Drama Projek High Council (Astro Ria)

Drama Projek High Council, sebuah drama siri premium Astro Originals. Tonton Projek High Council episode 1 secara strim di Astro On Demand atau Astro GO bermula pada  14 Januari 2023 setiap Sabtu dan saluran 104 Astro Ria mulai 23 Januari 2023, setiap Isnin pukul 9.00 malam. 

Projek High Council dibarisi pelakon -pelakon hebat serta pelakon baru seperti Nadhir Nasar, Daiyan Trisha, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Shasha Abedul, Mierul Aiman, Azhar Sulaiman, Sazzy Falak, Hasnul Rahmat, Aida Aris dan ramai lagi.

Drama Projek High Council 10 episod merupakan sebuah kisah fiksyen yang dinspirasikan daripada kisah benar yang pernah terjadi di sekolah Malaysia. Projek High Council mengetengahkan isu yang pernah menggemparkan negara iaitu kemunculan kumpulan gengsterism di kalangan pelajar sekolah berasrama penuh.

Secara tidak lansung membawa penonton menyelami permasalahan dalam kalangan remaja yang tinggal di asrama bukan hanya segi luaran sahaja tetapi juga dari sudut emosi dalaman remaja yang berdepan dengan kepincangan sistem kekeluargaan, konflik serta isu seperti buli, psikologi dan pengaruh rakan sebaya di sekolah.

High Council menekankan jalan cerita yang lebih kasar dan matang tentang kehidupan pelajar di sebuah asrama selain memahami erti sebenar di sebalik menjadi seorang lelaki sejati.

DRAMA PROJEK HIGH COUNCIL

Jumlah episod : 10
Penulis skrip : Anwari Ashraf
Pengarah : Anwari Ashraf & Zulaikha Zakaria
Produksi : Pasal Productions Sdn. Bhd.

Siaran TV : On Demand/ Astro Go
Mula siaran : 14 Januari 2023
Waktu siaran : Setiap Sabtu

Siaran TV : Astro Ria (CH104)
Mula siaran : 23 Januari 2023

drama projek high council astro originals online

PELAKON DAN WATAK

  • Nadhir Nasar sebagai Naim
  • Daiyan Trisha sebagai Mia
  • Mierul Aiman sebagai Fakhri
  • Amir Ahnaf sebagai Kahar
  • Yusof Hashim sebagai Amerr
  • Fazziq Muqris sebagai Zahrin
  • Sathisvaran M Magesvaran sebagai Prakash
  • Fadhli Masoot sebagai Hakeem
  • Hazeeq Dean sebagai Ariz
  • Ben Tan sebagai Mr. Sin
  • Naim Daniel
  • Kahoe Han
  • Shasha Abedul
  • Ameer Asyraf
  • Yusof Hashim
  • Nik Rifaie
  • Fikri Azmy
  • Azhar Sulaiman
  • Sazzy Falak
  • Hasnul Rahmat
  • Aida Aris
  • Edika Yusof
  • Muzayyin Mahyuddin

SINOPSIS DRAMA PROJEK HIGH COUNCIL

Demi niat untuk berubah pada usia 15 tahun, Fakhri laitu seorang pelajar yang bijak tetapi sering terlibat dalam pergaduhan, telah diterima untuk memasuki sebuah sekolah asrama lelaki berprestij tinggi iaitu Kolej Ungku Dramat (KUDRAT).

Namun, apabila Fakhri merungkai rahsia di sebalik tradisi sekolah tersebut, secara tidak langsung telah menjadikan dia sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin memanjat hierarki High Council. 

Nekad untuk menghentikan segala ketidakadilan dan salah guna kuasa yang berlaku di kalangan pelajar, Fakhri memasuki gelanggang 'plihanraya', pertandingan yang dilangsungkan secara sulit untuk menentukan 'kepala' di sekolah tersebut. 

Walaupun dia tahu pilihannya itu bakal berhadapan dengan sesuatu yang terlalu sukar buatnya, berjayakah Fahkri merebut takhta menjadi 'kepala'? 

Apakah yang kesukaran yang bakal dia depani demi mencapai matlamatnya?


6 comments:

  1. Replies
    1. Kisah yang menarik inspirasi dari kisah benar yang berlaku. Boleh tengok nanti :)

      Delete
  2. menarik juga jalan cerita dia tu ada pengajaran yg boleh dicedok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, cerita menarik ada perkara baik yang boleh dicedok.

      Delete
  3. mcm best ja.. tp kalau yg ber episod ni busyra susah nak konsisten.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau trending baru layan..hihi...marathon terus cepat habis.hehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.