka.
    yes. mesti ada sambal belacan. setuju.
    kakak aida pandai buat. aida tak pernah lagi buat sendiri.
    then, laksa johor ni memang makan pakai tangan.
    gaul-gaul spageti, sambal belacan, kuahnya dan ulam2an. wow! sedap!

    ReplyDelete
  18. shida pun suka fiza! cuma kat sini payah nk dapat org buat dgn sedap..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.