Al Quran Warna Pelangi Dengan Terjemahan

Sunday, November 08, 2020

Suatu masa dulu, Al Quran pelangi ni popular. Warna pelangi tu yang membuatkan orang tertarik nak membeli. Bukan hanya menarik dengan warna pelangi tapi lengkap dengan terjemahan dan tajwid.
Al-Quran kitab suci untuk umat Islam. Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān). 
Melihatnya dapat pahala apatah lagi membacanya. Membaca Al Quran, menghayati dan mengamalkannya kita boleh jadikan satu ibadah dan menambah lagi pahala amalan kita.

Al Quran sebagai panduan hidup kita. Semuanya telah tertulis di dalam Al-Quran. Tiada sesiapa pun yang dapat mengubahnya. 

Turunnya Al-Quran juga sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. 

Nuzul Al-Quran

Nuzul Al-Quran, peristiwa penting dan merupakan sejarah umat Islam di mana malam turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. 

Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan (malam jumaat). Perkataan Nuzul bermaksud turun/pindah dari atas ke bawah. Oleh sebab itu, peristiwa bersejarah ini sangat bermakna untuk semua umat Islam dan Hari Nuzul Al Quran disambut bagi mengingati peristiwa ini.

Semua ini kita dah tahu dan pernah belajar masa zaman sekolah dulu kan. Masih ingatkah lagi? Tak ingat, mari kita ingat bersama. Al-Quran dibaca bukan sekadar nak khatam je. 

Tiba-tiba teringat zaman mengaji berlumba nak khatam cepat. Zaman mengaji malam terjumpa hantu. Padahal malam tu malam bulan Ramadhan. Mana ada hantu! Kelakar bila ingat balik.

Dulu mengaji sekadar mengaji tak tahu maksudnya. Sekarang dah ada terjemahan, lagi seronok membaca dan memahaminya.

Al Quran Warna Pelangi Dengan Terjemahan

Puas Fiza fikir nak bagi hadiah apa untuk pengomen tegar nombor 1 blog Fiza ni. Akhirnya Fiza pilih Al-Quran, semoga lebih bermanfaat. 

Al Quran Warna Pelangi Dengan Terjemahan

Al Quran warna pelangi dengan terjemahan saiz A6 senang nak bawa kemana saja terutamanya masa travel. Harap sukalah dengan hadiah dari Fiza ni ye. 

Siapakah bakal pemiliknya tunggu bulan depan lah ye Fiza umumkan Top 10 komentator Blog Sihatimerahjambu 2020. Sempat lagi nak kejar, masih ada sebulan lebih lagi.

Al Quran Warna Pelangi Dengan Terjemahan

Kelebihan Al-Quran Ini 

1. Resam Uthmani beserta Tajwid Kod Warna Resam rasmi Malaysia. Diwarnakan beberapa huruf dan tanda bacaan bagi mewakili hukum tajwid tertentu bagi memudahkan kita di dalam pembelajaran membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.

2. Asbabun Nuzul (Sebab turunnya ayat) Ayat Al-Quran diturunkan secara bertahap tahap dan mengikut peristiwa. Jadi, bagi ayat ayat tertentu, disertakan sebab sebab turunnya ayat tersebut bagi kita memahami dengan lebih dalam makna ayat itu

3. Hadis Sahih Hadis hadis sahih yang berkaitan dengan tema perbahasan ayat Al-Quran bagi menambah kefahaman makna ayat tersebut

4. Indeks Tematik Indeks pencarian tema tema perbahasan tertentu di dalam Al-Quran merangkumi semua perkara. Ia memudahkan kita di dalam mencari ayat ayat tertentu yang membahaskan perkara perkara tertentu seperti hukum fara'id, akidah, muamalah dan sebagainya.

5. Kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Al-Quran ini telah disemak oleh Lembaga Tashih Al-Quran KDN dan telah mendapat kelulusan untuk diterbitkan.


14 comments

  1. Besar pahala fiza bg hadiah al-quran ni.. belom lg kalau si penerima tu rajin baca.. 2-2 akn dapat ganjaran pahala.. tahniah fiza.. good choice 👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  2. Ada Al-Quran pelangi. Memang berguna bawa masa melancong.
    Alhamdulillah siapa dapat, pahala ada Fiza juga.

    ReplyDelete
  3. Ha ksarie ada 2 Quran warna warni ni. 1 kecik 1 besar. Isunya adalah bila nak menghabiskan baca Al Quran yang dua-dua ni pun tak tau la huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Betul2 tu dulu berebut siapa khatam dulu kan.
    Kalau ngaji malam tak nak jadi orang terakhir, nak cepat balik.
    Cantik sungguh naskhah Al-Quran tersebut.

    ReplyDelete
  5. Pahala terus mengalir bagi yang terus memanfaatkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini aida setuju sgt.
      hadiah yg penuh makna bagi fiza dan bakal penerima :)

      Delete
  6. aida ada sebuah al-quran.
    dpt hadiah dari blogger - top commentator.
    best nya kalau dpt sebuah lagi :) ececece...

    ReplyDelete
  7. Cantikknya...Nak baca pun mesti bersemangat..Al Quran petunjuk hidup buat umat Islam..Moga tak lalai dan sentiasa membacanya..Peringatan buat diri sendiri.
    Pilihan hadiah yang terbaik.. hehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.