Telefilem Cenduai (Awesome TV)

Tonton Telefilem Cenduai, telemovie seram lakonan Syazwan Zulkifly dan Wafariena Roslan bersiaran pada hari Ahad, 15 Januari 2023 pukul 9:00 malam di Slot Ohsem Tele saluran Awesome TV, Saluran Astro (123) / MyTV (112). 

Cenduai, kisah tentang amalan khurafat penggunaan minyak pengasih yang masih berlaku dalam masyarakat Melayu khususnya. Selain minyak dagu, minyak cenduai juga minyak pengasih yang sememangnya bercanggah dengan ajaran Islam.

TELEFILEM/ TELEMOVIE CENDUAI

Waktu siaran : Ahad, 15 Januari 2023, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Awesome TV, Saluran Astro (123) / MyTV (112)
Penulis skrip : Noy Ibrahim
Penulis skrip : Noy Ibrahim
Pengarah : Dato’ Jurey Latiff Rosli
Produksi : Million Works Media Sdn. Bhd.

tonton telefilem cenduai full movie awesome tv

PELAKON DAN WATAK

  • Syazwan Zulkifly sebagai Chalit @ Raimi
  • Wafariena Roslan sebagai Detektif Lia
  • Nor Azifah Abidin sebagai Bidan Esah
  • Jaja Iliyes sebagai Inang
  • Fathil Dani sebagai Wak Kandar
  • Aizad Rosli sebagai Uda

SINOPSIS TELEFILEM CENDUAI

Kisah tentang seorang pemuda bernama Chalit (Syazwan Zulkifly) yang dilahirkan dengan fizikal serta wajah cacat. Kecacatan yang dipercayai berpunca daripada sumpahan ke atas keturunan ibunya sejak berkurun lamanya. 

Bidan Esah yang menyambut kelahiran Chalit juga telah diugut supaya merahsiakan keadaan tersebut. Kelahiran Chalit juga turut menjadi punca keretakkan rumahtangga ibu bapanya. Malah, Chalit juga hampir dibunuh bapa kandungnya sendiri yang percaya Chalit dilahirkan bersama Qarin jahat namun telah diselamatkan oleh ibunya.

Bapanya kemudian menghilangkan diri. Chalit dikurung di ruang sempit bawah rumah sepanjang tumbesaran sehingga umurnya mencecah belasan tahun. Pengamatannya terhadap dunia luar hanyalah melalui celahan papan tempat kurungan.

Setelah meningkat dewasa, Chalit telah diserahkan kepada Wak Kandar untuk dipelihara. Sejak itu, Chalit juga mula membantu Wak Kandar menggali kubur. 

Suatu hari, dia telah terdengar bisikan Qarin yang mahu “membantu” Chalit untuk keluar daripada kesengsaraannya dengan cara mendapatkan dan menggunakan minyak dagu daripada mayat gadis sunti. 

Semenjak menggunakan minyak tersebut, wajah Chalit bertukar menjadi kacak dan kini lebih dikenali sebagai Raimi. Demi mengekalkan ketampanan wajahnya, Raimi menjadi obses dalam memburu gadis sunti untuk mendapatkan minyak dagu.

8 comments:

  1. baru smalam la ni tayang.. nnti nak tngok.

    ReplyDelete
  2. Takutnya kan kalau terkena benda2 macam tu. Moga dijauhkan. Moga cerita ni beri pengajaran.

    ReplyDelete
  3. cam seram.. Semoga menjadi pengajaran.. Dijauhkanlah hendaknya kejadian-kejadian seperti ini..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Bila terdengar bisikan. Mulalah perangai jahat keluar..ish ish ish

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.