Nasi Beriani Kari Daging Mudah Rupanya Nak Masak. Sedap Pulak Tu!

Tuesday, November 10, 2020

Dua tiga hari ni kejap hujan kejap berhenti. Semalam sempat rasa panas sekejap. Mendung tu dah tentulah. Hari ni pagi hujan sekejap, tengahari ni panas semula. Cuaca tak menentu, kesihatan pun terikut sekali.

Hari ni dalam kemalasan ada juga kerajinan sikit nak masak nasi beriani kari daging. Teringin nak makan gara-gara tengok resipi Kak Dana tu lah. Tergoda tengok masakan dia. Semalam husband balik dah siap senaraikan barang nak di beli.

Tapi... daun ketumbar tak ada!

Tak ada takpe kata Kak Dana dalam resipi tu. Okay, dengan menggunakan kuasa campak mencampak. Siaplah nasi kari daring. Mudah rupanya nak masak ye. Campak-campak dalam periuk lepas tu on suis dan tunggu masak je lah.

Nasi Beriani Kari Daging Mudah

Fiza punya nasi beriani kurang menyerlah sikit tang warna dia. Guna kari daging tin saiz kecil je macam tin tuna tu. Tak jumpa brand adabi tu. Terlajak laris sangat ke camne? 

Nasi pun guna beras herba faiza je sebab malas nak membeli beras lain. Kalau guna beras basmathi lagi sedap ni. 

Untuk resepi penuh nasi beriani kari daging bergambar, boleh rujuk resipi nasi kari daging adabi masak cara Kak Dana.  Fiza pun resipi kak dana, cuma sukatan berbeza sebab Fiza masak tak banyak. Fiza guna kaedah 'agak-agak' je. 

Acar nanas tu Fiza campurkan nanas, timun, carrot, hirisan bawang, hirisan cili merah, garam sikit, gula sikit dan biji sawi. Tiba-tiba biji sawi sesat. Padahal tak tumis pun. Kah! Hentam sajalah labuuuu..sendiri yang makan pun.

Alhamdulillah. Tercapai lah hasrat nak makan nasi beriani. Nak membeli tempat favourite tak ada delivery pula. Foodpanda dengan grabfood banyak pilihan kedai mamak je. Dah lah bukan penggemar kedai mamak. Jadi, nak tak nak rajin tak rajin kita masak sendiri je lah. 

Puas hati sekarang? Of course! Terima kasih kak dana share resipi. Lepas ni cuba buat nasi kari ayam pula sebab kamiorang bukan penggemar daging. Lupa bukan penggemar daging, dah tu pergi beli kari daging buat apa? 

Bukan penggemar je. Tapi boleh je makan sesekali. Daging ni biasanya setahun sekali je makan. Itupun masa raya. hihi..

Kalau kau orang teringin nak makan nasi beriani tu boleh lah jengah tengok resipi Kak Dana tu. Paling mudah siap bergambar lagi tu. Selamat mencuba!



18 comments

  1. tgk gmbr cantik pon rasa beriani sedap., ;p

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi buat sendiri nasi beriani..hihi

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap, Fiza. Pandai Fiza ambil gambar. :)

    ReplyDelete
  4. Pernah masak cara begini, tapi nak cari juga brand adabi. Orang kata brand adabi sedap. Banyak kali cari di kedai, belum jumpa-jumpa lagi.

    ReplyDelete
  5. Nampak mcm satu kombinasi yang harmoni dan menyelerakan..

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap!! Nanti ada kesempatan Cik TK cuba!

    ReplyDelete
  7. sedapnyeee haa...nampak kat IG semalam...terus terliurrr

    ReplyDelete
  8. Warna x penting, yang penting adalah rasanyaaa.. hehe... Rajin behtul kak membuatnyaaa... T

    ReplyDelete
  9. wah.. dah cuba.. Kari kambing adabi tu dekat shopee ada Fiza tapi mahal sikitlah harganya.. Baru berjaya beli pagi tadi.. huhuhu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.