Alphabet Wooden Stamp Set (70 pcs Formal Font)

Wednesday, November 11, 2020

Tengah scroll scroll shopee, pandangan terhenti pada alphabet wooden stamp set (70 pcs Formal Font). Ehh kenapa nak cantik je. Kenapa rasa macam nak sangat beli ni? Survey dan survey cari alphabet stamp set yang local seller dengan harga berpatutan.

Dah berkenan terus tekan add to cart. Simpan dulu peram, bila ada bajet lebih baru lah kita membeli. Kalau tengok dalam cart memang banyak barangan dalam tu. Terapi window shopping online. Kadang add to cart je tak beli pun. Siapa perangai macam ni?

Finally berjaya juga beli alphabet wooden stamp set. Pilih set yang ada 70 pcs formal font. Itu je yang ada sebenarnya pun untuk 70pcs. Ikutkan nak pilih yang jenis handwriting tu lagi nampak cantik. Takpe, yang formal font pun cantik juga ala vintage typewriter gitu.

Alphabet Wooden Stamp Set (70 pcs Formal Font)

Alphabet wooden stamp set

Kalau dah namanya stamp, jadinya fungsi dia adalah untuk cop pada kertas. Boleh cop satu satu jadikan nama. Untuk yang suka cop pada diary, postcard atau surat tu boleh gunakan stamp ni.

Ataupun boleh dijadikan alat tulis untuk anak-anak cop nama pada artwork mereka. Boleh gunakan untuk cop pada flash card juga. Tak disertakan sekali ink stamp. Kena beli sendiri lah ye.

Fiza gunakan untuk tujuan kraft semestinya lah. Contoh kraft ada dalam gambar. Cantik bila cop pada gift card tu. Tambah lagi wax stamp dengan bunga tu. Lagi berseri jadinya bukan?

Measurements

70pcs Formal Font
Box Measurement : L 14.60cm x W 8.20cm x H 4.70cm
Stamp Measurement : L 0.90cm x W 1.20cm x H 3.80cm

Alphabet Wooden Stamp Set (70 pcs Formal Font)

Fiza beli dua. So plan nak jadikan hadiah untuk bakal tempat ke empat top komentator 2020 yang bakal diumumkan bulan depan. Setuju tak? Sesuai tak hadiah ni? Kalau sesuai Fiza on je. Kalau tak, simpan je lah buat extra props photography. Kau orang rasa?


15 comments

  1. Mestilah ok nak beri alphabet wooden stamp set pada pengomen tegar.
    Boleh beri semangat untuk buat kraftangan.

    ReplyDelete
  2. Waaa cantiklah bekas kayu dia macam tu.. nice sangat..
    Dulu masa ada sekolah, rajin lee Sis membeli stamp gini.. ni dah lama le tak menyoping alatulis, pepandai le anak beli sendiri..

    ReplyDelete
  3. wah... barangan rare ni, susah nak jumpe dan nampak macam klasik gitu..

    ReplyDelete
  4. cantiknya fiza...kalo yang suka buat kraf, memang akan suka benda ni!

    ReplyDelete
  5. Walawehhhh, cantiknyaaa.. nak jadik top komentor. niat di hati.... huhu.. usahanya kurang.. kbai

    ReplyDelete
  6. Sweet sangat dengan set kotaknya tu. Anak Kak mesti suka kalau ada cop ni.

    ReplyDelete
  7. menarik sangat ni Fiza.
    Sesuai dijadikan hadiah.

    ReplyDelete
  8. Penerima hadiah biasanya terima apa-apa saja yang diberi, sebab yang penting baginya sudah tentulah kerana dapat hadiah...ahaks! Apa isi hadiah itu, perkara kedua. Bagi kakaklah.

    ReplyDelete
  9. Lawanya.. Bertuah siapa yang dapat.. Hadiah yang sangat ohsem ini..

    ReplyDelete
  10. Menanrik..comfirm ramai yang beranagn jadi top komentator ni..hahaha

    ReplyDelete
  11. menarik la fiza cop ni..mana beli fiza..rasa nk dptkan satu utk sendiri :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.