Lagu Empat Dara 2020 Versi Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana #1 ON TRENDING di YouTube

Thursday, November 12, 2020

Baru beberapa jam Muzik Video Rasmi lagu Empat Dara 2020 nyanyian semula Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana disiarkan, kini #1 on trending di YouTube.

Sebelum ni lagu Empat Dara popular dan trending sebab kak lina pom pom buat #4darachallenge. Harini pula lagu empat dara 2020 versi Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana pula trending.

Lagu Empat Dara 2020 Versi Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana
Kredit : Faizal Tahir



Boleh cakap Lagu Empat Dara ni remake lah. Lagu Empat Dara telah perbaharui dengan menampilkan beberapa genre music. Ada pop dance, rap, ada lenggok tradisional yang dinyanyikan oleh Zizi Kirana. Style Kak Lina nyanyi macam tu je lah style nya. Tak berubah, yang penting kelakar dikkk.

Gaya tudung Minah Selamat watak dalam Kampung People tetap menjadi pilihan Kak Lina Pom Pom. Bukan hanya diperbaharui, siap ada muzik video rasmi (Official Music Video) lagi tu.

Muzik video lagu empat 2020 memang video masuk air. Kreatif betul yang buat muzik video lagu empat dara 2020 ni. Tak pasal pasal ada 'blackpink in your area' termasuk sekali. Kira 4 dara lah tu, kan? Bijak eh idea tu.

Terhibur jugalah tengok muzik video lagu empat dara 2020 di musim PKPB ni. Paling tak menahan, part last kredit tu. Ada papan tanda tulisan jawi dan rumi kampung mangkuk. Kredit pula seperti di bawah

Pelakon
Elly Mazlein
Faizal Tahir
Zizi Kirana
Adib Hussin

Penerbit Eksekutif
Faithful Music

Penerbit
My Chinese Friend

Pengurus Produksi
Orangnya kecil-kecil

Make up
Sepupu jiran

Budak Prop
Tak cukup bajet

Idea Asal
Orang Kampung

Editor
Pengarah

Koreografer
Sendiri²

Pengarah Fotografi
Mohd Zulfadhli Bin Luey

Penolong Pengarah
Tak Jumpa

Pengarah
Ahh aku tak suka orang mengarah aku

Ditulis Oleh :
Atan Ahmad (Suwah Music Publishing)
Ahmad Jusoh (Suwah Music Publishing)
Faizal Tahir (Faithful Music Publishing)
Mage (Faithful Music Publishing)
Mike Chan (Faithful Music Publishing)
Mambang (SVLTAN Publishing)
Produced by Adib Sin, Faizal Tahir & Mike Chan


Lirik Lagu Empat Dara 2020 Remake Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu

Satu,dua,tiga
Empat anak dara
Semua orang tahu aku boleh mengira
Tapi kalau hilang satu anak dara
Bikin risau satu negara

Semua anak dara
Jangan mudah percaya janji si teruna
Jangan mudah terpedaya dengan dunia
Hanya ilusi semata

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu

Satu dua tiga empat,
Empat dara tunggu Jebat,
Mana teruna cuba dekat,
Itu yang tak kenal tempat tolong halang mohon sekat,

Empat tiga dua satu,
Macam hitam merah jambu
Pilih bias mana satu
Lain rezeki lain laku lain pinggan lain waktu

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu 

Anak dara semua
Cantik melaram batik
Lembut berbahasa
Indah rupa budi
Bagai bulan dipagar bintang

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu

Kredit : Faizal Tahir 

Lirik lagu asal Empat Dara

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketamlah batu
Manis rupa hai elok perangai
Sukar dipilih yang manalah satu

Empat dara berpakaian sedondon
Berbaju putih berkainlah biru
Pandai mengarang seloka dan pantun
Hitam manis hai pandanglah tak jemu

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketamlah batu
Manis rupa hai elok perangai
Sukar dipilih yang manalah Satu

Empat dara hai denganlah lagaknya
Bersiar-siar sekeliling kota
Sekali pandang senyuman manisnya
Tak mungkin lupasepanjanglah masa

15 comments

  1. Popular betul lagu empat dara sekarang ni. Dalam group wasap kami pun ..... asyik masshoookkk!!! Tenggelam dah penyanyi lama yang bawa lagu ni sepeti Noraniza Idris dan Sharifah Aini.

    ReplyDelete
  2. Memang trending.. Syok layan videonya.. berulang-ulang dengar..
    Tak pernah tak kreatif FT ini..

    ReplyDelete
  3. Glemer betul lagu ni sejak drama Kampung People 2.

    ReplyDelete
  4. Thanks sharing dapat lah Kak take a break tengok lagu ni masa kepala sedang tepu.

    ReplyDelete
  5. MV paling sempoi dan credits paling awesome..
    kretip sungguh la depa ni..

    ReplyDelete
  6. Elly Mazlein memang lawak. Terhibur akak. :D

    ReplyDelete
  7. hahahah hari tu housemate bukak gak lagu ni, terhibur nengoknye

    ReplyDelete
  8. ha ha ha :)

    semlm aida tgk sebab ada member share kat fb.
    kelakar sgt! suka tgk elly mazlin tu.

    ReplyDelete
  9. Memang terhibur! Haha.. Gabungan yang mantap topp!!!

    ReplyDelete
  10. baru dengar, sedap juga suara kak lina walaupun lama tak nampak dia menyanyi

    ReplyDelete
  11. menarik! best video ni..Tahniah faizal tahir remake semula lg terus power!

    ReplyDelete
  12. Ada tengok waktu tengok Meladi. Menarik juga video clip.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.