Senarai Pemain Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) 2023

Azhafizah MN
By -
2
Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim F.C (JOHOR Southern Tiger) atau Skuad Harimau Selatan akan mula beraksi untuk Pra-Musim pada 8 Januari 2023 menjelang kempen 2023 bagi Perlawanan Persabahatan Di Dubai Emiriah Arab Bersatu. 

Berikut jadual Perlawanan Persahabatan Pra-Musim Pasukan JDT.

Jadual Perlawanan Persahabatan Pra-Musim Pasukan JDT

25 Januari — JDT lwn FC Rostov
28 Januari — JDT lwn TBC (Kelab UAE)
31 Januari — JDT lwn FC Levski Sofia
2 Februari — JDT lwn FC Lokomotiv Moscow
6 Februari — JDT lwn FC Zenit St. Petersburg
https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) F.C, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali dengan TMJ telah mengumumkan pengurus dan ketua jurulatih baharu iaitu Esteban Solari bagi mempersiapkan pemain untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2023 musim hadapan.


Esteban Solari merupakan adik kepada Santiago Solari, seorang pemain di kelab Real Madrid. Selain itu, Diogo Luis Santo kembali beraksi semula ke Kelab JOHOR Southern Tiger untuk musim 2023.

Sudah pastinya pengurusan skuad Harimau Selatan akan mempersiapkan sebuah pasukan yang dibarisi oleh pemain terbaik bagi merealisasikan impian mempertahankan kejuaraan yang dimiliki dalam Liga Malaysia [Liga-M] serta menghadapi cabaran baharu bagi saingan Liga Juara Juara Asia [ACL] 2023.

Berikut senarai pemain bola sepak yang akan mewakili JDT bagi mengharungi musim baharu Liga Malaysia [Liga-M] dalam perlawanan Liga Super Malaysia musim 2023 dan Liga Juara Juara Asia [ACL] 2023.

Senarai Penuh Rasmi Pemain JDT 2023 mengikut posisi

Senarai penuh barisan pemain bola sepak yang mewakili pasukan JDT bagi musim 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Penjaga Gol
  • Farizal Marlias, 36 tahun, Malaysia (jersey no : 1)
  • Haziq Nazli, 24 tahun, Malaysia (jersey no : 26)
  • Ahmad Syihan Hazmi, 26 tahun, Malaysia (jersey no : 33)

Pertahanan
  • Matthew Davies, 27 tahun, Malaysia [Australia] (jersey no : 2)
  • Adam Nor Azlin, 26 tahun, Malaysia (jersey no : 3)
  • Aidil Zafuan, 35 tahun, Malaysia (jersey no : 7)
  • S. Kunanlan, 36 tahun, Malaysia (jersey no : 12)
  • Shane Lowry, 33 tahun, Australia [Ireland] (jersey no : 14)
  • Feroz Baharudin, 22 tahun, Malaysia (jersey no : 15)
  • La’Vere Corbin-Ong, 31 tahun, Malaysia [Canada] (jersey no : 22)
  • Carli de Murga, 34 tahun, Philippines [Spain] (jersey no : 23)
  • Shahrul Saad, 29 tahun, Malaysia (jersey no : 32)
  • Jordi Amat, 30 tahun, Indonesia (Spain) (jersey no : 55)
  • Syahmi Safari, 24 tahun, Malaysia (jersey no : 91)

Tengah
  • Afiq Fazail, 28 tahun, Malaysia (jersey no : 4)
  • Syamer Kutty Abba, 25 tahun, Malaysia (jersey no : 5)
  • Nathaniel Shio Hong Wan, 22 tahun, Malaysia [England] (jersey no : 6)
  • Safiq Rahim, 35 tahun, Malaysia (jersey no : 8)
  • Leandro Velázquez, 33 tahun, Argentina (jersey no : 10)
  • Mohamadou Sumareh ,28 tahun, Malaysia [Gambia] (jersey no : 13)
  • Danial Amier Norhisham, 25 tahun, Malaysia (jersey no : 16)
  • Nazmi Faiz, 28 tahun, Malaysia (jersey no : 21)
  • Naxto Insa, 36 tahun, Malaysia [Spain] (jersey no : 30)
  • Junior Eldstål, 31 tahun, Malaysia [England] (jersey no : 38)
  • Chia Rou Han, 21 tahun, Malaysia (jersey no : 41)
  • Daryl Sham, 20 tahun, Malaysia (jersey no : 81)
  • Endrick Dos Santos, 27 tahun, Brazil
  • Óscar Arribas, 24, Spain (jersey no : 24)
  • Juan Muñiz, 30, Spain

Penyerang
  • Diogo Luis Santo, 35 tahun, Brazil (jersey no :11)
  • Bergson da Silva, 31 tahun, Brazil (jersey no : 9)
  • Ramadhan Saifullah, 21 tahun, Malaysia (jersey no : 17)
  • Hazwan Bakri, 31 tahun, Malaysia (jersey no : 18)
  • Akhyar Rashid, 23 tahun, Malaysia (jersey no : 19)
  • Syafiq Ahmad, 27 tahun, Malaysia (jersey no : 28)
  • Guilherme de Paula, 36 tahun, Malaysia [Brazil] (jersey no : 31)
  • Arif Aiman Hanapi, 20 tahun, Malaysia (jersey no : 42)
  • Fernando Forestieri, 32 tahun, Argentina [Italy] (jersey no : 45)
  • Jonathan Herrera, 31 tahun, Argentina (jersey no : 9)
  • Lévy Madinda, 30 tahun, Gabon (jersey no : 92)
  • Romel Morales, 25 tahun, Colombia

Dipinjamkan
  • Syazwan Andik, 26 tahun, Malaysia (jersey no : 60) ➤ Sri Pahang F.C
  • Azrif Nasrulhaq, 31 tahun, Malaysia (jersey no : 20) ➤ Sri Pahang F.C
  • Safawi Rasid, 25 tahun, Malaysia (jersey no : 11) ➤ Ratchaburi F.C
  • Mohd Izham Tarmizi, 31 tahun, Malaysia ➤ Sri Pahang F.C
  • Moussa Sidibe, 28 tahun, Mali [Spain] ➤ Ratchaburi F.C
  • Liridon Krasniqi, 30 tahun, Malaysia ➤ Khon Kaen United
  • Fadhli Mohd Shas, 31 tahun, Malaysia ➤ Sri Pahang F.C
  • Daniel Ting, 30 tahun, Malaysia [England] (jersey no : 33) ➤ Sabah F.C

Tags:

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment