Misteri Ketukan Pintu Rumah DiTengah Malam

Sunday, November 22, 2020

Selamat berhujung minggu. Baru baru ni satu kisah misteri viral. Misteri ketukan pintu rumah dari pukul 11-3pagi di sabak bernam. Ada ketukan slow, ada ketukan kuat macam nak roboh pintu dibuatnya. Yang membuatkan ianya bertambah misteri bila pintu dibuka tak ada orang. Seram tak?

Misteri Ketukan Pintu Rumah DiTengah Malam
Gambar sekadar hiasan ihsan dari pakcik google


Beberapa kampung telah diganggu dengan ketukan misteri tu. Dari kampung ke kampung dia kacau seperti yang telah viral. Fiza pun bertanyakan pada anak buah yang duduk sana. Dia pun cakap dia baru je kena semalam masa tidur rumah embah (atok). Tapi dia malas nak layan, tutup telinga dengan bantal katanya.

Tapi dia ketuk slow je katanya. Kawan kawan dia siap rakam lagi ketukan yang mengganggu rumah mereka. Heyyy seram tahu tak!

Pelbagai andaian lah yang orang kampung buat. Ada yang kata saka mencari tuan baru sebab tuannya meninggal. Sebab benda ni pernah berlaku di kampung dia dulu, salah satu komen yang Fiza baca di facebook page I love Kuala Selangor.

Ada juga yang kata cik pon. Ada juga yang kongsikan gambar cik pon samar samar dalam gelap. Kononnya dia nampak cik pon lepas buka pintu tu. Seram betul! Berani ye buka pintu. Ada juga yang pesan jangan buka pintu. 

Kalau buka pintu maksudnya kita mengizinkan ‘benda’ tu masuk rumah dan kita bakal jadi tuan baru dia. Meremang oiii dengar cerita macam ni.

Andai kata kerja budak budak nakal, memang tak patutlah kacau orang macam tu kan. Buat orang takut je. Lagi lagi orang kampung yang dah berusia tu duduk sorang sorang. Risau juga kalau ini taktik manusia yang nak buat jahat untuk merompak. 

نعوذ بالله من ذلك



Dengan kes covid-19 yang semakin merisaukan buat orang stress, tambah lagi dengan cerita misteri yang menyeramkan ni. Lagi bertambah takut dan stress dibuatnya. Selepas kampung, menganggu taman-taman pula. Banyak aduan polis telah dibuat.

Polis pun dah ambil tindakan dengan membuat ronda secara kerap. Siapa je yang tak seram bila dengar ketukan misteri pintu rumah. Semoga Allah lindungi kita semua. Aaminnn...

Berita misteri ketukan pintu rumah : https://www.sinarharian.com.my/article/111096/EDISI/Selangor-KL/Misteri-ketukan-pintu-hantui-penduduk


14 comments

  1. takutnya :( , ish kalau budak nakal kejam betul saja takutkan hahaha .

    tapi betul , banyak benda pelik jadi masa pandemic

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau budak nakal, memang saja cari pasal lah kan.

      Betul tu, banyak benda berlaku dalam masa pandemik ni.

      Delete
  2. Cuma harap budak-budak nakal yang buat sebab bosan tidak boleh keluar berjalan sangat.
    Tapi sejenis kegigihan pula budak-budak ketuk banyak rumah setiap kampung.

    ReplyDelete
  3. Kalau Kak buat tak tau je kecuali kena panggil hehehe... Seram

    ReplyDelete
  4. dulu area rumah i ni, kononnya ada hantu kum kum, like dia pgl salam tiga kali dekat depan pintu rumah... Ya Allah time tu.. klu terjga tengah malam klu nak ke toileh.. dada ni berkencang ja huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishh, seramnyaaa.. dahla malam... gelap.. toielt kt luo.. adoiii

      Delete
  5. Tapi seram part dia ketuk beberapa rumah serentak. Ish serammm!

    ReplyDelete
  6. Seram nih, moga terhindar dari kisah seram camni.. walaupun suka tgk cite hantu, tapi kalau jadik bebetul, leh seram gilee

    ReplyDelete
  7. Macam-macam jenis gangguan di waktu malam. Sesungguhnya perkara ghaib itu benar, cuma kadang-kadang ada yang ambil kesempatan untuk huru-harakan suasana. Harapnya, hanya budak-budak nakallah tu.

    ReplyDelete
  8. uishhh seram aihh..hrp dpt tangkp la sape atau apa yg buat tu

    ReplyDelete
  9. Serammnya ... Hope semuanya baik2 saja.
    Adeh, ni kalau duduk sorang2 memang boleh pengsan ketakutan.

    ReplyDelete
  10. Uiii seram ni. Tak kisahlah apa pun, tapi sebab ketukan tu tengah malam kan, mesti anggap benda yg kita tak boleh nampak tu. Huuuuu

    ReplyDelete
  11. seram juga bila baca tu... harap jgn dibuka pintu. benda2 ni tak boleh buat main

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.