Demi Tuhan Aku Bersaksi, Telefilem Kontroversi Dah Ditayangkan

Wednesday, November 04, 2020

Ada yang dah tengok telefilem 'Demi Tuhan Aku Bersaksi"? Telefilem yang dikatakan agak kontroversi sebelum ditayangkan kerana terdapat unsur-unsur yang tak sepatutnya ditayangkan iaitu kisah songsang.

Sebelum ditayangkan di televisyen, tayangkan khas telah dibuat di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya bagi mendapatkan pendapat dan pandangan terhadap telefilem tersebut.

Demi Tuhan Aku Bersaksi

Ramai yang mengecam lakonan Syafie Naswip dan penerbit Prokuya Studios Sdn Bhd, Fadzil Zahari yang merupakan adik Farid Kamil kerana telefilem ni mengundang kontroversi tentang isu maknyah.

Rasanya ini pertama kali Syafie Naswip berlakon jadi maknyah kan. Tapi lakonan dia tak pernah tak bagus. Dari kecil kot berlakon. Bagi lah watak apa sekalipun kan. Menjadi je lakonan dia.

Kita pula yang rasa macam geli geleman tengok watak lembut yang dibawa tu. Part dia berlaga pipi dengan mak dia yang tak tahan tu. Boleh eh bawa watak sampai macam tu. huhu.

Setelah setahun terperam dan mendapat kelulusan, telefilem demi tuhan aku bersaksi telah ditayangkan di TV1, 31 Oktober 2020 Sabtu yang lepas.

TAJUK : Demi Tuhan Aku Bersaksi
WAKTU SIARAN : 31 Oktober 2020(sabtu) jam 10:00 malam
SIARAN TV : TV1 (Panggung RTM)
PENGARAH : Eyra Rahman
PRODUKSI : Prokuya Studios Sdn Bhd
PELAKON : Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaacob, Taiyuddin Bakar, Melanie Tan, Sheila Mambo, Aman Graseka

Sinopsis Demi Tuhan Aku Bersaksi

Mengisahkan Hamid, seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan tidak mahu melakukan kesilapan yang sama, dia telah membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama. Namun dia telah dihina dan dikeji! Mampukah Hamd menempuhi pelbagai dugaan demi meraih kasih sayang Allah S.W.T?

Tonton Online Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi


Semoga cerita ni dapat dijadikan pengajaran untuk mereka yang telah tersasar jauh tu ataupun yang baru mula berjinak jinak ke arah itu. Cerita bukan sekadar hiburan. Ada mesej yang disampaikan supaya manusia berubah untuk jadi yang lebih baik. 

Kadang hairan kenapa golongan 'mereka' ni orang dok sokong. Ada yang dah insaf, lepas tu dia transform semula jadi perempuan. Lepas tu insaf, lepas tu minta maaf, lepas tu insaf balik, minta maaf balik. Banyak betul drama dia.

Harap 'mereka' betul-betul insaf dan bukan drama air mata semata-mata meraih simpati orang ramai untuk dimaafkan. Yang penting mereka bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. 





10 comments

  1. Ambil iktibar dan pandang daripada sudut positif.

    ReplyDelete
  2. Bagus juga ada drama macam nie... Sebenarnya, ada je antara mereka-mereka nie yang nak berubah... halangan terbesar mereka tu. masyarakat... Masyarakat sekeliling nie tak banyak yang hendak membantu... lebih banyak yang mengeji... So, macam mana mereka nak berubah... Di sana nanti, kita akan di tanya, apa peranan kita membantu mengubah mereka... so, renung-renungkan lah ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penerimaan orang berbeza. itulah sebabnya susah cerita ni nak ditayangkan. ramai yang mengecam. takut jadi ikutan, padahal belum ditayangkan lagi. tak dinafikan masyarakat memang ramai yang macam tu. Bagi yang faham situasi tu adalah lebih baik bantu mereka untuk berubah. Mudah mudahan tergerak hati mereka untuk berubah jadi lebih baik.

      Delete
  3. cerita sebagus mcm ni, mcm mana boleh hold sampai setahun. sayang

    ReplyDelete
  4. Saya suka betul cerita2 dari pengarah ni, cerita dia lain dari yang lain

    ReplyDelete
  5. macam menarik pulak sinopsisnya..rasa nak tengok juga...sebab dekat dengan realiti kehidupan masyarakat kita

    ReplyDelete
  6. Tak tengok lagi citer ni. Boleh la cari nanti. Semoga kita tergolong dalam golongan yang membantu, bukan yang mencaci.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.