Kaktus Boleh Makan Ke?

Monday, November 09, 2020

Pernah nampak tak orang makan pokok kaktus? Pertama kali nampak orang makan kaktus di satu post di instagram. Lupa pula nak save post sebab masa tu tengah scroll explore instagram tu. 

Dalam video tu seorang perempuan tengah petik pokok kaktus macam dalam gambar di bawah dan dia masak dijadikan hidangan lauk sebagai sayuran mungkin. Ada yang pernah tertengok video tu tak agaknya?

Bila tengok tu rasa macam "Seriouslah pokok kaktus boleh dimakan?". Setelah diselidiki. Ye, pokok kaktus memang boleh dimakan. Tapi ada jenis jenis pokok kaktus yang boleh dimakan.

Tak semua jenis pokok kaktus boleh dimakan. Bukan sembarangan kaktus boleh dimakan.

Pokok Kaktus
gambar sekadar hiasan


Dari apa yang Fiza baca kaktus dan buah kaktus merupakan masakan orang Mexico. Kaktus digunakan dalam kebanyakkan hidangan utama seperti salad, telur dan rencah tambahan hidangan yang lain.

Buah kaktus yang disebut juga sebagai  "Prickly Pears" dikatakan sangat manis dan boleh di makan mentah bergantung pada tahap masak buah kaktus tersebut.  Ada juga yang dikisar untuk dijadikan pemanis.

Amacam? Sanggup makan tak? Kalau diberi peluang, mungkin tidak akan makan. Tak berani oiii sebab dalam kepala ni dah set sesiap pokok kaktus hanya sebagai tumbuhan hiasan walaupun boleh makan. Hihi...

Bukan hanya sekadar boleh dimakan. Tapi ianya boleh membantu dalam proses penghadaman yang baik. 

Terdapat beberapa nutrisi dalam buah kaktus yang kaya dengan pelbagai jenis vitamins dan antioksidan. Antaranya :

  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Vitamin K
  • Beta-carotene
  • Potassium
  • Magnesium
  • Calcium
  • Phosphorus

More details : https://www.webmd.com/diet/health-benefits-cactus-fruit#1


16 comments

  1. wahh boleh gitau kat adik ni sebab dia tanam kaktus banyak kat umah tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, tahu.. nampak haritu post.. kak. nanti bgtau apa rasanyaaa.. heehe... video sikit... time makan..

      Delete
  2. Ada beberapa kaktus yang buahnya boleh makan juga.
    Ingat nak buat koleksi one fine day bila life tak macam nomad hehehe...

    ReplyDelete
  3. Wah! Info baru untuk CP. Thanks Fizah sharing ni <3

    ReplyDelete
  4. Kaktus yang dalam batang dia ada air tu, pernahlah tengok orang belah, tupun sebab dia minum air. Bukan makan buat ulam. Hehehe..

    ReplyDelete
  5. teringat ada satu perempuan ni buat Mukbang makan cactus.
    Masa tu rasa pelik terus scroll post lain haha
    Rupanya banyak juga khasiat cactus ni.

    ReplyDelete
  6. Cheq pernah tengok orang makan kaktus panggang dalam satu rancangan dokumentari dulu, tapi cheq sendiri tak berani nak try lagi 😂

    ReplyDelete
  7. Dina pun pernah tengok video dekat IG org makan kaktus

    ReplyDelete
  8. Pernah tengok di u tube, program makan-makan, ada yang makan kaktus siap cecah dengan sambal garam gula udang kering lagi!

    ReplyDelete
  9. mkn kaktus naa..aduhai boleh telan ke tu ^^

    ReplyDelete
  10. Seriuslah boleh makan.. First time tahu.. menarik nie tapi tak adalah nak makan.. tak sanggup.. huhuhu

    ReplyDelete
  11. aida ada tu hah 2 pokok cactus.
    tapi yg berduri la, fiza.
    tak rasa nak makan :) ha ha ha ha

    tapi tu la kan, ada juga cactus yg boleh dimakan.
    kejadian Allah. tiap satu tu ada manfaat kpd kita.

    ReplyDelete
  12. Eh, ehhhh.. macam bagus je ni.. banyak khasiat.. boleh try..tapi tuhla..seram jugak..hahaa..selalu jumpa pokok bila hiking .nanti member tunjuk boleh makan..tapi kita takut takut nak cuba oi

    ReplyDelete
  13. Boleh makan. Tengok rancangan masakan cara dorang buang diri dan siang kaktus. Agaknya macam pokok lidah buaya.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.