Drama Bukan Lelaki Terhebat (TV3)

Drama Bukan Lelaki Terhebat episode 1 lakonan Adam Lee, Sweet Qismina, Halaim Radzi dan Anies Hann mula bersiaran pada hari Khamis, 26 Januari 2023 pukul 10:00 di slot Samarinda TV3. 

Drama Bukan Lelaki Terhebat, drama melayu bersiri 15 episod adaptasi novel 'Bukan Lelaki Terhebat' karya Dilla Ahmad bakal terbitan Orangetree Production diarahkan oleh Eoon Shuhaini. 

DRAMA BUKAN LELAKI TERHEBAT

Jumlah episod : 15
Mula siaran : 26 Januari 2023
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, pukul 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

drama bukan lelaki terhebat tv3 online

PELAKON DAN WATAK

  • Adam Lee sebagai Jaden Haqeef
  • Sweet Qismina sebagai Seri Dhia
  • Halim Radzi sebagai Doktor Iqram
  • Omar Abdullah sebagai Pak Samad
  • Anies Hann/ Anies Hannani sebagai Ariana
  • Ameerul Asyraf sebagai Andi
  • Arash Mohd sebagai Tuan Amirul
  • Puteri Balqis sebagai Zalikha
  • Rashidah Jaafar
  • Hasnul Rahmat
  • Harissa Adlynn
  • Zalfa Zin
  • Zarina Zainuddin
  • Sham Visa

SINOPSIS DRAMA BUKAN LELAKI TERHEBAT

Jaden adalah pengawal peribadi yang telah jatuh cinta dengan Ariana, perempuan simpanan majikannya. Mereka bercadang untuk kahwin lari tetapi dihidu oleh majikan Jaden yang kini ingin membunuhnya. 

Nasib menyebelahi Jaden apabila Seri Dhia muncul untuk selamatkannya. Mereka mula jatuh cinta tetapi keadaan menjadi rumit apabila Ariana mendapat tahu yang Jaden masih hidup.

SINOPSIS NOVEL BUKAN LELAKI TERHEBAT

Bermain cinta dengan perempuan simpanan bos memang sesuatu yang sangat gila! Atas kesalahan itu, dia dibelasah teruk dan dibiarkan separuh nyawa di dalam kebun getah. Dan takdir membawa Jaden dipertemukan dengan Tok Ayah dan Seri Dhia.

“Lelaki hebat? Ada ke spesis lelaki macam itu zaman sekarang ni? Tak pernah pula saya jumpa lelaki hebat selain tok ayah saya. ~ Seri Dhia

“Nak tahu aku lelaki hebat atau tidak, kau nak cuba dengan aku?” ~ Jaden

Sukar untuk Jaden menjadi lelaki yang hebat di mata Seri Dhia, kalau Iqram saja yang menjadi perhatian gadis itu. Apatah lagi dengan kekurangannya dalam memahami ilmu agama. Tapi demi memiliki Seri, juga kerana janji kepada Tok Ayah untuk menikahi gadis itu, Jaden sanggup mencalar kepercayaan dan maruah Seri.

“Apa salah saya sampai awak buat saya macam ni, Jaden?” ~ Seri Dhia

“Kau buat aku merasa sesuatu. Sesuatu yang bagi aku, kalau aku lepaskan... aku tidak akan merasainya lagi. Aku cintakan kau, Dhia.” ~ Jaden

Cinta mereka diuji saat kisah silam Jaden terbongkar.

Masihkah ada cinta buat Jaden di hati Seri saat dia mengetahui sisi gelap seorang Jaden Haqeef?
Bagaimana pula dengan Ariana dan Iqram, dua orang yang terus menagih cinta Jaden dan Seri?

6 comments:

  1. menarik. suka gandingan pasangan suami isteri muda ni

    ReplyDelete
  2. nak tgk keserasian suami isteri ni berlakon.. so far qismina mmg okay je belakondgn sesapa. membesar tgk lakonan dia. can't hardly wait

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serasi bersama sebab dah banyak lakonan drama dorang berdua hero dan heroin. hehe..Selamat menonton :)

      Delete
  3. Replies
    1. Tak pasti pula masa ni shooting sebelum atau selepas kahwin.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.