Telefilem Calon Syurga (TV9)

Tonton Telefilem Calon Syurga Cerekarama TV3 ulang siaran pada hari Isnin, 30 Januari 2023, pukul 8:30 malam di Slot Skrin di 9 TV9. Telefilem Calon Syurga dibintangi pelakon hebat Shukri Yahaya, Norlia Ghani, Jalil Hamid, Nazrief Nazri, Octovia Manrose dan ramai lagi.

TELEFILEM CALON SYURGA

Waktu siaran : Sabtu, 11 Jun 2016, 10.00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Skrip : Rashbir Media Sdn. Bhd.
Pengarah : Rashid Sibir

tonton telefilem calon syurga full movie tv9 online

PELAKON DAN WATAKA

  • Shukri Yahaya sebagai Aliff
  • Norlia Ghani sebagai Mak Tom (Mak Aliff)
  • Jalil Hamid sebagai Pak Abu (Bapak Aliff)
  • Nazrief Nazri sebagai Ali
  • Octovia Manrose sebagai Dina
  • Adam Shahz sebagai Mail

SINOPSIS TELEFILEM CALON SYURGA

Kisah tentang Aliff (Shukri Yahaya), seorang remaja yang degil dan sukar untuk mendengar nasihat ibu bapanya, Mak Tom (Norlia Ghani) & Pak Abu (Jalil Hamid). Suatu hari, Aliff tidak pulang ke rumah untuk beberapa hari kerana bergaduh dengan Mak Tom. 

Setelah pulang, Aliff terkejut apabila melihat Mak Tom sudah tidak mampu bergerak banyak kerana diserang angin ahmar. Namun, hati Aliff terbuka apabila melihat Mak Tom masih menyediakan keperluan rumahtangga seperti memasak dan sebagainya. 

Aliff mula berubah menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya sehinggalah muncul Dina (Octovia Manrose), teman wanitanya yang mula cemburu dan benci akan tindakan Aliff yang masih mahu menjaga ibunya yang cacat.

Dina mengugut untuk putus hubungan sekiranya Aliff masih tetap menjaga Mak Tom yang cacat. Aliff memilih untuk mencium bau syurga dengan menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.