Buku Planner 2021 Book Ring

Saturday, November 07, 2020

Masih berguna lagi kah planner ni musim pandemik covid-19 ni? Pada Fiza, planner ni sangat berguna walaupun banyak perancangan tergendala disebabkan wabak virus Covid-19 ni tak putus putus hayat dia, tapi penulisan harian tetap nak tulis dalam planner. Tak pernah kosong!

Selain boleh track apa yang kita buat setiap hari, banyak benda kita boleh ingat semula kalau ditulis. Jangan malas tulis sudah lah. Sejak bulan Oktober haritu dah ramai seller yang buat pre order planner. Macam biasa Fiza pun dah order awal favourite planner setiap tahun Fiza.

Lepas tu baru terfikir nak bagi hadiah planner juga pada salah seorang komentator untuk tahun 2021. Tak sempat nak pre order sekali yang Fiza order tu sebab dah tutup. Lepas dah beli yang ready stok baru dia buka pre order second. Aduh! Mungkin rezeki next year lah

Cari punya cari yang ready stok dapatlah beli planner yang comel ni. Beli ready stok senang sikit dah siap-siap ada tak perlu tunggu lagi. Tertarik dengan planner ni bukan je cantik cover depan dia. Dalam dia ada macam-macam yang boleh digunakan. Bukan sekadar planner gitu.

Buku Planner 2021 Book Ring

Isi Kandungan Planner Book 2021

  • Calendar 2020, 2021, 2022 & 2023
  • Self-reflection 2020
  • Islamic Hijri Calender 1442-1443H
  • Planning Chart Jan -Dec 2021
  • Travel Bucketlist
  • Festive Season Planner
  • Debt & Bill Planner
  • World Map
  • Monthly Cover with Friendly Quotes
  • Weekly Planner Calendar
  • Daily Planner Calendar
  • Monthly Expenses
  • 2021 Achievement & Outstanding
  • My Book To Read
  • 1 Year Weight Loss Challenge
  • SPECIAL Business Section
  • Sales, Class to Attend, Password & My Surah Tracker
  • Fun Zone (Maze. Word, Number & Picture Puzzle)
  • Black page for note
  • 192 COLOURFUL pages!

Buku Planner 2021-192 COLOURFUL pages

Belanja salah satu pages yang sangat menarik. Typography cantik, paper colourful, illustration yang cantik. Semua serba serbi cantik. Nak ambil gambar setiap helai jenuh lah nak ambil gambar 192 mukasurat tu kan. Satu cukuplah ye.

Selain tu ada juga
Public Holiday for : Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia
School Holiday for : Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia

Disertakan sekali dengan 5 free gift ni. 
  • School Planner
  • A3 Wall Chart
  • Bookmark
  • Gift Card
  • Sticker

Menarik betul planner ni. Ikutkan nak beli extra untuk diri sendiri. Tapi sebab dah order yang lain, jadi beli untuk dijadikan hadiah bakal top komentator2020 tempat kedua. Siapa bakal pemilik planner tu kena tunggu pertengahan bulan depan (December) nanti.

Harap sudilah terima hadiah sebagai tanda penghargaan. Walaupun bukan hadiah hebat-hebat, harap dapat memberi kebaikan juga. Hadiah untuk tempat pertama tu tunggu next entry okay!


26 comments

  1. Menariknya planner tu, bertuah pemiliknya nanti ��

    ReplyDelete
  2. Menarik planner sekarang ya..ceria gitu.

    ReplyDelete
  3. Suami Kak yang rajin beli planner setiap hujung2 tahun. Katanya susah juga nak dapatkan sekarang.

    ReplyDelete
  4. Cantik-cantik buku planner sekarang ni. Buku planner kakak tergencat tulisannya sejak PKP 1 dulu. Ada di tempat kerja, tak bawa balik rumah. Untuk ahun 2021 belum beli lagi. Yang bestnya, rakan-rakan sekerja suka kongsi cadangan untuk beli buku planner. Biasanya kami beli ramai-ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak Amie. Sekarang banyak pilihan planner. beli buku sekali banyak boleh jimat postage sikit kan

      Delete
  5. Cantik ilustrasi planner itu.
    Menarik hadiah diberi. Berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat menarik kak. semoga berguna kepada penerima nanti :)

      Delete
  6. Waa lawa planner dia.. Sy lau ada planner kdg rasa sayang nak guna hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik luar dalam planner ni. alamak, macam tu pulak ye. hihi

      Delete
  7. Lengkapnya planner. Macam ni, semangat nak tulis. Bertuah siapa yang dapat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat lengkap planner ni. warna yang ceria harap menceriakan juga penerimanya nanti.

      Delete
  8. Bagi akak planner ni memang penting walaupun akak tak kerja. Banyak isi pasal anak2 je. sekolah, bercuti, exam, perjumpaan dengan guru, hari sukan,macam2 la.Tambah pulak dengan diri sendiri punya planning. wajib ada. Tapi tahun depan punya tak deplanner lagi. heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. planner saya pun penuh walau duduk rumah je. ada je nak ditulis.
      dapat no.2 dapat planner ni nanti. hihi

      Delete
  9. Cantik dan lengkap plannernya, ada juga beli tahun-tahun sebelum ni memang berguna untuk buat catatan penting..

    ReplyDelete
  10. Wah! menariknya planner tu macam sayang pulang nak tulis
    RAsa macam baru je beli diary/Planner dah nak kena beli tahun 2021 pulak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sebab terlampau cantik kan.
      terasa juga macam tu. cepat betul kan walaupun masa banyak dirumah je tahun ni

      Delete
  11. Planner Book ni memang sangat berguna. lebih2 lagi kalau banyak sangat perkara nak buat. dia akan buat jadual kita lebih tersusun dan elakkan perancangan tercicir 😍

    ReplyDelete
  12. Menarik lah fiza..rasa ingin memiliki satu utk diri sndri..beli mana fiza?

    ReplyDelete
  13. Menariknya planner ni. Bestnya kalau siapa yang dapat

    ReplyDelete
  14. Memang cantik sgt... suka tengok ilustrasi camtuuuuu... Love, love.... ! Semangat nak komen moreee... gituu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.