Siaran Lansung Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AISHM) Dan Keputusan Pemenang

Tonton malam kemuncak Siaran Lansung Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AISHM) pada hari Ahad 8 Januari 2023 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi saluran TV9, Astro 149, myFreeview 109 dan Tonton secara online. 

Anugerah Ikon Sukan Harian Metro dihoskan oleh Fahrin Ahmad bergandingan dengan Che Puan Sarimah Ibrahim. Manakala hos karpet merah pula akan dihoskan oleh Hanif Miswan dan Marsila Hassan. 

Nantikan penampilan para atlet negara dan persembahan oleh artis-artis popular di Malam Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AISHM). Acara laluan Karpet Merah bermula  pada pukul 7:50 malam.

Lagu Tema Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AISHM)

Persembahan pembuka dari Hariz Fayahet dan Bunga tampil dengan single baharu yang menyuntik semangat pendengar berjudul "Kita Juara' yang menjadi lagu tema Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro.

Lagu itu akan dipersembahkan pada malam kemuncak AIS yang akan disiarkan secara langsung di TV9 pada 8 Januari ini mulai jam 8.30 malam

Antara artis-artis yang akan membuat persembahan ialah Dolla ft Fariha Razak (Bad), Aina Abdul (Gemilang), Akim Ahmad ft Amir Masdi (Mentera Semerah Padi) dan ramai lagi. 

Selain itu, persembahan sketsa akan dipersembahkan oleh Atu Zero, Salman, Ropi, Noorkhiriah, Hafiz Hashim dan persembahan silat oleh Al Jufferi Jamari.

ANUGERAH IKON SUKAN HARIAN METRO (AISHM)

Waktu siaran : Ahad, 8 Januari 2023
Siaran TV : TV9, Astro 149, myFreeview 109 dan Tonton
Hos : Fahrin Ahmad dan Che Puan Sarimah Ibrahim

anugerah ikon sukan harian metro dan keputusan pemenang

Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AISHM)

Anugerah Ikon Sukan (AIS) dianjurkan oleh Harian Metro buat julung kalinya sebagai pengiktirafan kepada atlet-atlet, paralimpik dan penggiat-penggiat industri sukan, termasuk kelab dan persatuan sukan atas kejayaan dan kecemerlangan mereka dalam kejohanan di dalam negara dan juga antarabangsa.

Penganjuran AIS juga bertujuan untuk menyemai budaya sukan yang sihat dan berdaya saing di kalangan rakyat Malaysia, di samping menyuntik semangat dan sokongan rakyat terhadap ikon-ikon sukan negara, sekaligus bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan industri sukan negara terus berdiri kukuh dan melakar kejayaan yang lebih gemilang.

Sebanyak lapan (8) kategori akan dipertandingkan iaitu
  1. Anugerah Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru
  2. Anugerah Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru
  3. Anugerah Ikon Sukan Paralimpik
  4. Anugerah Ikon Sukan Jurulatih
  5. Anugerah Ikon Sukan Persatuan/Kelab
  6. Anugerah Ikon Sukan Kepimpinan
  7. Anugerah Ikon Sukan Harapan
  8. Anugerah Ikon Sukan Personaliti/Pempengaruh
Pemilihan pemenang bagi setiap kategori berdasarkan penilaian daripada juri profesional dan undian yang dilakukan oleh pembaca melalui akhbar Harian Metro dan atas talian (online). 

Harian Metro bakal menjadi penerbitan media tempatan pertama yang memperkenalkan anugerah yang melibatkan undian pilihan pembaca untuk industri sukan. 

Calon yang mendapat jumlah markah dan undian keseluruhan yang tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang utama untuk Anugerah Sukan Terbaik.

Pemenang lapan kategori akan menerima sebuah trofi, wang tunai RM5,000 dan langganan e-paper Harian Metro selama setahun.

