Telefilem Gangguan Psiko Stalker

Tuesday, November 10, 2020

Dahlah psiko! Lepas tu jadi stalker pula. Siapa yang tak seram bila ada psiko stalker muncul. Rasa tak senang hati dibuatnya. Sabtu, 26 September 2020 haritu ada tayangan Telefilem 'Gangguan Psiko Stalker' adaptasi novel Ganggu karya Ayumi Syafiqah.

Telefilem Gangguan Psiko ni ditayangkan di Astro Citra dan Citra HD, pukul 9malam. Yang tak berkesempatan tengok, boleh tonton online.

Lakonan pertama Shalma Eliana (adik kepada Shalma Aina) dan bergandingan dengan Ismail Izzani sebelum drama Lelaki Lingkungan Cinta. Semakin laris bakat mereka berdua ni. 

Gangguan Psiko Stalker

Telefilem : Gangguan Psiko Stalker
Waktu Siaran : 26 September 2020 (Sabtu), jam 9 malam
Siaran TV : Astro Citra dan Citra HD
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Rahim Zali
Penerbit : Dear Creative Media

Pelakon Telefilem Psiko Stalker

Shalma Eliana
Ismail Izzani
Zarul Umbrella
Ziana Zain
Wafariena Roslan
Kufrida
Akmal Ahmad
Fiza Halim
Ameerul Asyraf

Sinopsis Gangguan Psiko Stalker

Mikayla menghadapi tekanan yang sangat hebat setelah satu demi satu ahli keluarga dan sahabatnya mati di depan matanya. Z sentiasa ada untuk menghapuskan mereka yang bersifat jahat kepada Mikayla.

Dua tahun lalu, Mikayla hilang seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya. Mereka semua mati di tangan seorang pembunuh bersiri bernama Z. Setiap gangguan telefon daripada Z pasti akan berakhir dengan kematian.

Kata Z, dia lakukan semua itu untuk Mikayla. Mereka semua penipu. Mereka semua tidak pernah peduli tentang Mikayla, kecuali dia.

Dua tahun kemudian, Mikayla akhirnya meninggalkan pusat rawatan psikiatri dengan satu misi, untuk menyiasat siapa sebenarnya Z. Z masih dan terus mengganggunya dengan pelbagai gangguan sehinggakan rahsia yang selama ini disimpan kukuh oleh kedua-dua orang tuanya mula tersingkap.

Ketika dia sedar siapa sebenarnya Z, sanggupkah dia tinggalkan kehidupannya demi lelaki itu?


11 comments

  1. seram wei bila satu persatu ahli keluarga mati ...

    ReplyDelete
  2. Poster dah memang nampak psiko hehe..

    Fizah, akak nak alamat fizah. emelkan ke syaznirahim@gmail.com ye, ada hadiah nak bagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus kena dengan tema gitu.
      Okay kak syaz. done email :)
      Terima kasih

      Delete
  3. Menarik jalan cerita ni. Boleh layan nanti ni. Tapi kalau berlaku dalam realiti, seram wehhh!

    ReplyDelete
  4. alamak, macam betul2 seram aje ni..tak tau la berani tengok ke tak...hahahah

    ReplyDelete
  5. Dah terlepassss haritu tak tengok sebab g bercuti.... Nanti nak cari balik... nampak iklan macam best masa tuuuu... Haaa.. tgk entri ni, baru teringat semulaaaaaa..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.