Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Tuesday, November 10, 2020

Bunga Raya, bunga kebangsaan. Rakyat Malaysia kalau tak kenal tak tahu nak kata lah. Bunga Raya bukan hanya simbolik kebanggan rakyat Malaysia tapi bunga raya adalah bunga yang cantik dan unik.

Bunga Raya antara spesis dah jarang jumpa juga. Jarang lah nampak orang tanam pokok bunga raya. Tapi dekat kampung kampung masih ada lagi orang tanam pokok bunga raya.

Kat kampung Fiza pun ada jugalah dua tiga pokok bunga raya. Warna merah kalau tak silap. Tak teringat pula nak ambil gambar. Bila balik kampung husband haritu sempat juga lah ambil gambar bunga raya.

Bunga Raya Warna Peach

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Warna peach ni boleh dikatakan agak rare juga lah kan. Ke biasa je nampak?

Bunga Raya Warna Putih

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Ada warna peach dan warna putih. Warna Bunga Kebangsaan adalah warna merah. Warna merah membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran.

Sifat ini menjadi faktor penyumbang yang mendorong negara kita dalam mencapai mercu kejayaan dalam pelbagai bidang dan juga menjadi simbol kemegahan negara.

Bunga Raya

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. 

Sejarah Bunga Raya

Alang-alang dah cerita bunga raya ni. Kita ulangkaji sikit sejarah bunga raya ni. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.

Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.
kredit : wikipedia

Struktur dan Fungsi Bunga Raya
Kredit : google

Bahagian Bunga Raya dan Ciri-Ciri Bunga Raya


Stamen : Organ pembiakan jantan bunga yang terdiri daripada anter dan filamen
Ranggi : Biasanya berwarna-warni untuk menarik perhatian serangga dan haiwan.
Sepal : Biasanya berwarna hijau dan berfungsi untuk melindungi bunga pada peringkat kudup.
Pistil : Organ pembiakan betina bunga yang terdiri daripada stigma, stil, ovari dan ovul.



14 comments

  1. sebelum ni hanya tau Bunga Raya, bunga kebangsaan. Tapi hari ni baru tau sejarah mcm mana bunga raya jadi bunga kebangsaan. TERBAIK

    ReplyDelete
  2. Antara pokok bunga yang rajin berbunga. Pokok bunga raya. Bak kata mama kak PC,sepanjang hayat raya.

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi Fiza. Bunga raya memang cantik. Warnanya pun pelbagai. Teringat dulu dalam kelas Pendidikan Seni, kalau lukis bunga raya kena kira betul-betul jumlah kelopaknya. Dia punya stigma dan filamen pun kena buat dengan betul. Bila kita lukis dengan teliti, cantiklah hasil kejadiannya. Apalagi bila diwarnakan. Dapat A!

    ReplyDelete
  4. Cantiknya bunga raya ini!, terutama yang warna putih.

    Kalau di Indonesia, namanya kembang sepatu, kak.
    Tapi jarang srkali kulihat ada yang warna putih.

    ReplyDelete
  5. Putih suci nye bunga raya putih tu. Cantik!

    ReplyDelete
  6. cantik bunga raya nih, akak aritu macam nak beli tapi hati terpaut dengan bunga ros

    ReplyDelete
  7. nice info..jarang jumpa yg kaler putih..selalu nmpak yang merah je..

    ReplyDelete
  8. cantik wane putih..tq sharing infonya fiza :)

    ReplyDelete
  9. cantik la yg peach..yg putih tk pernah tgk..biasa tgk merah je

    ReplyDelete
  10. cantiknyaa..mak akak suka bunga raya..dia tanam depan rumah...subur aje pokoknya sebab duduk tepi parit..haha

    ReplyDelete
  11. Subhanallah! Cantik sangat!
    Rumah nenek Nona ada jugak.. kaler pink je yg ada.. baru ni singgah, tapi x banyak plak bunganya... Sy tengok entri ni, teringat Aina Abdul menyamar jadi Bunga Raya dalam masked singer.. Sampai jadi Juara... hehe

    ReplyDelete
  12. Cantiknya bunga raya.. macam nak tanam depan rumah lah..

    ReplyDelete
  13. aida ada 3 pasu pokok bunga raya, fiza.
    dari PKP ari tu. cuma tak sempat nak update gambar kat blog.
    bila ia berkembang, memang terasa wow sgt laman aida tu.
    mekar. membahagia kan...

    ReplyDelete
  14. Memang jarang orang tanam. Saya lama tidak nampak atau mungkin jarang berkunjung rumah orang sebab itu lama tidak nampak.
    Cantik juga bunga raya merah jambu.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.