Pemenang Anugerah Ikon Sukan Terbaik akan membawa pulang sebuah trofi, langganan e-paper Harian Metro selama setahun dan sebuah kereta elektrik jenama Appollen A1 (hatchback 5 pintu) bernilai RM136,000.

AIS turut memberi penghormatan kepada atlet yang akan menerima trofi Anugerah Ikon Sukan Legenda.
hmetro

Calon Dan Keputusan pemenang Anugerah Ikon Sukan Harian Metro

— Anugerah disampaikan oleh Datuk Leong Mun Yee dan Merqeen

Anugerah Ikon Sukan Personaliti/Pempengaruh
  • Lee Zii Jia (Badminton)
  • Badhri Radzi (Bola sepak)
  • Hafizh Syahrin (Permotoran)
  • Datuk Lee Chong Wei (Badminton)
  • Datuk Azizulhasni Awang (Berbasikal) –Pemenang

Anugerah Ikon Sukan Jurulatih
  • Poad Kassim (Olahraga)
  • Manshahar Abdul Jalil (Olahraga)
  • Nafuzi Zain (bola sepak)
  • Rexy Mainaki (Badminton)
  • Datuk Misbun Sidek (Badminton) – Pemenang

— Anugerah disampaikan oleh Intan Serah dan Siti Khadijah Halim

Anugerah Ikon Sukan Persatuan/Kelab
  • Johor Darul Ta'zim (JDT) –Pemenang
  • Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
  • Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
  • Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)
  • Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM)

Anugerah Ikon Sukan Kepimpinan
  • Datuk Hamidin Mohd Amin (Persatuan Bola Sepak Malaysia-FAM) –Pemenang
  • Ahmad Faedzal Md Ramli (Institut Sukan Negara-ISN)
  • Datuk Nur Azmi Ahmad (Ketua Kontinjen Ke Sukan Sea Hanoi 2022)
  • Datuk Abu Samah Ad Wahab (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia-PBKM)
  • Stuart Ramalingam (Liga Bola Sepak Malaysia-MFL)

— Anugerah disampaikan oleh Goh Liu Ying dan Nadhir Nasar

Anugerah Ikon Sukan Harapan
  • Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin (Menembak) –Pemenang
  • Ng Tze Yong (Badminton)
  • Hakim Danish (Permotoran)
  • Khiew Hoe Yean (Renang)
  • Arif Aiman Hanafi (Bola sepak)

Anugerah Ikon Sukan Paralimpik
  • Cheah Liek Hou (Badminton) –Pemenang
  • Datuk Abdul Latif Romly (Olahraga)
  • Bonnie Bunyau Gustin (Powerlifting)
  • Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (Renang)
  • Nur Jannaton Abdul Jalil (Memanah)

— Anugerah disampaikan oleh Welson Sim dan Marsha Milan Londoh

Anugerah Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru
  • Lee Zii Jia (Pemain badminton)
  • Arif Aiman Hanapi (Pemain bola sepak)
  • Aaron Chia-Soh Wooi Yik (Beregu badminton)
  • Al Jufferi Jamari (Silat) –Pemenang
  • Muhammad Azeem Fahmi (Olahraga)
Anugerah Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru
  • Pearly Tan- M Thinaah (Badminton)
  • Tahiira Najmunisaa Muhd Zaid (Duathlon)
  • Intan Serah Zulgafli (Futsal)
  • Nur Dhabitah Sabri (terjun) –Pemenang

Pemenang Anugerah Ikon Sukan Lagenda
  • Shalin Zulkifli (Boling)

— Anugerah disampaikan oleh Safee Sali dan Erra Fazira
Pemenang Anugerah Ikon Sukan Terbaik
  • Al Jufferi Jamari (Silat)

2 comments:

  1. syg nya berlangsung mlm td. tak dpt nak tgk sbb gosok baju utk semggu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh..jenuh tu gosok untuk seminggu. Boleh tengok online je sambil gosok baju :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.