Belajar Kira-Kira Duit Melalui Games Online Untuk Kanak-Kanak. Percuma Je!

Belajar kira-kira (mengira) ni satu kemahiran penting dalam aspek kehidupan kita selain belajar membaca. Sebab itu pentingnya subjek matematik di sekolah untuk kita aplikasi kan dalam kehidupan seharian.

Bayangkanlah tak tahu mengira, macamana kita nak uruskan kehidupan seharian dengan buat pembelian dan uruskan kewangan setiap hari. Walaupun tak minat matematik, tetap juga kena belajar kira-kira untuk masa depan. Dari kanak-kanak lah kena belajar mengira supaya faham macamana nak kira dan nak uruskan kewangan untuk masa depan.

Budak zaman sekarang beruntung sebab banyak cara untuk belajar kira-kira. Kalau kita dulu hanya belajar melalui cikgu disekolah atau tunjuk ajar dari mak ayah, kakak atau abang di rumah. Sekarang ni lebih seronok belajar kira-kira sebab ada banyak pilihan games kira-kira duit online percuma.

Kiranya dengan adanya games online percuma ni dapat menarik minat anak-anak belajar kira-kira duit dengan lebih seronok. Contohnya dalam membeli barangan, belajar menguruskan perniagaan dan sebagainya.

Dulu zaman kanak-kanak selalu kena suruh pergi kedai kan. Kena tahu mengira juga jangan sampai kena tipu dengan tokey kedai. Kadang ada kedai ni suka menipu budak-budak. Contohnya gula-gula seposen dia jual sampai harga 50 sen. Macam tu lah.

Sama juga macam beli makanan di kantin. Kadang-kadang bagi duit tapi tak dapat bakinya. Sebab itu pentingnya belajar kira-kira duit ni untuk dipratikkan setiap hari.

Permainan juruwang barang runcit (Grocery Cashier)

Salah satu games untuk kira duit bayaran dan baki boleh cuba main permainan juruwang barang runcit. Dari situ anak-anak boleh belajar cara sistem jual beli. Boleh belajar macamana nak kira jumlah harga barangan yang dibeli dan pulangan baki yang sepatutnya.

Menarik juga game ni, sambil belajar kira-kira boleh faham sistem jual beli. Lepas bayar baru dapat barang. Tak ada duit, tak adalah barangnya. Lagi satu, anak-anak boleh belajar guna jumlah duit kertas dan duit syiling yang betul. 

Belajar Kira-Kira Duit Melalui Games Online

Selagi tak masukkan amount bayaran yang betul, dia tak akan teruskan pembayaran. Dah selesai urusan jual beli, barulah dapat points. 

Untuk anak-anak yang suka main jual beli macam berniaga buka kedai makanan tu, ada banyak juga pilihan permainan perniagaan yang ada. Kadang buka budak-budak je suka, kita pun ikut ralit main games online ni.

Permainan Kedai Coklat, cara menguruskan perniagaan

Permainan Kedai Coklat (Games Chocolate Shop) ni ala-ala game Diner Dash yang pernah popular satu masa dulu. Seronok main game macam ni. Mengajar cara uruskan kedai macamana. Level awal-awal tu mudahlah. Bila kedai sibuk ramai pelanggan, tak cukup tangan nak layan tempahan masuk

Belajar Kira-Kira Duit Melalui Games Online

Agak mencabar ketangkasan dan kesabaran juga. Mengajar kita untuk buat kerja dengan lebih sistematik dan cepat. Bukan mudah ye nak buat pelanggan puas hati. Tersilap langkah, boleh lingkup kedai dibuatnya.

Secara tak lansung dari game ni dapat kemahiran berfikir dan bertindak dengan cepat untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

Menarik games online percuma yang boleh membantu anak-anak dalam belajar kira-kira duit untuk dipratikkan dalam kehidupan harian dan juga kegunaan untuk masa depan. Ilmu kena ada. Tak minat kira-kira matematik boleh mulakan dengan permainan games yang menyeronokkan.

Mana tahu timbul minat, esok esok jadi usahawan berjaya pandai menguruskan kewangan dan perniagaan dengan baik kalau berniaga lah. Salah satu aktiviti permainan matematik yang menarik, sambil main game sambil belajar.

Banyak lagi pilihan game belajar untuk kanak-kanak yang menarik secara online percuma je. Pilih ikut tahap kesukaran dan ibubapa kenalah pantau juga untuk kenalpasti tahap kebolehan mengira dan kemahiran anak-anak.

4 comments:

  1. Menarik, boleh suruh anak-anak saya cuba nanti :D

    ReplyDelete
  2. baca entry ni sy terus teringat kawan ms form 2 dulu. dia cakap, adik bongsu dia lemah maths. tp part mengira duit, dialah champion hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah tengok tengok games yang best dan mudah belajar maths :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.