Jadual MFL (Malaysia Football League) Musim 2023

Tarikh Liga Super 2023 bermula pada 24 Februari 2023. Juara Liga Super Malaysia 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Liga Malaysia menentang Naib Juara Liga Super 2022, Terengganu FC dalam Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang berlansung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Piala sumbangsih adalah perlawanan pertama Liga Super. Saingan Liga Malaysia 2023 menawarkan enam trofi kejuaraan yang menjadi rebutan musim ini iaitu :
  1. Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah)
  2. Liga Super
  3. Piala FA
  4. Piala Malaysia
  5. MFL Challenge Cup
  6. Piala MFL (Liga Simpanan B-23)
Berikut jadual/ kalendar MFL Musim 2023.

Kalendar MFL (Malaysia Football League) Musim 2023

Kalendar MFL Musim 2023
sumber : MFL

Piala Sumbangsih
Tarikh perlawanan : 24 Februari 2023
Venue : Stadium Sultan Ibrahim

Liga Super
24 Februari 2023 - 17 Disember 2023
Piala sumbangsih adalah perlawanan pertama Liga Super

Piala MFL (Reserve League)
2 Mac 2023 - 5 November 2023

Piala FA
Mac 2023 - Julai 2023

Piala Malaysia
Ogos 2023 - Disember 2023

Challenge Cup
September 2023 - Disember 2023

Piala MFL, pertandingan Liga Simpanan adalah Piala yang diadakan buat kali pertama dalam Penstrukturan baharu Liga Malaysia bermula tahun ini. MFL Challenge Cup dipertandingkan semula selepas tiga tahun sejak mula dianjurkan pada tahun 2018 dan 2019.

Saingan Piala MFL akan disertai skuad bawah 23 tahun daripada kelab Liga Super serta satu pasukan daripada Skuad Projek FAM-MSN.

Senarai 14 kelab dalam saingan Liga Super 2023

  • Johor Darul Ta’zim (JDT)
  • Terengganu FC
  • Sabah FC
  • Negeri Sembilan FC
  • Selangor FC
  • Kuala Lumpur City FC
  • Sri Pahang FC
  • Kedah Darul Aman FC
  • Penang FC
  • Kelantan FC
  • Kuching City FC
  • Kelantan United FC
  • PDRM FC
  • Perak FC

2 comments:

  1. perghhhh dlm bulan puasa main piala FA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya begitulah..maybe main pukul 10 kot sebab musim ni ada 3 waktu sepak mula.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.